Tuesday, January 20, 2009

LOOP RIDE

Semalam lepas anak2 aku tidur lepas makan ubat.. aku bersiap2 untuk kayuhan. Cadangnya nak ke arah Kuala Selangor tapi sebab mendung and berangin sikit aku rasa tak payah la.. So ingat nak kayuh light area Kapar je..

Dalam 5.30 aku start kayuh dari rumah -kapar-rumah but I feel that I haven't had enough..so I continue my ride dengan route yang sama. Jadinya semalam aku buat loop ride.. sure makcik2 dan akak2 yang bersidai depan rumah tu pelik.. tadi rasanya budak ni dah lalu sini ehehe..

So yesterday's ride dalam 25km saja.. done it in 1 jam 11 minit. Ok jugak buat loop nih... cadence aku menten jer cuma boring sebab jalan yang sama la...

Sebalah malam bawak anak2 pegi pasar malam.. just to encourage them to eat more sebab dah seharian tak nak makan sangat. So beli tau foo fa, yong tau foo and cakui. Alhamdulillah selera derang makan...

Ni cerita bagi Adneen makan ubat. Anak dara aku ni susah sikit nak telan ubat, kena guna banyak trick. So malam tadi aku letak ubat dalam cawan. Dia tak syak apa2 terus minum pastu buat muka hahaha...."nanak aaa.. tak dap..tak dap.." alahai anak ibu.. tau tak sedap. Ubat nombor 2 dah tak jalan trick dalam cawan... so masukkan dalam botol vitagen kosong. Aku suruh abang dia minum vitagen betul.. Trick menjadi cuma tu laa.... "nanak aaaa tak dap" lepas ni aku tak tau nak pakai trick apa dah....memang kelakar muka dia berkerut2 rasa ubat tuh...

Malam ni aku naik bas pukul 11 ke Kuantan. Esok kan travelling day.. aku travel malam nih la.. esok hari hore-hore ngan abang...

Petang ni kayuh jugak...buat loop juga rasanya.. kalau sampai rumah awal boleh buat 3 loop Insyaallah.

6 comments:

NONIE AZIZ said...

hohoho...lepas ni harus ko slim melim ngah...aku ni lepas beranak-pinak ni mulut ja kata nak bersukan tapi montot dah berat nak start balik tu mcm bercenta jaaa...

tentangseseorang said...

takpe gak kak. dari nak kena bersilat dengan adneen tuh nak kasik makan ubat. eheheh

Angah said...

Noni
Kurus tu bonus lah.. aku nak sihat jer, kawan pembasikalan pun ramai tu yang semangat tuh

Adi
Tu la pasal.. nak pakai trick apa pun tak tau

NeroEcha said...

Memang slim giler ler if buat tiap2 hari gitu angah..jeles nya

Angah said...

Nero
Somehow kan.. aku tak kurus pun cuma badan lebih firm..dan aku lebih fit.

bola2api said...

oits.. tiap2 hari ride nih.. jeles aa.. aku sempat lari je petang2. nak ride sensorang, mcm boring lak

kalo ada geng cycling petang2 best gak.. haih