Tuesday, April 21, 2009

NILAI TAMBAH

Aku selalu percaya kita perlukan nilai tambah dalam diri kita, dalam kerja kita, dalam apa jugak benda yang kita buat untuk naik setakuk, untuk jadi lebih baik, untuk kepuasan diri. Mana-mana satu yang sesuai la ya.

Aku minat sukan berbasikal ni. Awal2 dulu sebab terjebak dengan penganjurannya la. Tapi takkan cukup dengan ikut team penganjuran saja. Lepas kawen dan kebetulan pulak suami aku memang bekas pelumba yang bini keduanya memang basikal, jadi aku pun berjinak2 dengan aktiviti kayuhan walaupun aku ni masuk kategori leisure rider je. Jadi daripada cuma jadi salah seorang kuli dalam penganjuran, sekarang aku pun adalah seorang pengayuh basikal. Itu satu nilai tambah sebab aku dah boleh cerita pasal basikal.

Tapi takkan cukup dengan berkayuh petang2 dan ikut abang dan kengkawan pergi ride? Perlu nilai tambah di situ. Maka bila ada peluang untuk pergi kursus dan peperiksaan jadi komisar aku pun pergi. Sekarang aku boleh ikut team penganjuran, aku boleh berkayuh dan aku jugak seorang komisar yang boleh mengadili perlumbaan. Satu pencapaian jugak tu kan..

Alang2 dah jadi komisar kebangsaan ni dan jumlah komisar wanita kebangsaan yang aktif tidak lah ramai aku beri tempoh 3 tahun pada diri sendiri untuk buat satu lagi nilai tambah iaitu jadi International Commissaire. Kat Malaysia ada 2 orang jer.

Selain pengetahuan aku makin banyak, boleh jugak kenal ramai orang, boleh travel dan tambah duit poket... dan satu cara untuk aku berdampingan dengan suami..itu antara advantage dari program tambah nilai pada interest aku nih la.

So ujung minggu lepas aku bertugas kat Kuantan Downhill. Aku jadi time keeper. Alhamdulillah lancar je perjalanan race. Race kat entry ni merujuk pada kerja komisar ya.. bukan pada perjalanan kejohanan oleh organizer. Aku nampak banyak kelemahan organizer dalam penganjuran, based pada pengalaman aku dalam penganjuran event basikal la. (kan aku dah cakap bagus kalau ada nilai tambah ni.....mati la perasan hahaha), yang boleh dielakkan sebenarnya. Tapi aku taknak komen lebih2 sebab aku bukan organizer.

Ni antara rider yang masuk pertandingan. Buat tepi pantai, memang bahang la kena angin laut tu kan.. Ketua Marshal, Nasrul tengah suruh rider naik lori untuk naik Bukit Pelindung.

Haaa... ni pulak muka komisar dan komisarina yang dah berminyak2 lepas Final run. Baru selesai bagi keputusan rasmi untuk direkodkan. Abang chief commissaire masa event nih.

Ramai gak tanya aku eksiden kat mana... bila aku cakap aku jatuh basikal muka derang macam pelik jer hahaha... kan aku dah cakap alang2 dah minat sukan berbasikal biar aku cuba semuanya daripada anjurkan event, bawak basikal dan jadi komisar jugak. Lengkap pakej aku ehehe...

My point is, kita boleh tambah nilai pada interest kita untuk kemajuan diri dsb. Mana tau lepas ni aku boleh bukak kedai basikal ke, buat consultation event basikal ke, ape-ape jer la...macam orang pandai lukis2, boleh belajar buat cupcakes macam kak Pnut dan jadikan pendapatan sampingan, macam yang pandai gubah2 tu boleh buat bisnes hantaran ke apa kan..

so tepuk dada tanya kehendak....

9 comments:

tentangseseorang said...

alang-alang menyeluk pekasam. :)

Anonymous said...

ttu mac ne nak cmt. tp nk tau gak,anak ltk kt ne?. spi thp ne lak nak gi. bking is good but 2 wht etnd shd u go. go highr mean btr, in msia, at highr lvl sll ape org dpt.

Angah said...

Ady
ye betul :)

Angah said...

Cik Anon (yang angah rasa penah komen pasal bahasa sms dulu, yang mengaku splinter ye)

First of all, sila tulis komen gunakan established acronym..saya dah tua susah nak faham..

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, anak2 boleh minta orang jagakan. tahap mana nak pegi in biking? rasanya angah dah tulis dalam entry kan..

dapat apa? depends pada asal tujuan join la sayang ooiii..itu pun angah dah tulis..

oren said...

selalu mengharapkan untuk menambah nilai sebagai seorg ibu yg akan disayangi anak2, dunia akhirat..byk benda nak kena explore, esp ilmu parenting..kadang dpt melalui pembacaan, pemerhatian, ceduk idea org dll..

ps: cita2 aku tak tinggi, beb...

Angah said...

Oren
Itu sudah semestinya kan.. aku pun menuju ke arah itu. nak besarkan anak mudah, nak didik anak jadi manusia tu yang susah..

Coms laa.. Sapa lg.. said...

Sorri la beb.. Aku ala2 blur gitu.. Tgk kat tajuk, aku igt kau nak citer pasal tambah nilai kredit henfon hahaha

tahun ni aku slow down skit.. lebihkan jaga famili..relax a bit on masuk2 race..kasi hubby boring tgk muka aku, baru aku berkecimpung racing blk.. Inthe mean time, jgn lupa date kita jumaat ni!

Angah said...

com
kan aku kata aku kaya, lawa plak tu. jadi orang kaya dan lawa mcm aku pakai postpaid (matila perasan)

yer date ari jumaat nih pasti...walau aku tau halfway through the ride musti ko merempit kan com...

Coms laa.. Sapa lg said...

Mungkin la merempit..sbb sabtu takleh kayuh.. Ahad taktau..maybe nk blk kg lak..abis aa training gua.. Ride dah semakin dekat..haih