Monday, August 30, 2010

IFTAR MARATHON

Ha..jgn terkejut baca tajuk. Bukan makan tak berhenti2 tapi sepanjang ujung minggu sampai la ujung minggu ni memang iftar bejemaah je kekdahnya.

Hari Jumaat nan silam abang ajak geng2 seperbasikalan datang buka kat rumah sekali lagi. Yang mana2 tercicir minggu sebelumnya la tu. Gigih mak buyung memasak sorang diri untuk 30 orang makan ok. Serius ni! Aku masak gulai kawah 3 kilo daging, goreng ayam berempah 4 ekor , siakap masam manis 5 ekor, goreng sayur campur, sambal belacan dan puding caramel 3 sarang. Start memasak dalam pukul 3 la camtu.

Pelikkan apasal banyak sangat..dah tau la bebudak basikal, tekak sorang2 bukan mcm tekak kita. Badan je kecik haha..alhamdulillah semuanya licin.

Hari Sabtu chef memasak lagi untuk berbuka ngan adik beradik ipar pulak. Aku kan kakak ipar mithali dan kesayangan kan, kena mula la..menu repeat je haha..malas nak mikir menu lain. Kali ni walaupun yang hadir tu lebih kurang sama tapi kuantiti masakan dikurangkan sebab semuanya manusia normal. Part mengemas adik2 ipar aku setel. mak buyung lepak depan tv.

Semalam plak berbuka berjemaah kat umah adk ipar no.3. Menunya nasi ayam. Datang sebagai tamu je. Baliknya singgah Giant beli barang dapur. Beli bahan untuk buat puding caramel ngan kek coklat untuk iftar berjemaah kat rumah bapak mertua plak esok.

Rabu ngan Khamis ada majlis buka puasa jabatan kat MS Garden Hotel ngan Restoran apa ntah kat Tanjung Lumpur. Sabtu kat rumah adik ipar no 2, Ahad kat rumah adik ipar no 1. So minggu ni kurang la memasak ya.

MOOD RAYA

Pelita dah beli tapi tak boleh pasang sebab tak de minyak tanah dan hujan 2 malam nih. Ish..aku dah teruja dah ni. Lampu lip lap nampaknya tak kesampaian sbb takkan nak pasang keliling rumah, berapa banyak nak beli kan. kang pasang kat depan je pelik la plak.

Gril rumah dah sampai. Esok baru pasang. Lama betul kan sejak aku tempah. Takpe aku tak kisah sebab yang membuatnya pun part time, aku pun bayar sikit2 ikut kemampuan. Dengan harga cuma RM4 ribu untuk keseluruhan rumah 2 tingkat corner lot..sangat berbaloi menunggu pun. Dan sebab aku kan merangkap boss tauke gril tu kan (pemandu kereta jabatan)..maka dapat la gril yg berkerawang sket haha..bukan aku mintak..dia yg nak buat. Kira rezeki la tu kan.

Aku start cuti 8hb sampai la 19hb. Lama kan..sebab utamanya taska tutup sampai 19hb. Mujur boss approved cuti...sakan la mak buyung beraya ye..

7 comments:

fuzz said...

Macam tu punya masak, mau Vichudda tutup kedai

Angah said...

fuzz
aku kan multi tasking haha..masak boleh, kayuh pun boleh..

oren said...

terornya ko..

aku yg sesekali masak utk tekak budak kecik pun susah hati..maklumla, tak reti masak..hahaha...

Angah said...

oren
masakan simple je cuma kuantiti banyak..

Dinas Aldi said...

huih Angah biar betul masak banyak tu sorang2 in ur condition? tabiklah!

Arena said...

Wei, giler babeng punya panyak ler ko masak. Aku errr tak pernah kot masak sampai 4 ekor ayam dan 3 kilo daging. Letih wei, ko sorang2 masak.tengah2 sarat gitu..Syabas bete.. wa respek lu..

Angah said...

Kak Dinas
Buat awal2 ok je sebenarnya..hehe

Arena
Tema tuan rumah baik hati kiranya..ayam goreng je, rempah basah pun dah siap2 beli ikut sukatan..tapi malam memang terbongkang laaaa