Tuesday, December 25, 2012
BOLLYWOOD HERE I COME
Memula sapu sawang dulu. Dah 5 minggu blog ni terabai. Takde cerita sangat lah. Semua pun rutin jugak
Ok next week aku akan pegi Hyderabad, India untuk 1 seminar selama 2 minggu. Baru la nak merasa pegi luar negara sebab kerja haha.. kesian aku.
Anak2 berpecah lah nampaknya. Si abang dengan ayahnye sebab sekolah dah mula. 2 adik tu makciknya kat Klang jaga. Lepas STPM bukan ada kerja pun kan.
Ok habis cerita kerja
Kuantan adalah banjir. Hujan dah 3 hari tak berhenti. Pusat pemindahan pun dah start bukak. Aku pun dah start guna dryer. Harap tak teruk sangat lah. Jangan risau. Area rumah aku tak naik air. Memang kawasan tinggi..cuma tak boleh nak buat apa2 lah.. hujan kan.. anak2 sebok nak main air. Kang demam tak pasal2 je heh..
ok tu je.. aku kat opis ni nyiapkan report. Ye lah seminggu takde kat pejabat kan...
Wednesday, November 14, 2012
NURSING IN PUBLIC VS NURSING PUBLICLY
Kumpulan yang memperjuangkan hak ibu2 untuk mendapat bilik2 yang sesuai untuk menyusukan anak dipersoalkan tujuan mereka kerana mengadakan flash mob. Itu kan cara untuk menunjukkan betapa ramai ibu yang menyusukan anak perlukan bilik2 berkenaan. Wondering whether blogger tu study atau tidak? Sama juga dengan cara menghantar petition ke pejabat menteri..ia cuma 1 cara.
Thursday, November 08, 2012
RV OH RV
Sent from Samsung Galaxy Note
Wednesday, November 07, 2012
MENYAPU SAWANG
Rasanya aku enjoy sangat baking semanjak 2 menjak ni. Sebab bisnes kecik2 pun ye dan sebab aku rasa mcm therapy pun ye.. tengok proses menjadikan tepung mentega dan gula jadi sesuatu yang sedap dan cantik dan ramai enjoy makan. Itu adalah kepuasan. lebih puas dari dapat beg baru *eh beli beg ke? haha..
Sila lah layan gambar hasil keras tangan kat dapur ni.. amatur tapi ada aku kesah! Yang penting rasa mau sedap!
Monday, October 15, 2012
HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD NADZHAN RIEFQI
Hari ini juga genap 2 tahun Qiqi disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah..Allah beri peluang dan kekuatan pada ibu untuk menyusukan Qiqi selama ini. Ibu berdoa agar Allah beri ibu kesihatan yg baik supaya ibu boleh terus membesarkan dan memberikan didikan yang sempurna kepada Qiqi insyaAllah.. Ibu sayang Qiqi..permata hati ayah dan ibu.. Sent from Yahoo! Mail on Android |
Sunday, October 14, 2012
HAPPY BIRTHDAY TO ME
Ucapan selamat hari lahir dan ciuman sayang dari suami dan anak-anak yang diterima detik 12.00tgh malam tadi adalah hadiah paling berharga untuk aku...
Tahun ini double celebration..tapi itu entry yang lain akan diceritakan..
Sekarang mahu menyambut hari bahagia bersama orang tersayang.
Sent from Samsung Galaxy Note
Tuesday, October 09, 2012
INGATLAH...
Ingatlah...jangan nanti perilaku itu diwarisi anak atau diri sendiri memgalami apa yang diperbuat pada orang..
Allah itu maha melihat..maha mengetahui..dan Dia sentiasa berada di pihak yang benar.
Sampai bila mahu menongkat langit? Takkan kemana perginya.. Cukup2 lah dosa2 yang telah dilakukan. Bertaubatlah sementara masih ada peluang...
Sent from Samsung Galaxy Note
Thursday, September 13, 2012
PROBLEM AND HAPPINESS
What ever happens in my life..i will stay strong and i choose to be happy. Sent from Yahoo! Mail on Android |
Tuesday, September 04, 2012
SAKIT PERUT
Thursday, August 30, 2012
POST RAYA ENTRY
Raya 1
kat rumah mertua, raya few rumah kengkawan pastu petang tido satu family.. buleh gitu kan..
Raya 2
kat rumah je, dikunjungi adik2 ipar dan kawan2
Raya 3
Ulang siaran raya ke 2. Pi raya umah adik2 ipar plak. Pastu packing utk balik Klang esoknya tu
Raya 4
Aku berkemas, abang hantar kucing2 pi boarding kat klinik Haiwan. Pastu lepas zuhur gerak la ke Klang. Alhamdulillah jalan clear je, sampai Klang terus carik mercun haaa gitu! Punya la senang carik bunga api ngan mercun kat Klang.
Raya 5
Pegi beraya lah
Raya 6
Seharian kat rumah sepupu kawen. Penat woo kenduri jawa nih. Orang pun dah start datang dari petang bawak ke malam..
Raya 7
Hari majlis. Aku layan tetamu je. memang meriah lah.. sudahnya kensel la plan beraya umah sedara mara sebab dah berjumpa kat majlis kenduri kan.. penat wooo
Raya 8
Aku ngan adik beradik pegi beraya kat rumah sedara mara sebelah arwah ayah.. seronok sebab makcik2 ngan nenek2 cakap aku lawa hahaha...kembang bontot! Bengang jek adik2 aku...
Raya 9
Balik Kuantan.
Raya 10
Rasa nak makan nasi arab jadi aku pun masak lah..
Nasi arab, ayam bakar mandhi, acar epal hijau ngan salata. kawan FB pun datang makan petang tu. Abang pun makan bertambah. maknanya sedap laha ye.. ok lenkali masak lagi. Resepi simple pun.
Raya 11
Dah kerja semalam..
Ok malam tadi buat redvelvet cuppies plak.. teringin plak nak makan. bawak ke opis jugak. bagi bebudak opis plak makan
Acara makan makan dan makan.. aritu turun 4kg kan... semalam timbang naik balik 3kg haaaaa camne tu? lempang muka sendiri!
Tapi tadi pi meeting Dato Zul, Pegawai Kemajuan Negeri cakap aku slim hahaha
Sunday, August 19, 2012
1 SYAWAL 1433H
Tahun ni temanya biru..letak gambar dulu..nak sambung beraya..
Sent from Samsung Galaxy Note
Friday, August 17, 2012
SALAM AIDILFITRI
Thursday, August 16, 2012
THE ONLY HOME MADE KUIH THIS YEAR
semalam cuti, kemas rumah yang berterabur tu..pastu sempat buat tart nenas. dapat la 2 balang. Itu je lah kuih raya buatan sendiri tahun ni. Anak rekues choc chips cookies.. esok la boleh buat sikit..
Sent from Samsung Galaxy Note
Sunday, August 12, 2012
DESIGN DAPUR
Sent from Samsung Galaxy Note
Thursday, August 09, 2012
PLANNING.. IDEALLY LAH
- Taska tutup sampai 26hb. mana nak letak anak?
- Sepupu aku kawin 26hb. Aku kena la pegi dan sah2 sampai 27hb.
- Cuti sekolah, nak bawak anak2 pegi Universal Studio Singapura. Boss kena bagi sebab cuti sekolah yg lepas aku stuck dengan kerja yang melampau2 sampai anak2 duduk taska je sepanjang cuti sekolah. Kesian tau..
- Baki cuti lepas aku amik tu pun ada 20 hari lagi!
- Kerja2 aku takde yang pending!
Wednesday, August 01, 2012
RENOVATION, IFTAR DAN KURUS
Bilik Kakak dah siap cat. Warna pink hokay ibu..warna pink! |
Bilik Abang.. nak warna hijau. layankan.. |
Belakang rumah. nampak tak major renovation rumah belakang..mak sujudsss.. haa yang besi dalam lubang tu kan (ground beam namanya) ..aku besarkan bilik bawah utk jd bilik tetamu. |
Perjalanan Kekurusan
Takde cerita.. letak gambar saja hikhik
Monday, July 30, 2012
KEPENATAN
Cerita hujung minggu yang penat sebab kerja2 untuk rumah dah start. Bilik Arief dah siap cat. Tinggal cat siling. Hari ni cat bilik Adneen ngan bilik aku pulak. Sepanjang Sabtu ngan Ahad aku mengemas benda2 yang dah lama sangat dalam plastik hitam. Beli tong toyogo 5 bijik pastu start sorting barang2 dan labelkan sebelum campak dalam store. mana2 baju2 lama anak2 yang dah tak pakai tu ada yang elok aku nak dermakan, yang teruk tu buang je la.
Jumaat lepas berbuka rumah adik ipar. Beli je lauk sikit. Pastu Sabtu buka rumah adik ipar yang satu lagi. kali ni meriah sebab ayah mertua pun join sekali. Aku masak lemak udang dengan nenas, goreng ikan kerisi. Pot luck la kiranya. Wahhh rasa nak terbang bila ayah cakap masak lemak sedap. Bertambah dia makan. Malam tadi berbuka kat kedai. Makngah tak daya dah nak masak. But a bit dissapointing la.. dulu sedap makan kat situ. Tukar tukang masak gamaknya.
Perjalanan Menuju Kekurusan
Masuk minggu ketiga kan..so pagi tadi naik timbang lah. Bulan puasa ni aku akan naik timbang awal pagi gak ler. Kang naik masa nak buka tak aci plak kan. Started with 74kg.. pheww!! sekilo lebih berat dari mengandung 9 bulan hokay! no thanx to hormon haywire! pagi tadi timbang dan berat terkini ialah 71.7kg. Ok lah..maknanya average 1kg seminggu.
Oh..nak kongsi jugak disamping aku start ngan HL. Member aku kenalkan aku pada program V3SR. Program diet selama 7 minggu dengan gabungan supplement dan krim sapu. Memula aku keberatan utk cuba sebab dah start HL kan. Tapi disebabkan V3SR ni boleh diambil bersekali sebab takde percanggahan keperluan diet antara kedua2nya maka aku setuju lah untuk cuba. 7 minggu pun. Cuma ada pantang ais, ayam dan daging which is ok sebab memang aku lebih suka ikan. Aku dah start selasa minggu lepas.
Produknya ada 4 iaitu maharani, lactolite, krim bio ever dan mineral coffee..harga agak mahal *pitamm
Now.. ada beza ke?
Ok..dengan gabungan ni aku rasa aku hilang banyak inci berbanding dengan HL alone. Walaupun aku baru hilang 2kg saja.. tapi aku dah muat balik pakai blaus ms read aku yang saiz 14. A good start kan.. kulit aku pun makin supple..aa..rasa lembut lembap gitu..
So sekarang ni menu harian masa puasa ialah :
Sahur
Aloe
lactolite + maharani
HL Shake (3 F1 + 1 F3 + 2 mix cereal)
Tamar
Air
Iftar
Makan macam biasa..kurangkan nasi, lebihkan sayur, buah dan ikan
Air
kuih
Moreh
lactolite +maharani
Mineral coffee
Biskut/buah
Air
Sblm tidur
Aloe
Aku hentikan kejap pengambilan teamix sebab tengah ambil lactolite. fungsi sama je. Yang krim tu sapu kat 7 spots pagi ngan malam.
So tengok la keputusannya nanti camne. Kalau sekarang aku pakai baju siap saiz 44 atau 46 mana tau mas araya nanti boleh pakai 40 ke kann... Usaha tangga kejayaan!
Monday, July 23, 2012
RENCAM
Thursday, July 12, 2012
PERJALANAN MENUJU KEKURUSAN
Sebab aku ni lactating mom jadi resepi HL aku adalah agak full. Takut aku yg terketar2 nanti.
So resepi aku camni. Utk breakfast ngan dinner.
150ml susu
3 scoops F1
1 scoop F3
2 scoops mix cereal or oats
*shake well pastu tambah air sejuk sampai jadi 500ml dan shake lagi.
Bangun tidur amik 10 drops aloe.
Breakfast ngan shake
Kudapan ngan buah
Lunch mcm biasa
Kudapan ngan buah
Dinner ngan shake
Minum teamix in between meals.
10 drops aloe sblm tidur.
Jom kita!
Nak beli HL ngan aku pun boleh. Tinggalkan email utk harga yg aku offer.
Sent from Samsung Galaxy Note
Monday, July 09, 2012
JOURNEY BEGINS
Minggu depan akan bermula fasa menurunkan berat badan. Doktor cakap masalah hormon aku dah makin ok. RIEFQI pun dah 21 bulan. Aku akan consume Herbalife mcm aku buat tahun 2008 dulu. Kalau dulu aku berjaya turunkan 20kg..tapi dibantu lara hati hahaha...kali ni kena target 20kg jugak lah kan..
Jumpa geng2 pengadil ckp aku gemok haih..takpe derang tak tau masalah aku. So target aku nak ilang 20kg sampai bulan 2 thn depan. Sblm Le Tour De Langkawi. Sebab aku nk aktif balik aktiviti pembasikalan.
Aritu aku ada ckp nak concieve. Since Plan tu kena postpone sampai bulan 2 at least.. maka boleh la labur duit sket utk kecikkan saiz pinggang ni..
Doakan la aku istiqamah. JANGAN HOT HOT CHICKEN SHIT.
Sent from Samsung Galaxy Note
Wednesday, July 04, 2012
WEDDING PICS
Lepas nikah. Gemoknya aku huhuhu |
Makan Beradab kat majlis sebelah pengantin perempuan. Aku, adik ipar dan mak mertua.. |
Ni majlis menyambut menantu, sebelah aku la..1 Julai. Very the pink kan.. |
Khemah tetamu..meletopss |
Ni pak mertua aku..mcm Ustaz Azhar Idrus kan hihi.. |
Monday, July 02, 2012
SUKMA
Sukma dah nak start. Handle kids sensorang la 2 minggu ni. Blessing in disguise. Aku dah arrange jadual kerja supaya tak perlu bermalam. Meeting kat hq pun aku mintak dikecualikan. Boleh balik awal n lepak with kids.
Sent from Samsung Galaxy Note
Tuesday, June 26, 2012
RAMBUT BARU
Wednesday, June 20, 2012
CAMPUR SEMUA SEKALI
Saturday, June 16, 2012
SABAR ITU INDAH
Hujung minggu with kids only. Abang pegi kursus Komisar Elite. Isnin plak aku kena Pantos kat Lipis, pastu terus ke KL utk meeting hari Selasa. Tricky sket sbb laki bini outstation. So mlm selasa Qiqi tidur taska n abg kakak tidur umah Ashu derang. Aku tidur kat hotel tpt abg menginap je la..jimat duit. Well...life has to go on regardless how big are the obstacles..so redah je la... On the other note. Thanx for prayers, calls, sms from u guys..sangat lega mendengar kata2 perangsang dari kengkawan yg ambil berat. On legal action. In progres. Cannot write much sbb dah bawah urusan peguam. Rasa a bit happy of what happened recently..a ray of hope..slight one but a hope nonetheless.. Tu lah..signs and helps from Allah come in various forms and ways kan...asal kita sabar. Sekarang ni aku nak berlapang hati, nak berbaik sangka..penat dowh buruk sangka ni...aku selalu cakap choose to be happy..jadi kena lah buat ye dak... Selagi hak aku..kita enjoy! Oh..aku daftar umrah musim sejuk. Bulan 2 nanti. Doakan niat aku ni tertunai. InsyaAllah pergi sefamily. Sent from Yahoo! Mail on Android |
Wednesday, June 13, 2012
USAHA DAN REDHA
Monday, June 11, 2012
KEKUATAN
InsyaAllah.
Friday, June 08, 2012
OLE-OLE BANDUNG
Mak mertua baru balik dari Bandung. Aku dapat tudung. Tima kasih Ummi.. dia kata warna kena ngan muka aku hihi.. Lunch break ni ada projek ngan ummi. Nak angkut bunga2 orked yg dia tanam kat rumah lama adik ipar aku. Dia suruh aku bela kat umah. Cantik wooo...nnt aku amik gambau. Adik ipar aku pun bagi kain pasang bersulam, pastu ada kek lapis betawi n clothes for kids.. Oh terasa diri begitu berharga.. Mlm td anak2 tidur bersepah. Abang kat rumah makngah, kakak kat rumah maknik. Qiqi tidur awal..supaya ayah ngan ibu boleh mantik2 kihkihkih.. Sent from Yahoo! Mail on Android |
Thursday, June 07, 2012
NURSING IN PUBLIC (NIP)
Monday, June 04, 2012
HOLDING STRONG
Ummi pun dah naik risau tengok aku..ish aku ok. Heroin rilek je. Ummi cakap biarlah apa yang nak jadi, lama-lama penat berenti lah tu. Oh..Ummi tu mak mertua aku.
Okeh nak share 1 cerita kelakar seram..Jumaat lepas la..cik peot belum menjengah..dah lewat la few days. Cakap kat abang cik peot tak bg salam lagi..he was like.."ermmm okay" (sambil senyum2)balik kerja ujan lebat nak mampos! Singgah area Semambu. Abang Beli UPT. (haruskah aku terkejut atau haruskah aku senyum?) balik rumah. Susukan Qiqi sampai dia tertidur. Pastu naik atas nak mandi. Pastu..cik peot pun bagi salam hahahahahaha!!!!
Maka masih ada lah UPT tu. Tunggu la bulan depan ke, bulan lagi satu ke ye bang..
Mlm tu balik dari mana ntah dia.. abang tanya. "ayang dah test ke?" Aku senyum je.."abang tu yang kena test..test bersabar sampai minggu depan untuk projek tanaman fertegasi" Gelak macam nak pecah perot..anak2 muka konpius sorang2 hihi..
Tanaman fertegasi? Lahai..kan tanam pakai air je *teeeeettttttttt..selowww laaa uollss nih.