Tuesday, January 06, 2009

ARIEF'S FIRST DAY

Semalam aku cuti. Hantar anak pergi sekolah.... TADIKA. Kelas dia start pukul 2.30 sampai 5.30 petang. Ada TADIKA pagi tapi takde yang nak menghantar mengambil. Hari tu nak masukkan kat Smart Reader, ada day care pun tadi at the last moment cancelled atas sebab2 tertentu lah.

So I was with other parents, Arief nampak cool jer. Lepas daftar all students were given play dough... aku pun main la sama ngan Arief. At 3.30 lepas pujuk2 sikit, dia pun nampak dah ok aku blah terus. Muka dia sedih jer.. tapi aku buat keras hati dan blah terus tak toleh2 belakang pun.

Dalam kereta aku tepon abang... I as soooooo emotional that I cried.... yeah I cried...rasa kejam jer tinggalkan anak aku camtuh and partly aku rasa dia dah besar and I had to let him go. Bukan sebab aku sedih anak masuk sekolah ke hapa...

Kenangan lama mengimbau balik... dari umur 10 bulan sampai la umur dia 3 th lebih, dia tinggal dengan nenek. Ibu kat Putrajaya balik seminggu sekali dua, ayah kat Kuantan balik sebulan sekali dua... kecik2 dah kena hidup camtu...

Pukul 5.15 aku pergi amik dia. Aku intai dari celah tingkap... tengok dia tengah happy dengan aktiviti orientasi. At one point aku gelak masa teacher tunjuk gambar apple and tanya warna apa apple tu.... aku dengar meraaahhhhhhh tapi ada satu suara cakap reeedddddd... hahahaha betuah sungguh anak aku..

Arief ternampak aku... dia lambai2 dan bagi signal nanti dulu.. Alhamdulillah nampak dia dah ok. Lepas baca doa cikgu pun lepaskan sorang2 keluar.... meluru masing2 carik mak bapak. Anak aku pun tak terkecuali la...terus peluk ibu...."kenapa ibu tinggalkan abang? abang nangis kejap lepastu teacher mama pujuk"

Aku jumpa teacher dia tanya camne Arief behave....teacher kata masa aku tinggalkan tu dia menangis kejap lepas tu ok... cuma dia nampak bosan sikit dengan few aktiviti.. tapi benda tu biasa sebab first day dan tak kenal kawan lagik...

Arief kata "tadi abang makan nugget 5 dengan air jarang yang rasanya pelik" Dia minum air lycee sebenarnya.

"esok abang nak bawak air jarang, teacher mama bagi sikit sangat. Abang nak pakai botol basikal ibu" perghh.. botol basikal ibu tuh! layankan jer la bagi semangat sket pegi sekolah.

Aku ni risau sebab Arief tu mana la pernah duduk kat nursery. Tinggal ngan nenek ni faham2 jer la tahap manja tuh ehehe.. kawan pun takde sangat, yang ada pun bebudak cyclist anak buah abang...

Well... tu la first day Arief pergi TADIKA... my first day of being emak budak sekolah.. and I'm proud being one....Mlm tadi lepas dinner (makan sandwich jer) dan sebotol susu dia terus tidur dalam pukul 9.00.

Hari ni ayah dia plak hantar. Aku ada meeting penting yang tak boleh tak hadir. Pagi petang plak tuh....but my mind would still thinking of my son....

5 comments:

NeroEcha said...

Sedih kan nak tinggal kan..semalam pun thaqif 1st day kat nursery..selama ni tak penah..melalak jgn ckp ler..

Nik Ha said...

Rasanya semua ibu merasai perasaan yg sama bila 1st day htr ank kat bbsitter/tadika kan.Tingat lak mat salleh ank belas2 kat astro tu, 1st time nak let go ank bjg 18thn ke kolej, tangkap leleh dia.walaupun dah 18thn tp bg dia ank dia still bb..huhuhu..

Anonymous said...

berkait dgn entry sblm ni...kan smua ni ada hikmah...disbbkan selalu berjauhan dulu2 tu la Arief lebih matang dan independent..

namanya pun Arief...yg bijak...

Angah said...

Nero
Kesian nak tinggal hehehe..anak omak la katakan

Nik Ha
Itu la rasanya jadi mak bapak kan.. tak kisah la umur berapa pun anak..

Luna
Alhamdulillah.. cuma kengkadang rasa bersalah sangat kat dia..patut umur2 cam dia dulu 24 jam dapat belaian ibu..

ibuVouge said...

welcome to the world angah

ana tgh pening dgn tadika ni