Thursday, June 12, 2003

Bengkel Pokok Ceri.

Aku rasa tak ramai yang pernah dengar istilah ni. Istilah ni ialah untuk bengkel yang beroperasi secara kecil kecilan. Macam orang lepak bawah pokok ceri yang rendang. Ramai orang, duduk atas pangkin. Air pun takde, cuma sedap menyembang jer. BEngkel pokok ceri pun lebih kurang camtu ler. Peralatan yang basic, mekanik merangkap pemilik, adalah penolong seorang dua, tapi yang bagusnya mekanik pokok ceri ni ialah mereka amat kreatif. Kalau setakat nak ubahsuai kenderaan, senang jer mereka boleh ubahsuai dengan hasil yang memuaskan hati. Kebanyakan daripada mekanik2 ni tak dapat pun pendidikan atau kemahiran formal dimana2 pusat kemahiran. Mereka belajar daripada pengalaman.

Berbanding dengan mekanik di pusat servis yang bekerja guna peralatan moden, mekanik pokok ceri ni dapat mengenal pasti masalah dengan cara unik. dengar bunyi jer dah boleh tau dah. Ya lah, pengalaman ditambah pula denan peralatan yang takpun berkomputer memahirkan mereka dalam selok belok kenderaan. Cuma allignment ngan balancing jer mereka tak buat. Tuning enjin pun pakai dengar jer.

Harga servis dengan mereka pun murah. Tukar oil filter ngan air filter tak sampai pun seratus. Tapi di pusat servis kenapa mahal? Padahal benda yang dibuat tu sama. Spare part yang digunakan pun sama juga. Aku pernah bawak keter member aku yang menjadikan servis keter perkara wajib. Timing keter mak aiihhh tingginya!! mesti consume minyak lebih. Aku lebih senang ke bengkel pokok ceri. Bukan saja murah, aku dengan senang hati cakap masalah aku dan dia terus check. Setakat nih kereta aku takde apa2 masalah. Takdelah meragam ke apa ke.

Kepada pengusaha bengkel pokok ceri, teruskanlah usaha, lepas banyak untung bukak bengkel pokok beringin plak.


No comments: