Thursday, June 19, 2003

Mari Berpesan

Orang keliling aku main permainan baru dengan aku. Nama permainan ni ialah Mari Berpesan. Dalam permainan ni kerja aku ialah mendengar dan sekali sekala mengangguk. Kerja peserta lain pula ialah memberi pesan dan sekali sekala angkat tangan dan tunjuk ekspresi muka. Pemenang dalam permainnan ini telah ditentukan sejak mula iaitu peserta yang memberi pesan, bukan yang mendengar. Dalam beberapa permainan yang aku sertai 3 hari ni, merekalah pemenangnya. Mereka akan terus bermain permainan ini dengan aku sampai awal tahun depan.

Tapi dalam permainan ni pendengar seperti aku menang dalam ertikata lain, aku belajar banyak benda baru. Pesan yang baik aku akan ikut, dan pesan yang lebih berbau mitos daripada fakta, aku abaikan jer.


No comments: