Melayan Tamu
Date: 2003-06-27 16:22:39
yong_ros ( yong_ros@hotmail.com / http://www.sureheboh.net/main.php?id=92) wrote:
uh... panjangnye celoteh you....
tak jemu ke...
Angah kata : Tak pulak pernah rasa jemu menulis sebelum ni. Sebab tujuan blog ni pun untuk menulis sesedap rasa. Mungkin orang baca tu jemu kot eheh.
354 Date: 2003-06-27 13:06:48
spyz ( no email / no homepage) wrote:
uwek uwek berapa kali hari ni??
hihi..
Angah kata : Setakat ni tak de lagi ler, tak tau pulak bila kandungan dah besar sikit nanti. Harap2 tak de langsung.. boley?
353 Date: 2003-06-27 05:53:07
Puteri Elaira Eliza ( no email / http://elaira.fajaronline.com) wrote:
a'kum angah... semoga sehat dan bahagia selalu...
Angah kata : Terimak kasih Elaira, itulah doa angah setiap masa, sihat dan bahagia selalu.
352 Date: 2003-06-26 09:25:49
muring-wien ( no email / no homepage) wrote:
Nampaknya kena belajar kungfu laa dengan Jet Li or someone else...
Angah kata : Kalau fikiran dapat merasionalkan pendapat seseorang, rasanya tak perlu belajar kungfu kot... tapi kalau untuk pertahankan diri dari orang tak cukup sifat, itu perlu.
Cerita Silam untuk Hari Ini.
Sepatutnya minggu ini aku mengikuti rombongan Hari Keluarga office aku ke Cameron Highland, tapi aku tarik diri atas nasihat doktor. Tak rasa ralat pun sebab dah biasa ke sana. Lain kali ada eluang aku pergi lagi ler.
Aku balik Klang ujung minggu lepas, Dah lama tak menjenguk emak dan Noni. Sempat juga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara aku. Memang grand... untuk majlis menyambut menantu. Hubungan antara 2 keluarga kami tak begitu rapat, jadi aku cuma datang sebagai tetamu jer. Taklah, datang menolong sejak sebelum kenduri.
Dalam perjalanan balik ke Kuantan semalam, aku singgah di Genting Sempah, sembahyang Asar dan melepas dahaga. Nampak pulak mamat nih jual buah berangan. Aku beli 5 ringgit jer, dapatlah 150 gram, cukuplah untuk lepaskan keinginan makan. Dulu selalu juga beli di Petaling Street. Dah duduk di Kuantan nih jarang jumpa orang jual buah berangan.
Pagi ni aku dikejutkan dengan kematian anak kepada penyelaras akademik di sini. Nur Arifah, 3 thn, sedari lahir dah mengidap barah mata, akhir tahun lepas arwah menjalani pembedahan membuang matanya. Lepas tu disambung dengan kemoterapi. 3 minggu lepas arwah tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk rawatannya. Arwah dimasukkan ke PICU, dan badanya sudah menolak segala ubat yang disalurkan. Minggu lepas, arwah hanya bergantung pada life support system. Sudah tidak berkuit sedikit pun bila doktor menyuntik lengannya, tiada respon langsung terhadap rawatan. Doktor beri pilihan samada biarkan dia begitu atau lepaskan dia pergi. Aku melawatnya Selasa lepas, kak Lily (ibu Arifah) cuma mampu menangis. Hari Rabu, kami buat sembahyang hajat dan bacaan yassin untuk arwah. Usaha yang sedikit dari sahabat dan teman sekerja. Akhirnya Arifah pergi jua. Dalam dakapan ibunya, dikelilingi keluarganya. Alfatihah....
Aku tak mampu berkata apa2. Cuma kata2 semangat sahaja untuk Kak Lily. Aku cuma mampu berdoa untuk kesejahteraan Nur Arifah, dan berdoa kandungan aku sihat. Amin.
No comments:
Post a Comment