Monday, June 23, 2003

PAMER 2003

Sabtu dan Ahad lepas, sepatutnya aku bertugas sebagai Result Manager di Pahang Mountain Bike Extreme Race 2003. Tapi aku tarik diri saat akhir sebab semester dah bermula, aku pula tengah mabuk darat. Jadi aku cuma hadir disebelah tengahari sebagai pemerhati. Acara dah nak habis dah. Abang seperti biasa, tugasnya sebagai commissaire dan pengarah teknikal, buat dia sibuk sejak 3 minggu sebelum perlumbaan. Ramai juga yang bertanya ngapa tak join cam tahun lepas. Aku cuma senyum dan kata tak sihat.

Rata2 pelumba masih muda, banyak peluang untuk mereka maju kalau diberi peluang. Pasukan Terengganu yang menonjol kali ni. Kalau nak dibanding basikal dan peralatan mereka dengan pasukan Selangor, memang agak jauh ketinggalan, tapi semangat mereka tu yang buat aku respek. Aku rasa patut ada satu program cungkil bakat baru, dari sekolah rendah, kalau kita nak majukan sukan lumba basikal ni. Bukan masa ada perlumbaan baru nak cari pelumba, baru nak buat latihan intensif. Tapi inilah senario yang melanda. Kita kekurangan bakat yang betul2 baik. Pada aku, kalau setakat ambil pelumba yang menang pingat di SUKMA kemudian bwa masuk kem bakat, masih tak cukup.. Cuba cari mereka yang sesuai untuk lumba basikal (bentuk fizikal etc) dan pupuk minat dan skill daripada kecil lagi. Macam pasukan divisyen 1 buat diluar negara.


BAKAL BIRAS

Sabtu lepas boyfriend adik ipar aku, Azlan nama dia, berkunjung ke rumah, perkenalkan diri pada bapak mertua aku. Teringat pulak masa abang datang ke rumah berjumpa ayah. Aku sempat mendengar perbualan (baca: soal siasat) antara mereka masa bawak hidangan ke luar. Yang adik ipar aku pulak malu2... uiks.. dating tak malu? hahahahaha.. teruk kena sakat. Lepas makan tengahari, mereka pun naik keter menuju ke Lanchang, rumah Azlan. Keluarga dia pulak nak berkenalan ngan adik ipar aku nih. Aku doakan semer ok ler.

Bila dah kenal dan berkenan ngan pasangan memasing tu, baik segerakan ler kenalkan pada keluarga kedua2 belah pihak. Bukan apa, supaya perhubungan tu dalam pengetahuan keluarga. Satu cara juga untuk mengingatkan diri sendiri agar tak melakukan perkara yang tak sepatutnya, sebab kitatahu keluarga akan dapat malu etc. Ia juga mengajar rasa tanggung jawab terhadap pasangan. Tau dah bila keluar ke, kita bawa amanah orang. Bila keluarga dah kenal pasangan kita, mereka pun taklah rajin sangat mencarikan jodoh, lagipun bila awal2 mereka dah bagi green light kan ke mudah urusan. Kalaupun mereka tak berapa berkenan ngan pasangan, masih awal untuk pujuk mereka. Aku selalu percaya perhubungan atau perkahwinan yang dilandaskan dengan restu sepenuhnya daripada keluarga kedua pihak akan beri kebahagiaan. Tai kalau keluarga terima pasangan kita separuh hati, maksudnya terima sebab kita nak sangat... susah sikitlah.. wallahu a'lam


No comments: