Sakit
Semalam aku menziarah salah seorang staf yang sakit. Pergi dengan 4 orang yang lain. Sampai kat sana dah ramai staf lain melawat. Terbaring di dapur ditemani isteri yang air matanya tak henti mengalir. Sakit buah pinggang rupanya. Pada aku dia sepatutnya berada di hospital. Isterinya membuka cerita. baru beberapa hari keluar hospital atas permintaan emak ayah, nak berubat kampung katanya. Doktor dah cadangkan untuk hemodialisis tapi ditolak emak ayah staf tu, atas alasan tak berapa percaya perubatan moden. Aku pun ikut sedih bila dengar, bila tengok dia yang tersekat2 pernafasannya. Sakit dada kiri katanya. Mungkin jantung pun dah terjejas. Aku bukan pakar.
Kami beramai2 cuba memujuk emak ayahnya, benarkan dia ke hospital, mana mungkin sembuh dengan berurut dan sapu bedak sejuk berjampi. Diagnosis doktor pun dah sahkan penyakit. Bukannya penyakit misteri yang tak terurai dek kepakaran doktor. Mula2 keberatan tapi selepas beberapa waktu, kendur juga orang tua berdua tu. Alhamdulillah. Kawan aku telefon ambulan dan kami berlima ikut ke hospital menguruskan pendaftaran. Cuma isterinya saja yang mengikut ke hospital. Aku jadi sedih sebab nampak macam family dia buat tak endah je. Ini mungkin sangkaan aku saja. Bila selesai semuanya, kami berlima balik ke ofis.
Di zaman serba moden ni masih ada lagi yang berfikiran camtu. Bukan tak boleh untuk cuba rawatan cara kampung, tapi tengok jenis penyakitlah kan. Cuba kedua2nya. Itu pendapat aku. Kalian bagaimana?
CAY 8386
Kilometer tercatat di meter dah 85k. Masa aku beli bulan Januari lepas meter tu mencatat 60k. Jauh sungguh perjalanan aku kan. dah sampai masa untuk tukar timing belt. Terbanglah RM aku dekat 1k. Takpelah. Duit bukan segalanya, masa aku decide nak pakai CAY tu pun aku fikir faktor keselesaan, pemanduan dan keselamatan yang dia offer. and these things don't come cheap. I rest my case.
Balik Kampung
Hujung minggu ni aku nak balik Klang. Dah sebulan tak balik. Rindu pada emak dan Noni. Rindu sangat. Akan singgah ke Wangsa Maju, memenuhi undangan walimah sahabat. Selamat Pengantin Baru.... hajat dihati nak jumpa sahabat aku yang satu tu. Nak kenalkan dia pada abang. Aku tau dah jadi hajat dia sejak beberapa bulan lepas. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa ok.
Rencam
+ Sempat bersembang pasal beberapa perkara yang menjengkelkan fikiran dengan member aku. Rilekler geng.
+ Hajat hati nak tengok Finding Nemo tapi tiket habis huhuhuhuhu
+ Aku diminta jadi result manager untuk Pahang Mountain Bike Extreme Challenge 21 dan 22 Jun. Abang punya pasal ok jer.
+ Tak sangka akan terbaca pasal pengakuan berani mati. Tak pikir ke tanggapan orang? sakit betullah budak tuh!
+ Nak amik cuti lagik
No comments:
Post a Comment