Monday, June 02, 2003

Taman

Tengahari semalam, Lepas makan tengahari, aku baca paper di Taman Esplanade. Aku pun tak tau kenapa abang tetiba jer lencong kereta ke situ. Dekat jer ngan rumah, tak sampai 5 minit. Anyway, makan tengahari di benteng, seronoknya sambil makan ditiup angin Kuala Sungai Kuantan. banyak juga orang memancing, tapi rezeki ikan duri saja hehe.

"Kenapa masuk sini pulak?"
"Saja nak tengok apa speselnya tempat nih"
"ikut abanglah"

Kat Taman tuh memang ramai orang. Tapi jumlah yang bertenet lebih ramai daripada jumlah keluarga yang bawak anak2. Aku pun pelik dengan bebudak nih. Dah tak ada segan silu lagi. Baik bertudung atau tidak, sama saja. Aku pulak yang malu tengok adegan agak terlampau di tengahari buta. 3 minggu lepas kalau tak silap aku, lebih 200 remaja diangkut dengan trak polis dari Taman Esplanade nih. Malam minggulah katakan. Yup, malam minggu biasanya aku ngan abang keluar. tengok midnight ker, jenjalan ker apa ker, Taman tu mmg penuh dengan kereta dah modified, motor, remaja lelaki dan perempuan lepak2. Pakaian tak usah cakaplah. Aku rasa nak jadi dermawan sumbangkan kain pada mereka. Dan aku percaya kebanyakan daripada mereka nih pelajar IPTS kat sini. Sedihlah tengok anak bangsa aku. Kesian mak bapak kat rumah..

"Ayang, jom balik, tengok tv kat umah lagi best. Menyampah abang tengok perangai bebudak nih. Baik kawin jer"
"Jom"


Info RM 5 sebulan

Aku pelanggan Ma**s. Aku subscibed 2 info via sms berharga 5 ringgit sebulan. Yang pertama Reuters. Aku dapat info terkini sebelum berita tu muncul dalam berita TV. Menarik, cuma malas dengar message beep berkali kali sehari ihiks. Lagi satu ialah infoIslam. Lagi aku suka. Banyak benda baru dalam pelbagai bidang yang aku tau. Aku sharelah kat sini ek. Mana tau boleh diguna pakai.

"Gua-gua dijadikan Allah sebagai contoh bagi manusia membina rumah atau bangunan mengikut sistem sains teknologi. Kisah Ashabul Kahfi dirakamkan Allah dalam 18:9"

"Fungsi gunung : sebagai paksi dan penghalang daripada gempa bumi. Gunung2 bersambungan kerana gerakan dan geseran plat2 bumi yang membentuk daratan seperti yang ternyata dalam surah 21:31"







No comments: