Monday, December 30, 2002

Akhirnya aku dapat meluangkan masa menaip. Tapi aku belum berkesempatan menulis artikel lain. Aku seronok sungguh baca respon2 kat gesbuk aku pasal artikel perempuan dan lelaki yang aku tulis. Terima kasih atas komen2 yang membina tuh. Aku nak bagi pulak respon aku berdasarkan komen2 tuh. Here goes...

Antara komen yang quite identical ialah pasal Hawa yang diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang bengkok. Dan samada tulang yang bengkok tuh harus di luruskan atau tidak. Maknanya boleh diambil literally dan philosopically atau figuratively. kalau diambil secara literal memanglah tak boleh. Macam makna Iqra', maknanya dari segi bahasa ialah 'bacalah'. kalau kita memahaminya on the surface maka kita hanya akan membaca. Tetapi maknanya yang sebenarnya ialah belajar, memahami, menganalisa dan sebagainya. Tanggung jawab kita untuk menuntut ilmu. Itu satu contohlah.

Bila diutarakan tentang Hawa yang diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang bengkok, ianya harus diambil secara kritis dan mendalam. Cam spyz dan Po'ad cakap dalam komen mereka. Aku bersetuju juga sebenarnya bila spyz cakap;

"adakah memang perlu 'diluruskan' atau menikmatinya sahaja dlm keadaan ia terus bengkok.. adakah maksudnya yg bengkok itu memang tak akan lurus, iaitu w/pun ia lurus sekejap tapi akan bengkok semula kemudian setelah beberapa lama.. atau kena peringatkan selalu supaya ia kekal lurus.. bila dah kerap sangat cuba diluruskan tapi kemdian bengkok semula.. lama2 kita pun naik penat.. maka nikmatilah ia dlm keadaan bengkok itu.."

Bila kita cakap pasal bengkok, telahan biasa yang kita akan dengar ialah sesuatu yang tak perfect dan dipandang sebelah mata. yang lurus tulah yang dipandang baik dan molek. Cam spyz cakap kalau iklan syampu tuh mesti rambut lurus, tak de pun ikal, bergulung atau afro. Lurus tuh dah macam lambang kesempurnaan. Itu realiti masyarakat sekarang. Dan kita sentiasa mengejar kesempurnaan dalam kehidupan kan..

Aku setuju jugak dengan Po'ad. Kita mesti ambil statement tu sebagai perumpamaan. Yang tak semua tempat kita boleh aplikasikan. Po'ad kata;

"Memang tidak boleh diaplikasi pada semua keadaan but yang penting kita lihat dari sudut dan tempat yang betul untuk perumpamaan ini diaplikasikan. Bengkok dalam kes ni maknanya kelemahan mungkin juga keburukan. Jadi sebagai suami, kenalah membetulkan keburukan dan kelemahan yang ada tu."

Itulah yang aku maksudkan dalam artikel aku. Bukan semua yang bengkok uh mesti diluruskan. Disesetengah situasi sahaja. Bukan semua yang ada pada perempuan tuh kelemahan. "There is a woman behind every successful man" Ada kekuatan disebalik kelembutan mereka. Tapikan wanita nih kaya dengan emosi, yang mudah tersentuh.. yang kadang2 mempengaruhi perlakuan dan tindakan.. kurang merasional dalam seseeangah perkara. Ini kelemahan yang aku pun susah nak admit. Inilah yang harus di tackle dengan bijaksana oleh pelentur dan bakal pelentur. Aku bagi contohler ek..Tulang belakang kita bengkok kan, pernah jumpa tak tulang belakang lurus cam
tiang (kengkadang tiang pun bengkok).. boleh bayang tak kalau tulang belakang lurus.. maka doktor tak akan menang tangan merawat orang patah tulang belakang. Cam lutut laks, kalau tak leh bengkok habisler.. Nampak tak kekuatan dan lelebihan bengkok.. jadi yang tak boleh lurus jangan luruskan, yang dah elok bengkok jangan luruskan kalau tak nak timbul masalah.

Cam jigo, Po'ad dan spyz kata, kalau asyik cuba diluruskan maka lelama tak jadi bekas ler.. betul juga. Lentur, bengkok balik.. luruskan pehtu bengkok balik.. cuba lagik, bengkok semula.. buat lagik, bengkok pulak sekali lagik.. baik biarkan ia bengkok. Aku bagi analogy.. kita lapar, kita makan.. alhamdulillah kenyang. Eh.. lapar balik, makan lagi pehtu kenyang semula. Ala.. lapar pulak, makan lagi untuk kenyang. Lapar semula.. tak yah makanlah, biar lapar jer. Logik tak kita berlapar? Itu maksud aku, kita lenturkan atas sebab sahaja, sama ngan kita makan untuk kenyang. Kita lentur jika perlu, kalaupun nampak kelemahan tapi tak ketara, tak jadi kudis dalam perhubungan tak payahler lentur.. cam Saiful cakap, kita tak lepas daripada melakukan kesilapan, nobody's perfect. Masa lapar jer kita makan, jadi masa perlu luruskan saja kita luruskan. Takler elastik tuh abis. Tak ler patah tulang tuh.

Setiap orang baik lelaki atau perempuan ada norms dan values sendiri, yang kadang2 tak compatible ngan pasangan. Jadi kenalah memahami antara satu degan lain. Perlakuan dan percakapan tu nature seseorang, cam aku cakap try to understand before being understood. Allah kata lelaki adalah pelindung dan pemimpin wanita. Jadi sebagai pemimpin, dia harus melentur dengan berhemah, ibarat menarik rambut dari dalam tepung. Rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Berat tugas mereka nih.
Again..ambillah statement tuh sebagai perumpamaan. But dont take it for granted guys.. kang ingat lelaki jer pulak yang lurus.. tak bengkok.. tak perlu teguran.. man and woman are equal beings.. no more no less.

Dalam pada aku nak menulis nih, aku teringat sabda Rasulallah yang aku letakkan di kad jemputan kahwin aku dulu. Aku rasa makna statement tuh amat jelas di sini. Dan masih boleh dianalisa cam apa yang dah kita buat bersama.

Sabda Rasulallah:

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai"

Itulah rahmat disebalik ciptaan Allah. Man and woman complete each other. Perbezaan dan persamaan itu adalah gula dan garam dalam perhubungan. Kena balance manis dan masin.. baru perhubungan tuh sentiasa indah.. waallahua'lam.


Monday, December 23, 2002

Aku dilanda kesibukan tahap nirvana. Aku rasa kesuntukan masa setiap hari.. walaupun aku dianugerahkan 24 jam. Insyaallah aku akan menyambung penulisan lepas ribut sibuk ni habis.

Aku nak menyambung tulisan pasal lelaki dan pompuan tapi topik lain, berkaitan dengan romantik, asal usul perkataan tu, penggunaannya yang dah berubah dek perubahan zaman etc. Nantilah.. aku akan tulis juga. Tunggu ek.. Kalau korang ada apa2 pendapat pasal romantik.. definisi ker, pengalaman ker, ciri2 romantik ker.. tulis jer dalam gesbuk ker, chatter box ker, email ker.. nanti aku masukkan info tuh insya Allah

p/s manalah tau boley dapat artikel terbaik tahun depan ekekekekeke


Wednesday, December 18, 2002

Aku tertarik dengan kupasan topik lelaki dan perempuan dalam jurnal tOKSIK, Topik yang dari dulu tak pernah basi diperkatakan. yang mengupasnya lelaki dan perempuan juga. Maka aku rasa sampai bebila pun akan evergreen topik ni.

Lelaki dan perempuan, sama tapi tak serupa. Dua-dua manusia, sama spisis, ada hidung, mata, mulut bla bla bla... semer sama. Tapi tetap berbeza dalam banyak hal. Kawan aku pernah kata, kelemahan lelaki adalah kekuatan wanita dan sebaliknya. Memula aku susah nak paham... lama2 faham juga aku. Man and woman complete each other.

Bohong kalau ada lelaki yang kata "ah... aku boleh hidup tanpa perempuan" atau ada perempuan kata "aku tak perlukan lelaki dalam hidup". BOHONG! Bukan ke asal kita sendiri dari kasih sayang lelaki dan perempuan. Our very existence... think hard and ponder upon it... wanita diciptakan dari rusuk yang bengkok, maka menjadi tugas lelaki untuk meluruskannya dengan bijak. Kalau terlampau lembut, maka takkan luruslah ia, tapi kalau terlampau kuat, patah pulak.

Imej stereotaip yang selalu dipaparkan pada kita sejak kecil yang mencorak pandangan dan cara berhubung antara lelaki dan perempuan. Itu yang aku belajar masa amik Psycholinguistics. Kita ada set yang diguna pakai (tak bertulis, tapi diturunkan oleh parents pada anak2, generation to generation) Biasa tengok tak cara ibu kita bercakap ngan anak lelaki dan perempuan, mesti ada beza betul tak? Kalu dengan anak lelaki biasanya intonasi suara dan pilihan perkataan adalah lebih maskulin dan lebih feminin dengan anak perempuan. Kanak2 pulak belajar bahasa dengan melihat dan mendengar apa yang dituturkan oleh ibu bapa etc. Ini termasuklah kosa kata, intonasi, body language etc. Secara tak langsung cara berfikir juga. And all this is a continuing process.

Semua di atas tu pulak dipengaruhi oleh sistem sosial dan kemasyarakatan ( Sociolinguistics). Biasanya kita akan berhubung berpandukan ruang lingkup dan cara kehidupan kita. Di sinilah biasanya akan ada clash antara perempuan dan lelaki masa berhubung. Sbb kita punyai different norms and values (depending on the custom we live by). Though both are correct on our side, they might not get the same treatment on the other side. Contoh paling mudah, lelaki yang dibesarkan dalam paternal society boleh dikatakan agak susah menerima teguran daripada perempuan berbanding dengan lelaki daripada maternal society. Perempuan yang ada ramai adik beradik lelaki biasanya lebih agresif berbanding ngan perempuan yang ada mungkin satu abang atau adik. Ini secara umum...

Ini antara sebab saintifik dari segi bahasa dan pertuturan yang mencorak cara perempuan dan lelaki berhubung. Banyak lagi sebenarnya... tapi susah aku nak terangkan dalam plain malay atau plain english. Tapi kalau based on questions asked... aku boleh ler jawab kot.

Kita biasa ada imej lelaki atau wanita pilihan dalam kepala. Aku nak yang camni yang camtu. Tapi susah nak dapat yang perfect (aku rasa tak de sorang pun yang perfect dalam dunia nih). Memula berkawan. berkasih, berumah tangga. Semua nih melibatkan perhubungan verbal dan non verbal. Kalau tak silap aku cuma 30 peratus jer perhubungan verbal digunakan (bercakap ler). Selebihnya ialah non verbal (gestures, facial expression, body language etc). Dan yang lagi menyenakkan, semua nih berbeza antara lelaki dan perempuan dalam banyak konteks (aku dah cakap pasal psycholonguistics ngan sociolinguistics). Bila dah berbeza, tu yang jadi kacau bilau bila berhubung. Sementelah intended meaning tak sama dengan recieved meaning (bila aku cakap lain korang faham lain). Masuk Semantics ler pulak. Whereby meaning of utterances may varied according to target reciever's understanding. Dan understanding ni pulak bergantung pada norms dan values yang aku tulis tadik.

Dan dek kerana perbezaan ni lah kita dengar rungutan, aduan, macam macamlah. Boyfriend tak fahamlah, lelaki egolah, perempuan emosional lah. Semua menyalahkan pihak satu lagi. Salahkanlah semua orang, kena ingat... satu jari menuding kesalahan orang, ada 4 jari yang menuding kesalahan kita. Di sinilah pentingnya adaptasi, gunakan mind faculty untuk memahami perempuan atau lelaki. Cuba fahami dengan jelas maksud interaksi mereka, tak cukup dengan hanya mendengar pertuturan... cuba fahami maksud dengan melihat lenggok tubuh, gestures dan facial expression mereka.

Interaksi yang berjaya ialah apabila intended meaning sama ngan received meaning. Kalau berniaga customer is always right... kalau berinteraksi... target audience always has the upper hand. Bukan senang... aku admit sangat susah. Jadi tugas kitalah nak memahamkan orang. Kena ingat, interaction comes in package. It has emotions, feelings, prejudices, expectations attached to it. And to talk to different sexes correctly with these strings attached is darn hard. Again... we must try to understand before being understood.

Berbalik pada yang berkasih tadi kan... bila dah ada feelings involved, interaction jadik lebih complicated... suprise!!! believe me... bukan lebih mudah. Sebab interaction package yang aku cakap tadi sentiasa apply. Kita kena fikir consequences yang mungkin timbul akibat interaksi tu. Then again... adaptasi. Memang ada benda yang kita tak boleh terima... nak buat camne... kenalah terima perlahan-lahan. Batu yang keras akan lekuk dengan titisan air yang berterusan, bukan dengan sekali dua jirusan air yang kuat. Nak dia berubah, pelan pelan ler. Dah biasa makan belacan, bukan senang nak makan keju. Lama-lama ok...

Aku rasa korang pening baca entry aku ni... esok aku sambung lagik ler...


Tuesday, December 17, 2002

Dah masuk 2 hari ujan jer. Hujan kejap kejap tapi lebat giler. Aku risau jugak..takut banjir melanda cam tahun lepas. Air naik sampai tahap lutut jer kat rumah abang. Tapi kat Sungai Isap...teruk sangat. Aku simpati betul ngan penduduk kat sana.

Semalam ada pendaftaran pelajar baru. Dalam pada aku jaga kaunter tuh sempat aku menginterview bakal pelajar aku. Tanya background serba sedikit. Tengok result BI masa SPM etc. Nak bersedia pulak ngan group yang nih. Dah berapa semester aku mengajar nih aku tak pernah dapat guna pendekatan yang sama setiap kali mengajar. Satu group student berbeza ngan yang lain. Kengkadang tutorial yang aku buat jadi obsolete dalam satu semester jer. Samada terlalu susah atau terlalu senang. Kena buat lagi ler. Ada sensapa nak share soalan tutorial ngan aku? *wink* at tok rimau.

Aku rasa rata-rata jurnal akan cerita pasal raya kan. Aku pun nak cerita jugak. Tahun nih cam aku kata..aku buka lembaran baru dalam hidup aku. Pagi raya aku kucup tangan abang. Syahdunya..aku rasa banyak sangat kelemahan aku sebagai isteri, kekasih dan sahabat abang. Aku tahan2 air mata..tapi tumpah jugak. Aku salam ngan ummi ngan adik2 ipar aku. Tapi fikiran aku dah melayang balik rumah. Aku call emak..di adalam perjalanan ke pusara ayah. Sebak aku rasakan sejak mendengar takbir malam raya lagi.

Raya pertama..erm...aku ikut abang beraya rumah member2 dia. Rumah sedara mara dia..sampai petang. Aku beraya di rumah kak iza..sedapnyer nasik bukhari. "kak..nak lagik boley?"

Raya kedua aku bertolak balik ke Klang. Sampai rumah dah malam. Aku mula rasa excited tengok api pelita meliuk lentok..best ah..emak tengak sibuk layan tetamu masa aku sampai. Aku terus ke dapur ler. Esoknya aku tak sihat pulak...ingat nak beraya tapi tak larat. Aku lepak jer kat umah melayan tetamu ler. Bila dah tak berapa sihat..banyak ler soalan cepu emas yang keluar..naik rimas aku dibuatnya.
"ha ni demam mabuk agaknya"
"Dah berisi ker?"
"bila lagi nak bertiga"
"dah lebih stengah tahun kawin takkan tak de lagik?"
Aku cuma boleh jawab "tak de rezeki lagik" pastu senyum. Aku cakap lepas nih aku nak rakam jer suara. Bila orang tanya aku mainkan jer rakaman tuh.

Raya keempat ngan kelima aku beraya bawak emak ngan Noni. Adik aku yang di Johor tuh tak dapat cuti. Kesian dia. Tak kisah ler. Dalam pada beraya tuh rabak jugak poket iskh iskh...walau jumlah tak banyak..tapi tangan yang menerima tuh banyak juga. Tak per..setahun sekali jer.

Aku tumpang seronok tengok emak ceria. Masa ayah sakit lebih 2 tahun emak tak kemana-mana langsung. Nilah masanya aku nak berbakti pada emak. Bila sampai rumah sedara mara..emak mesti kata "nilah mujur ada drebar bawak..kalau tak..tak berjalan ler" Selagi mampu aku akan terus jadi drebar emak. Macam rudy kata, nak membalas jasa emak nih bukan cukup ngan taburkan duit. Mak ayah kita akan lebih gembira kalau kita ada disisi mereka. Aku sedaya mungkin balik 2 minggu sekali menjenguk emak. Abang ngan adik aku di Johor Baharu. Aku di Kuantan. Tinggal emak ngan Noni jer kat rumah tu.

Aku balik Kuantan Ahad lepas ditemani hujan sepanjang jalan. Aku sendiri 'hujan'. Terkenang emak yang makin sunyi di rumah. Aku tau dia menahan air mata bila anaknya sorang demi sorang menuju ke destinasi memasing. tapi tulah..Hubby aku bukan makan gaji. Kalu tak...mau aku pujuk dia pindah Klang duduk ngan mak. Mujur emak mengurut orang bersalin. Ada gak aktiviti dia. Cuma sebelah malam yang buat aku risau. tau jerlah rumah kampung. Agak jauh antara satu dengan lain. Aku pesan kat pakcik aku tengok tengokkan mak ngan adik. "Ya Allah..Kau jauhkanlah keluargaku dari segala bala bencana. Kau peliharalah kesejahteraan mereka...Amin"


Monday, December 16, 2002

Aku cuba buat quiz nih...rasa cam betul pulak..korang try ler

cuddle%20and%20a%20kiss
What Sign of Affection Are You?

brought to you by Quizilla

Penatnya aku menaip!!!!!!!!! semer hilang...!!!

Hilang mood nak update...esoklah pulak...waaaaa!!!! sedihnya...


Tuesday, December 10, 2002

Lama wehh aku tak mengupdate..ni aku kat umah pakcik aku..adik emak..bila aku nampak jer pc nih menganggur..akupun bagi kerja ekekekeke. hari ni dah masuk 3 hari aku beraya sakan...bawak abang kenal ngan sedara mara. Dari pagi sampai malam berjalan, letih pun ya..kenyang pun ya.

Tapi memang raya di pantai timur lain dengan pantai barat. Lebih meriah di kampung aku. Aku sampai rumah dekat kol 10 sbb hujan lebat sepanjang malam. Aku bertembung ngan 2 accident. Abang drive slow jer..biar lambat asal selamat. Sampai kat umah, mak tengah melayan tetamu. Raya ketiga pun camtuh. Lepas melayan tamu aku berjalan ngan keluarga ler. Duit raya eheheh ampehhh..aku yang bagi orang ada ler.

Nantilah aku citer lagi bila dah masuk kerja. Aku nak sambung beraya. Ada 2, 3 rumah lagik nih...


Wednesday, December 04, 2002

Ini entry terakhir sebelum aku mula cuti raya. Aku sebenarnya dah kosong kepala dah.. banyak kerja yang harus diselesaikan sebenarnya. Tapi kepala aku ni cam kosong jer. Malas jer nak buat kerja. Pagi nih aku sampai ofis.. lengang selengangnya. Abang kata kalau nak balik call dia nanti. Mungkin aku balik awal kot. Dalam ofis nih cuma aku ngan iza jer.. iskh iskh.. dibuatnya raya esok.. pecah rekod ler aku. Mak mertua aku kata nak buat ketupat esok.. kalau esok raya? Erk..tak tido ler malam ni.. mujur ketupat kat sini cepat masak (ketupat daun palas). Baru ni ler aku tau buatnya sbb kat pantai barat jarang ada.

Orang tanya aku.. tak sedihke raya kat rumah mertua. Aku cool jer sbb mmg aku tak rasa sedih pun. Tapi malam tadi aku call emak. Tak semena-mena berlinang air mata aku. Aku cuba control ler.. takut emak pulak yang nangis. Aku kalu boleh tak mo tengok air mata emak dah. Kesian kat dia. Abang tengok jer aku.. tak cakap menda pun.

Bengkel abang pun dah tutup. Semalam masih ada kereta nak masuk.. accident. Abang terpaksa tolak ler sbb pekerja dah balik kampung. Kesian kat owner keter tuh tapi nak buat camnekan. Abang pun nak cuti gak kan. Abang kata mungkin bukak lambat sikit kot. Tahun ni beraya ngan isteri jadi kena lama sikit sebab dah lebih banyak rumah yang nak dikunjungi. Aku pun tak kenal lagi kebanyakan sedara mara abang.

Aku dapat bayangkan teruknya jem kali nih. Tapi aku melawan arus kira selamatler. Yang sesak jalan menghala Kuantan. Aku yang menghala KL ni insyaallah ok. Cuma yang akan jadi masalah bila aku masuk Jalan Duta ke PLUS Highway menghala ke Klang. Mesti sesak ah.. sbb banyak kereta nak ke sebelah Utara kan. But then, aku keluar raya kedua.. should have subsided by then. Aku teringat dulu.. masa belajar. Setiap kali musim perayan PDRM akan keluarkan statistik accident ikut negeri kan. Maka member aku budak Perlis nih sedap sangat ler ngutuk Selangor negeri aku (assabiyah ler plak ehehe)
"Angah.. hang tengok.. accident sikit ja kat Perlis, hang tengok negeri hang, boleh kata tiap tahun paling banyak accident"
"Eleh.. negeri kecik boleh ler cakap.. higway takde.. keter sikit.. sehari boleh pusing abis.. boleh le cakap. Ko tengok ler kat sini highway berselirat.. tu pun tak leh pikir ker?" Marah pulak aku ngan kepandaian dia.. tapi cam tok rimau kata.. bukan dia minta dilahirkan bodoh begitu ekekekeke

Dalam pada blank ni banyak gak yang aku taip ek.."kak Iza.. jom balik nak tak? Aku tau kak Iza akan senyum tanda setuju

Selamat Hari Raya



Tuesday, December 03, 2002

Ofis aku dah semakin sunyi. Tinggal berapa kerat jer yang kerja. Kebanyakannya start cuti esok. Aku start hari Khamis. Esok tengok anak bulan kan. Macam2 andaian orang buat. Tapi kebanyakannya rasa raya hari Jumaat.

Aku teringat dulu2. Nenek aku tunggu pengumuman raya baru nak memasak. Memang tak tido ler malam tu kalau esoknya raya. Pahtu petang raya pertama memasing pakat tido..ekekekekeke. Aku suka suasana malam raya kat kampung aku. malam tuh lepas solat Isya' jer, kaum lelaki akan berarak keliling kampung bertakbir. Kengkadang mereka singgah kat umah. Tuan rumah bagiler air seteguk dua. Aku tak pasti masih berjalan ker program ni sekarang.

Biasanya juga malam raya kat kampung aku sunyi jer. Takde pun orang main meriam. Tapi start pukul 4 pagi..gegak gempita ler kampung. bagus juga. Kejutkan orang buat persiapan pagi raya.

Biasanya aku taklepas peluang gi semayang raya. Biasanya aku akan perhati bebudak lelaki. Kalo hari biasa tuh selekeh jer, masa raya nih nampak encem laks pakai baju melayu bersampin. Jejaka idaman Malaya ehehehe...boley buat calon menantu. Tapi lepas raya...ampehhhh. Tahun ni kena jaga pandangan ler ihiks.

Tahun ni tahun pertama beraya ngan suami. Kalau dulu tangan pertama yang akan aku kucup ialah tangan ayah pastu emak dan adik beradik. Tahun ni berubah dah. Tahun ni juga kali pertama tak bersama emak di pagi raya. Sedih memang sedih tapi nak buat camne. Aku nak lama kat Klang, jadinya aku beraya disini dulu.

Jurnal Angah akan bercuti sampai lepas raya. Sampai Angah start kerja. Tapi kalau ada kelapangan dan pc yang menganggur kat rumah sedara mara. Aku akan cuba juga mengupdate jurnal nih.

Dikesempatan ini aku nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada tulisan aku yang mengguris rasa, Aku manusia biasa..tak terlepas dari melakukan kesalahan. Salam Aidil Fitri penuh takzim dari Angah dan suami. Eid Mubarak, kullu amin wa antum bi khair.


Monday, December 02, 2002

Sabtu lepas aku hampir tak pergi kerja akibat mamai. Minggu sebelum tu kan sabtu bekerja, jadi kepala aku dah set hari tu cuti. Nasib baik dalam pada mamai tu sempat kira minggu. Kalo tak...monteng ler aku. Aku terpaksa kejutkan abang walaupun dia balik rumah dekat pukul 5 setengah pagi. terpaksa kejutkan dia sebab lesen aku mati. kalau tak..aku drive jer. Hari nih aku nak idupkan lesen.

Kesian tengok abang, dah berapa hari kena buat kerja sampai subuh sebab nak cuti raya. Semua kereta kena siap minggu ni. Lagipun pekerja abang nak bercuti juga. Kenalah boss turun padang. Tiap pagi lepas masak untuk sahur aku call dia soh balik makan. Lepas subuh dia tidur kejap. Pukul 8 lebih dah kena hantar aku gi kerja. makin kurus aku tengok. Tapi tu lah..pelanggan lebih utama sebab itu punca pendapatan. Sebenarnya masih ada kereta nak masuk tapi abang dah tolak takut tak sempat siap. Cam tempah baju pulak kan...

Malam tadi ada majlis buka puasa kat Grand Continental. Aku ingat aku yang lambat, rupanya aku antara yang terawal. Antara tentatif semalam ialah buka puasa pastu sembahyang berjemaah. tau jerlah kalau buat kat hotel nih, bukan ada kemudahan beribadat yang bagus. Kami sembahyang dalam dewan..oklah tu. Dibentangkan bed sheet jer. Sedih aku. Lepas sembahyang aku gi ler balik tempat yang aku duduk sebelum tuh. Aik..sapa pulak ngambik tempat aku..aku hot semacam jer. Tau ler free seating tapi kan ke tadi aku dah makan kat situ ye tak. Aku ngan abang melilau cari tempat lain. Dapat juga. Tak per ah..bulan baik nih tak elok marah2. Tapi tu ler setengah orang nih...tak der manner langsung..

Sabtu lepas sapa tengok talk show kat TV? Aku tak perasan TV 1 ke TV 2. Jemputannya ialah Syed Naquib Al Atas. Mereka nih membincang isu tertentulah. yang aku terkilan tuh dah ler moderator tuh tak reti nak menyoal..mesti Syed Naquib tension ekekek. Tapi yang betul betul menyentap akal dan fikiran aku ialah....mereka sediakan minuman atas meja tuh. Dalam gelas see through pulak. Apa ke cerdik sangat pengelola rancangan tuh? Takkan lupa ni bulan puasa. Tak logik kalau minuman tuh dijadikan hiasan. Mana sensitivity? Dah ler rancangan Malaysia...ish ish ish...

Kat tempat kerja aku nih ada seorang staff baru memeluk Islam. Alhamdulillah..bertambah satu lagi ummat Muhammad. Dengar cerita dia, aku malu sendiri. Sepatutnya lepas masuk Islam mereka ni dibimbing untuk jadi orang Islam yang baik budi pekerti dan menjalankan semua perintahNya. Tapi staff nih dibiar jer terumbang ambing dek PERKIM. Tak de tindakan susulan selepas mengislamkan dia. Para Ustaz kat sinilah yang tolong serba sedikit. Ustaz bagitau masa meeting jumaat lepas, saudara baru nih tanya pada dia "Ustaz..Islam tu apa?" Dia dah masuk Islam tapi fundamental thing cam tuh pun dia tak tau. Nak salahkan dia ke? Aku tak rasa camtu. Kita boleh bagi dia berpuluh2 buku tapi tanpa pembimbing tak mungkin dia akan faham sepenuhnya.

Ini tahun pertama dia berpuasa dan beraya. Department aku pakat2 beri sumbangan pada dia untuk persiapan raya. Ada yang melalui pembayaran zakat. Aku bagi sumbangan peribadi jer sbb abang dah bayarkan zakat minggu lepas.

Tapi inilah senario yang berlaku di Malaysia sekarang. Kita risau dengan dakwah kristian yang teruk melanda..tapi pernah tak kita fikir kelemahan sistem kita sendiri. Aku pernah pergi ke perkampungan orang asli, kebanyakan mereka baru memeluk Islam beberapa bulan tetapi mereka tak tau satu benda pun pasal islam..apa lagi sembahyang dan berpuasa. Sedih dan malu aku rasa. Aku rasa kita kena buat pendekatan baru. Jangan selepas mengislamkan mereka kita ingat tugas dah selesai...waallaua'lam. Aku tak berapa tahu...cuma berikan pendapat.


Friday, November 29, 2002

Semalam aku rasa tak macam tinggal di Kuantan. Semalam aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang boleh kata mustahil berlaku kat sini. berlaku juga semalam. Cerita dia camnih...

Semalam ialah hari pembukaan Hypermarket Giant di Kuantan. Giant tuh betul2 seberang jaln dari rumah aku. Kiranya aku untung ler..jalan kaki jer kalo nak shopping ekekeke. Alkisahnya, Hypermarket nih dibina disebelah satu-satunya jalan nak ke KL, kira jalan besarler, bila nak keluar dari Giant tu pulak kena buat U turn kalo nak ke bandar semula. Memang teruk jem...diaorang nih parking kereta sampai depan rumah aku..tak per lah kan. yang jadi masalah semalam ialah..sebelah giant tuh ada kampung..pastuh customer2 nih pi parking pulak kat jalan masuk tuh berderet2 sepanjang jalan besar...jadinya orang kampung tak dapat keluar masuk ler. Merka pulak yang terpaksa parking tempat lain dan jalan kaki balik....kesian.

Yang jadikan ramai sangat pengunjung tuh bukan apa...sebab utamanya ialah tawaran harga sangat rendah. Sementelah nak buat persiapan raya, lagi ler berbondong2 datang. Aku kesian tengok bebudak kecik petang semalam..terpaksa berjalan jauh (sbb parking jauh) ngikut mak bapak.

Aku ingat dah redalah..mlm tadi aku kuar ngan abang, hajat hati nak keluarkan duit..ampehhh..jem teruk..tak surut2 sejak petang rupanya. Tapi sebab dah keluar, maka kamipun tawakal jerlah meredah lautan kereta. Aku tengok anggota trafik tuh cam dah fed up. Bayangler, lampu isyarat dah hijau tapi masih takleh jalan sebab terlalu sesak. Aku keluarkan duit dalam 2 minit jer, tapi buruk nunggu nak sampai rumah. Aku terlepas jugalah sebab aku amik lane kanan sekali untuk balik. Yang teruk jem lane kiri ngan tengah yang menghala ke KL.

Tapi biasalah..benda baru, tentu semua excited nak pergikan. Member2 seofis ada gak tanya aku pergi ke tak. Aku malas nak pergi sbb aku dah biasa masuk Giant di Shah Alam. Bila2 pun boleh pergi. Bukannya kena naik kereta..naik kaki jer eehehe.

Sekarang nih kalo orang tanya rumah aku kat mana, main senang aku nak direct."Rumah aku kat Kawasan apartment depan Giant Kuantan. Masuk kawasan apartment tuh, rumah aku blok belakang sekali tingkat satu, corner lot..takkan terlepas punya sbb ada perodua kat blok pertama apartment tuh"

Jadinya..raya nih jemputler ke rumah aku....

p/s : setelah menunggu kad raya hard copy..semalam aku dapat 10 kad sekali gus..seronok aku :)


Thursday, November 28, 2002

Bunga Telur
Aku ingat aku dapat le kecek bunga telur semalam, ampehhh..Tak per ah...aku cool

Jual?
Aku cuma berura-ura nak menukar kereta, belum confirm lagik. Abang pun dok borak kosong jer kat bengkel dia tuh. Tau2 bertalu2 deringan telefon tanya nak jual ke tak..naik fed-up melayan. Ada yang siap datang nak tengok CAT aku. Abang kata kalau nak jual pun harga tinggi sikit ler sebab banyak dah labur make up semer. mamat yang datang tengok tuh nampak interested sangat..selok doh kata orang sini. Tengok saja ler nampaknya..aku masih sayang kat CAT aku tuh.

Kakak Yang Baik
Semalam aku berbuka di luar. Tapi sebelum keluar aku memasak dulu di rumah untuk adik2. masuk semalm baru 2 kali berbuka di luar. Napa ek? takde masa? malas? sebenarnya jumai ehehehe

Cuti Raya
Ofis aku nih dah semakin sunyi, bebudak dah start cuti, staff pun ramai dah start cuti..ngabiskan cuti tahunan. Aku start cuti Khamis depan. tapi rata-rata staff start cuti hari Rabu. Aku jer agaknya yang kerja Rabu tuh. Tak pe...agak2 takde orang, aku datang pastu stamp punch card pastu balik. Ermmm menarik sungguh idea angah..ada sokongan?

Picture This!!
Duduk ramai-ramai buat sorang-sorang. Korang bengang tak kalau korang jer yangbuat kerja rumah. Korang tau ramai lagik umat yang menghuni rumah yang sama tapi menghini saja ler. lain semer ko settle. Sekali sekala boleh ler tapi kalau dah selalu selala tak bengang ker?

Korang keje, balik rumah expect everything in order like when you left this morning. Thanx to you for cleaning everything up last night. But then when you arrived...everything turned upside down, piles of clothes almost everywhere, dishes in sink..on dinner table..infront of the TV. Not to mentioned fresh laundered clothes you happened to fold last night, still there...intact! Hoping they walk to the cupboard huh? You wish...

You asked for a favour "please do this or that" Answer you always get would be "penatlah kerja" As if you are not workinglah. And what do they do after work? practically everything else other than house chores.

You are not asking for the impossible. You just want them to sette their own tasks. Eat...wash lah the dishes used. Wash clothes...yours not included..just theirs. You wash and hang all clothes, cant they be kind enough to lend a hand..fold the clothes...then again your hope remains a hope.

"have you seen my green blouse?" or "I need that shirt" (she found it still in laundry basket) Hearing this, your mind shouts "Hello!!! hire an ammah lah for all I care." With this you rest your case.


Wednesday, November 27, 2002

Hari ni sekali lagi aku kena datang awal, jaga exam. kesian abang, dahlah semalam balik lambat, tidur lewat, pagi ni kena bangun awal semata2 nak hantar aku. Semenjak aku accidentt harituh, abang tak prefer aku bawak keter. Aku pun masih seriau sebenarnya. Sampai sekarang nih, kalo abang bawak laju patu brek, akupun ikut brek sama. "Trauma yang melanda ..la..la..la.." ihiks.

Semalam ngan hari nih jugak ada program tasmiq (mendengar), membetulkan bacaan Al-Fatihah. Aku rasa bagus program nih. At least aku tau apa kelemahan aku dalam pembacaan. Kan ke Al-Fatihah tu perkara wajib dalam sembahyang. kalau salah baca camne? Abis tu camne plak sembahyang kita?

Hari ni ada majlis Khatam Al-Quran di tempat aku bekerja nih. Alhamdulillah dapat sekali lagi majlis ni dianjurkan. Bacaan dibuat secara berkumpulan sepanjang Ramadhan. Satu group kena baca 3 juz. Tai tulah, aku rasa sedikit terkilan. Ada juga staff yang berat kaki nak hadir. Macam2 alasan diaorang bagi. Alasan utama uzur ler. Apa uzur sampai 3 minggu ker. Ada yang baynak sangat agenda sampai program setengah jam pun takleh nak attend. Cuba ajak pegi pasar Ramadhan, 2 3 jam takpe.

Aku rasa sebab utama mereka nih absent ialah malu, malu sebab tak lancar baca Al-Quran, merangkak2. Dah tau tak tau baca, datanglah...inilah masa nak belajar pun, camne nak nyebut, apa hukum tajwid etc. kalau kita sendiri K.O, camne nak terapkan pada anak2 atau bakal anak2...hmmm.

Aku dulupun merangkak2 baca, tapi dek kerana malu ngan kengkawan ler aku belajar jugak. kat UIA dulu pun ada kelas tilawah masa matrik. Pastu kat main campus wajib amik 2 kredit untuk tilawah 1 dan 2. Alhamdulillah. Boleh ler baca ngan betul walaupun tak berlagu merdu cam qari dan qariah. Ustaz yang mengajar kebanyakannya foreigner, jadinya sebutan kami nih selalu salah. Bayangler..dia betulkan BIsmillahhirrahmannirrahim jer sampai berbelas kali. Mau tak tensen iskh iskh..Mana nak sama sebutan orang Melayu ngan Arabic native speaker. Aku masih ingat student Bosnia kelas aku tuh...lagi ler teruk kena perbetul ngan ustaz Mesir tuh.

Kitaorang nih belajar Linguistics jadi fahamler masalah sendiri. Dah kalau bukan native speaker mmg tak boleh nak 100% sama cam diaorang. Aku ngan memember dok cakap belakang ler
"Eleh ustaz nih, dok nak betulkan orang jerk..dia sebut Perak pun Berak, lagi nak betulkan orang"
(bahasa Arab takde huruf P jadi tuko ngan 'ba' or B) Agaknya sbb aku ngumpatler aku tak scora subjek nih kekekekeke.

Pastu pulak aku dapat bonus, kitaorang kena amik bahasa arab sampai level 6. Jadinya dengan pengetahuan yang sedikit dalam bahasa arab, taklah baca Al-Quran tuh baca buta...sekurang-kurangnya fahamler gak maknanya sikit2. Memula dulu aku anggap beban sebab bahasa arab nih yang tak masuk CGPA. Lama2 aku nampak kebaikannya. Alhamdulillah.

Aku pulak jenis malas nak cakap berkali-kali, malas nak jemput berkali-kali. Kalau dah saban hari call ajak datang, tak datang jugak, ikut diaorang ler. Aku tak rugi apa2. Aku nak tengok, majlis hari nihberapa ramai yang datang. Semalam pun, turn out kat musolla tak sampai 10 orang. Padahal staff pompuan ada 40 lebih. Then again..its up to them to change, the choice is theirs and theirs alone.

Semalam jugak aku volunteer untuk beli bunga telur untuk majlis khatam A-Quran harini. Iza ditugaskan rebus telur. Aku ingat nak mintak satulah...takkan tak boleh...


Tuesday, November 26, 2002

Kad Raya



Masih ingat tak masa kecik2 dulu, kita suka sangat beli kad raya pastu beri kat kawan2 sekelas, beri kat cikgu etc. kalau ada 30 orang dalam kelas, kalau boleh kita nak bagi semua. Mereka pun pasti akan balas kad raya kita. Aku rasa ramai antara kita biasa letak pantun 2 kerat nih

"Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas"

atau

"Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung"

Ayat yang biasa kita jumpa dalam kad raya mesti "dah buat baju raya ke belum? saya dah buat. Banyak ke buat kuih raya? saya sikit aje. Jemputlah datang rumah" Aku masa kecik dulupun buat juga. Melambak2 kad raya aku dapat ekekeke.

Masa aku balik Klang minggu lepas, aku tengok Noni pun buat benda yang sama. Masih gunakan pantun yang sama. Aku tengok kad raya yang pakcik aku dapat, pemberian murid-murid..tetap sama intipatinya. Rasa pulak kemeriahan nak menyambut raya nih tengok budak2 berbalas kad raya.

Bila dah besar nih, aku cuma bagi kad pada yang jauh jer. Yang dekat tak payah ler ye tak. Sampai sekarang aku masih guna khidmat posmen untuk menghantar kad raya aku. Sampai sekarang aku masih tak menghantar walau satu e-card walaupun email address member2 aku simpan. Pada aku, perasaan masa baca kad raya tradisional ngan e-card ni lain. Lebih menyentuh perasaan kalau baca hard copy. Itu pada aku lah. Tapi kalau penerimanya tuh jauh di luar Malaysia, rasanya lebih convenient kalau pakai e-card. Tapi aku masih bagi kad raya jugak ermmm...

Aku ingat masa belajar dulu, boleh kata setiap hari jenguk pigeon hole. Kalau2 dapat kad raya..member2 yang ada boy/girlfriend biasanya dapat kad besar pastu ada lagu..kata2 jangan cakapler..jiwang karatzzz. Berbunga2 hati masa baca, pastu lekat kat tepi katil. Roomate aku sokmo buat cenggitu, semer jenis kad dia ada. Aku jenis ganazz ekekekek mana nak dapat kad jenjiwang nih. Bila nampak kad, teringat, senyum2 pastuh citerlah pasal boyfriend..aku dengo jer. Aku rasa kalau pakai e-card...bersihler dinding. takder ler bukak citer ye tak. Takkan nak print, mana sama.

Dulu aku selalu gak lepak kat Bukit Aman kalau tak der keje. Lepak kat bilik Uncle A. Dia penguatkuasa trafik pasukan (peronda lebuh raya). Aku tengok banyak kad raya dia dapat. Bila aku bukak yang ada cuma tandatangan jenis cop ngan cop syarikat. Aku rasa setiausaha yang buatkan. Bagi kad raya cam satu duty jer..untuk jaga nama syarikat. Uncle A tak bukak pun kebanyakan sampul tuh. Aku ler tukang bukanya ehehe.

Sampai sekarang aku akan pilih kad raya berdasarkan kata2 di dalamnya. Corak kat luar tu tak mengapa. Aku biasanya akan belek satu persatu, Setiap orang akan dapat yang berbeza. Aku jarang beli yang jenis pack sbb pada aku kad raya nih tanda ingatan kita pada penerima. Kalau main bagi jer tanpa baca isi kandungan... naya...cam kawan aku nih, main bagi jer kad raya "alah..asal bagi" katanya. End up dia terhantar kat raya untuk guru pada kawannya. Bila dapat balasan, kawan dia nih tulis "aku tau ko tak sempat beli kad raya..tak per aku maafkan ko" yang benar - Cikgu *****

Aku masih menunggu kad raya snail mail..masih menunggu kot2 ada sensapa nak bagi pada aku. AKu tetap balas kad raya elektronik ngan kad raya kiriman pos. AKu akan tetap buat camnih...biar usaha aku yang sedikit nih dapat mengekalkan tradisi....


Monday, November 25, 2002

Weekend lepas aku seronok sangat sebab dapat balik kampung. Tak sempat nak buka di rumah. Aku buka kat Papa Seafood. Makan siakap kukus ngan sayur kailan ikan masin. Alhamdulillah. Sampai rumah sambung makan lagik ehehe..lama tak rasa masakan emak. Lepak2 borak2 pastuh tido ler.

Hari Sabtu tuh aku sempat merayau kat Pasar Ramadhan. Aku jumpa banyak makanan yang aku suka. Kesian kat abang ler..tak ada kuih muih sebelah sana yang dia biasa makan. Mujur jumpa pulut inti. Tu jerlah yang dia beli. Aku..memacam aku beli walaupun yang nak makannya tak ramai. Rambang mata ekekekeke.

Kat kampung aku dah start monjong. Bagi juadah kat jiran sekeliling. Adat yang tak dilupakan setiap kali nak raya. Malam kedua kat rumah emak macam2 hidangan ada, rata2 pemberian orang. Dapat aku makan ketupat ngan rendang. Lemang pun ada. Emak kata minggu depan baru nak monjong pulak. Abang cam pelik jer sebab tak de adat nih kat tempat dia.

Aku buka puasa dengan lempeng. Memang best cicah dengan tempe masak santan yang agak pedas. Cili padi ngan bawang dan bilis ditumbuk pastu ditumis. Bila dah naik bau masukan santan dan tempe. Masak sampai pekat. Dulu2 emak masak sebab kami tak ada duit, orang susah..tapi lama2 makan dah jadi favourite aku pulak. Memang aku tak lepas peluang makan bila balik Klang.

Malam tu aku beri emak kasut yang aku janjikan. AKu tengok redup mata dia.
"Buat apa mahal sangat? yang murah cukuplah. kan *** nak pakai duit" emak cakap perlahan. AKu lupa buang tanda harga rupanya.
"Tak pe lah mak..biar mak glamer sikit" emak senyum jer.
Untuk Noni pun ada. Aku tak lupa belikan coklat untuk dia. Suka sangat budak tu. nak tunjukkan pada kawan2 katanya. Hati aku puas dapat tengok senyuman emak dan Noni.

Masa nak balik Kuantan aku sempat singgah beli beberapa jenis kerepek. Dekat jer ngan rumah aku. Murah betul kat situ. Beza sekali ganda harga kat pasaran. Aku ingat nak buat bisneslah. Amik bekalan kat situ pastu jual kat Kuantan. Dapat untung sikit2 dah ler. Kerepek pisang sekilo 6 ringgit jer. Ermmmm..thn depan boleh buatlah. Mintak modal ngan abang boleh kot.

Aku bertolak ke Kuantan lepas Zohor. Tengah best2 borak ngan abang tetiba meletup cermin depan kereta aku. Mungkin terkena batu. Mujur dah sampai Maran dan mujur jugak cuma mendung. Masuk yang nih dah 3 kali cermin depan keter aku pecah. Peliknyerlah. Mungkin aku kena tukar jugak CAT aku tuh ngan yang lain *sigh* Abang biarkan jer cermin tuh gitu, lepas Gambang jalan dah 2 lane, abang aberhenti kat tepi dan pecahkan habis. Kami teruskan perjalanan tanpa cermin depan...

Hari ni punyer cerita.

Pagi nih aku lambat sikit ke ofis. Jet lag agaknya, Abang hantar guna kereta bengkel. Nak tukar cermin harinih. Terbang lagik duit untuk raya. Tak per..cubaan tuh.

Sebab Sabtu lepas aku cuti maka banyakler isi inbox email. Check punya check, ada beberapa yang menarik perhatian aku. Ahad nih ada majlis buka puasa untuk staff dan keluarga kat Grand Cotinental. Hmmm..satu kemajuan. Tahun lepas buka puasa kat bawah khemah kat depan musolla jer.

Telur yang tak berbasuh tu najis kalau digunakan. Masyaallah, aku baru tau. Selama nih aku tak basuh pun. Mulai sekarang aku akan basuh dulu ler. Aku tak boleh bayang lah berapa banyak produk makanan di pasaran yang guna telur. Tak terkira banyaknya tuh kan...

Sedar tak sedar 8 hari jer lagi hari bekerja sebelum cuti raya. Tinggal 10 hari jer lagi bulan Ramadhan bersama kita. Dah bayar zakat fitrah ke belum? Aku dah ingatkan abang awal2 lagi biar tak terkejar nak membayar zakat fitrah. Bukan apa..yang aku tengok masyarakat kita nih, sibuk mengejar jualan murah sempena raya beli tu beli nih, bila dah malam raya baru sibuk nak bayar zakat fitrah. Kenapa ek?

Aku sempat pegi pasaraya masa balik kampung. yang aku tengok, hiasan Christmas lebih banyak daripada hiasan Hari Raya. Kenapa ek?

Dulu dulu, TV dah sibuk pasang iklan raya waktu2 camnih. Tapi sekarang aku tak nampak satu iklan pun lagik. Aku biasanya tunggu iklan Petronas, Perodua, Dunhill yang memang best. Aku dapat email pasal iklan Petronas. Simple tapi mendalam maknanya. Cuma aku nampak persamaan ngan iklan Merdeka hari tuh. Situasi sama pada masa berbeza.

Ingat tak masa iklan merdeka mereka bergambar bersama setiap kali, iklan raya pun sama gak. Cuma bezanya untuk raya nih si anak bergambar ngan ibu. Gambar last sekali cuma ada si anak. Ibu mungkin dah meninggal. Sama kan? kenapa ek? mungkin dah abis idea kot ekekekeke.


Thursday, November 21, 2002

WRAP UP

Awalnye aku bangun, awalnya aku datang opis..dek kerana bertugas jaga exam pagi nih. Tak per ah daripada kena jaga esok. Pahang cuti esok sempena Nuzul Quran. Aku amik kesempatan...nak balik Klang jumpa family.

Aku kata nak buka kat luar semalam, tak jadi jugak waaaaa sedihnya. 2 kali tak jadi. Untuk mengubat hati, aku ngan abang gi pasar malam beli memacam untuk buka puasa. Oklah juga. Sempat jugak aku sambar tudung sehelai untuk raya. Ramainya umat Muhammad kat pasar malam tuh. Ada peniaga yang dah nak tutup gerai. Rezeki bertambah masa bulan Ramadhan nih..semer orang nak mambeli sebab semua nampak sedap.

Jurnal angah akan bercuti juga sampai Ahad. Nilah kalau takde komputer kat umah..bila tuan bercuti, jurnal bercuti gaks. nantilah kalo jumpa mana2 pc, aku akan cuba update jugak.

Diam tak diam dah 16 hari berpuasa kan. Malam tadi dah start baca qunut masa terawih. Makin dekat jugalah kita ngan malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam Lailatul Qadr. Aku ada dapat email yang mempersoalkan lailatul Qadr. Penulis tuh mempersoalkan perbezaan malam dan siang antara negara2 kat dunia nih. Katanya, kalau malam nih kat sini, malam esok kat negara lain ke? maksudnya cam tak logik ler kalau ada 2 3 kali Lailatul Qadr. Aku rasa kalau orang yang buta perut baca, mau tergoyang iman. Bukan ke itu semua kuasa Allah. Dia yang berkuasa untuk menjadikan apa sahaja.

Benda yang melibatkan metafizik nih memang agak mengelirukan. Sebab tuh kita dilarang berfikir terlalu dalam tentangnya. Silap2 mereng. Boleh berfikir tapi jangan mempersoalkannya. kalau kita fikir luar bumi ada angkasa, ada planet lain, luar daripada tuh ada apa..memang sampai bila pun tak dapat jawapan. Ini beberapa benda yang aku ingat masa belajar dulu ler. kalau salah tolong betulkan ek..

Hari nih aku dapat banyak email daripada kengkawan. Bukan ucap selamat raya...di orang nak menang TV 42" atau telefon samsung. Senang jer masuk contest, hantar seberapa banyak email. Penerima email akan pilihkan hadiah. satu email yang dijawab bersamaan satu undi. Lepas lucky draw kalau lucky enough dapatler tv atau tepon tuh. Akupun tempted ler kan. Akupun hantarler email pada kengkawan ekekeke. tapi aku ingat lebih baik create email pastu hantar pastu jawab seniri...mudah. masalahnya banyak sangatler aku dapat email yang nak aku pilihkan hadiah. last2 aku delete jer.

Sebelum nih pun aku pernah dapat email yang serupa tap hadiahnya percutian 7 hari 6 malam kat pusat peranginan yang dipilih oleh penerima e-mail. Malas nak layan. Tapi tu lah kalo untuk suka2 apa salahnya. Nak menang tv gaks? klik sini. Tapi jangan hantar kat aku.

Semalam kita dikejutkan dengan peristiwa tanah runtuh yang mengakibatkan 8 nyawa terkorban. Balik daripada ofis semalam aku terus terconggok depan TV tengok perkembangan terkini. Ya Allah, dasyat sungguh, ranap semuanya. Kawasan tuh dekat ngan Highland Towers rupanya. Banyak juga banglo yang ada kat kawasan tuh. Aku bayangkan kalau hujan lebat sekali lagi, mungkin ke tragedi yang sama akan berulang?

Bilalah kita nak belajar daripada kesilapan....*sigh*


Rudy & Pikor : nak aku buat bengkel pasal sensitivity ek? aku masih belum layak. Tapi aku suka kalau ada yang ambil tulisan tuh sebagai panduan atau nasihat.


Wednesday, November 20, 2002

KAIL DAN IKAN, AIR DAN TAKUNGAN

Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jgn sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan kepada seseorang.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air, biarlah berpada.. jangan terlalu berharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar sekali utk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula.. mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang.. terimalah dia seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali melakukan kesilapan.. bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan, jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik..

++++++++++++++++


PLAN TAK JADI.

Patutnya semalam aku nak berbuka di luar ngan abang. Tapi datang pulak sorang customer nak repaint land cruiser dia. Maka terpaksalah kami batalkan hasrat nak makan kat luar. Aku balik jugalah memasak dan berbukalah kami seadanya. Takpelah..bukan rezeki aku. Harini aku nak meneruskan plan yang tergendala tuh. Lepas berbuka aku ingat nak beliakn kasut emak, tudung adik etc. Ni jerlah peluang nak balik pun sebelum raya. balik lagi sekali nanti dah raya kedua.. takkan masa tuh baru nak bagi.. tak sseeessuaaiii.

Aku baru habis marking paper untuk satu subjek. Ada 2 subjek lagi untuk dihabiskan dalam seminggu nih. Penat? apa punya soalan tuh...Alah bisa tegal biasa. Mujur puasa, kalo tak banyakler iklan..iklan biskut ler, iklan komputerler, iklan minuman ler, iklan handphoneler ihiks.. aku cuma manusia biasa, tak lari dari godaan yang melekakan. Ni pun aku dah tertempted ke iklan komputer.


CAT 4111

Aku rasa dia merajuk sbb aku berura2 nak menukar yang lain. Aku sayang CAT aku. Nombor plate cantik, warna cantik, enjin cantik, semer cantik, aku dah make up abis..tapi dah 2 kali accident. Tu yang rasa nak pakai yang lain tuh. Nak trade in sayang, nak simpan mana mampu nak bayar 2 bijik sekali gus. Ntahlah..mungkin khidmat CAT masih aku perlukan. Cuma aku ingat nak tukar kaler.. ramai pulak menurut jejak langkah aku pakai pearl blue.
"Abang.. tukar kaler boleh?.. kaler apa orang sini tak pakai lagik?"


SEJUKKKKK

Sekarang nih tiap hari hujan. Semalam sehari suntuk tak nampak matahari. Lembap jer.. tak ujan pagi.. petang. Tak ujan petang.. malam. Nak jemur kain pun serba salah. Tapi sekurang-kurangnya tak terasa sangat berpuasa.

Abang kata musim tengkujuh dah nak mula. Mintak dijauhkanlah banjir cam tahun lepas. Rumah aku air naik paras lutut jer. Tempat lain ada yang sampai bumbung. Air Empangan Kobat pun dah nak penuh aku dengar, kalau dilepaskan mungkin kawasan Sungai Isap akan terjejas teruk cam tahun lepas. Undangan kahwin pun dah tak der menjelang ujung tahun..kalau adapun, mereka ni dikategorikan sebagai berani mati ehehe..sanggup tanggung risiko hujan sepanjang hari. Kalau pantai barat.. masa nih lah undangan perkahwinan sampai cam kad raya, kat kampung aku tuh sehari boleh dapat berbelas.

Cakap pasal undangan perkahwinan nih, aku teringat pulak kad undangan aku. Pelan rumah yang aku buat sangat comprehensive. Start daripada federal highway ngan PLUS highway..punyalah tak nak bagi orang sesat. Memula kena gelak ngan mak aku..
"Alah..buat cam orang lain ler kan senang, dari pekan kapar jer"
"Takper mak, kawan2 *** ramai orang luar, senang diaorang nak carik. Tengoklah nanti mesti ada orang ikut punyer. Semer simpan kad *** sbb nak tiru plan rumah..tengoklah nanti"
Aku ngan konfidennya cakap kat emak.

Masa balik Klang..cuti sekolah bulan 9 hari tuh, aku tengok banyak kad undangan emak dapat. Aku belek satu demi satu.. Eh.. cam aku pernah tengok plan nih tapi dimana ya? Haaaaa.. kan dah cakap.. mesti diaorang tiru punyalah. Cuma tukar lorong sket2 jer (masa nih idung aku kembang tahap maksimum ekekekeke). Majoriti guna plan aku.. kenapa aku tau itu pelan aku? sebab aku tak tiru mana2.. aku buat sendiri. Emak senyum jer.. nantilah aku scan letak kat sini.. kotlah ada orang Klang nak kawin, terbaca jernel aku.. boley amik buat rujukan.. ermmm.. kalau aku buat copyright mesti aku dah kaya makan royalti kan


Tuesday, November 19, 2002

Aku dah mula marking paper final. Maknanya kepala aku akan mula pening tengok macam2 jenis jawapan. Tapi yang menariknya kadang2 aku jumpa jawapan yang logik, yang tak sama ngan skema jawapan aku tapi boleh diterima. Menunjukkan yang student aku boleh berfikir. Kena marking cepat sebab aku kena buat analisa peperiksaan lagik.

Aku jumpa juga perenggan2 meminta jasa baik aku naikkan markah kat skrip jawapan student. Taktik lama ler tuh..boleh blah. Aku cuma bagi markah ikut kelayakan mereka. Kengkadang aku bagi jugak 1 markah untuk naikkan gred, itupun bergantung pada performance diaorang sepanjang semester. Kalau ada perangai minta maaflah.

Masa mula2 mengajar dulu aku ni lenient. AKu tak kisah bagi markah sebab aku rasa aku menolong student. Tapi lama2 mereka nih jadi mua...mula buat tak kisah, buat acuh tak acuh. Ye lah.."Puan ******* tu ok..buat lebih kurang pun dapat ok punyer" Lepas pada tuh aku mula keluarkan kuku ler. Aku main bela dan cantas. Yang elok aku bela, yang buruk aku cantas. Memang kena cop killer, tapi aku tau aku menolong mereka dalam ertikata yang sebenarnya. Aku nak mereka belajar,berusaha sendiri untuk berjaya.

exam


Memang aku tak boleh samakan mereka dengan student IPTA. Tapi bukan ke mereka datang ke sini dengan rela, bukan ada orang paksa. Mereka sendiri yang isi borang, yang hantar. Mereka sendiri yang bawak beg mendaftar. Dah tu kenapa belajar main-main? Tak faham betul aku. daripada buang masa dia dan masa orang lain, baik carik kerja.

Aku selalu ingatkan mereka setakat lulus diploma dengan CGPA yang rendah tak payah ler. Berapa banyak lagi pemegang diploma seluruh Malaysia nih? Dengan keputusan yang buruk tuh camnelah nak menjaja kertas sehelai tuh untuk kerja. Ngabihkan bogheh yo...Baik balik kampung usahakan tanah. Yang pompuan tuh kawin jerlah jaga anak.

Memula bagi nasihat dulu aku kira berhemah ler, ngalahkan pakar motivasi. Tapi cam jemur pakaian masa hujan jer..makin basah..hampeh. Lepastuh aku amik pendekatan abang, guna reverse psikologi. Yang mereka tak suka tuh ler yang aku cakap. Kalau suka sangat cakap kat belakang aku suruh ke depan, suruh bercakap. Pandai pulak diam.

"Tadi beriya sangat kat belakang tuh ngalahkan parlimen bersidang, ni kenapa diam? cakaplah, kami semua nak dengar apa yang penting sangat tu."

"Nilah penyakit kita, suka sangat cakap kat belakang, kutuk kat belakang, puji kat belakang, pastu tikam dari belakang. Bagi jer isu apa semua boleh dibincangkan dibelakang, meletup letup, berkobar kobar. Tapi kalau disuruh suarakan kat depan semua jadi penakut, jadi bisu. Nilah penyakit kita, camne nak maju kalau camni."

"kalau saya tanya ada yang tak faham..semua diam..fahamlah tu ye? Tapi kat belakang pandai cakap tak fahamlah, tak terkejarlah, susahlah, tak cukup masa buat assignmentlah, dating ada masa pulak?"

Aku rasa mana2 lecturer sekarang mesti ada masalah yang sama, handphone bunyi dalam kelas. Mula2 dulu aku suruh matikan. Lepas tuh mereka main sms pulak, aku kering tekak kat depan, budak2 ni dok hantar sms. Sekarang ni,aku nampak jer, aku suruh kedepan ler, main sms depan aku. Kalau call, aku suruh jawab depan aku. Ada yang pakwe call, tapi cakap "mak..kita ada kelas nih, kang kita telefon balik, ok babai" Garuk sungguh suara mak dia kat sebelah sana.

Aku tau mereka merungut sebab kengkadang aku layan mereka cam budak sekolah. Tapi aku cakap "Well you asked for it..behave like an adult, and you will be treated like one" dah perangai cam bebudak, aku layan cam bebudak ler.

Lagi satu aku perasan, mereka nih lebih selesa kena denda daripada dapat malu. Sekali malu dalam kelas mesti tak ulang lagi kesalahan tu. Dah itu yang berkesan, maka itu yang aku gunakan. Bukanlah maknanya aku kena malukan setiap orang. Biasanya aku sindir ler..sapa makan cili mesti terasa pedas kan...

Apa pun aku saang mereka nih. Mungkin satu hari nanti mereka akan jaga dari tidur. Biasanya manusia nih suka learn the hard way, dah terhantuk baru nak terngadah....Aku doa agar mereka berolah hidayah.

Monday, November 18, 2002

Hari Sabtu lepas kan cuti. Kenapa aku kena datang ofis? Aku betul2 bengang dengan penyelia U** yang datang menyelia exam kali nih. Semester2 lepas borang kerja kursus tu kami isi lepas exam abis, kali nih dia nak yang student tandatangan atas borang tu pulak, yang dah berisi pulak tu. Aku tak kisah kalau diberitahu awal, minggu lepas ker, 3 hari lepas pun takper ah. Ni tak..semer main last minute...kesian member aku yang jaga peksa hari tuh kena menjawab ngan penyelia tuh. Kena gak tepon aku ngan lecturer lain soh isi utk exam Ahad ngan hari nih. Aku mmg benganglah. Tengah syok duduk kat umah berehat ujung minggu, kena datang ofis just to fill in that stupid form. Dah ler aku tak jadi balik kampung...arghhhhh..double bengang lagik... Tak per...mujur pose..kalo tak mau aku tuko kaler jadi hijau..

Nak tak nak aku ke ofis jugak ngan abang. Buat jugak benda yang disuruh. Aku marah, merungut camner pun aku tetap mentimun, dia tetap durian, menggelek aku hancur, tergelek pun aku hancur. Tapi tunggulah dia jadi tempoyak...aku si mentimun ni pulak yang akan gelek dia muahahahah (gelak orang jahat)

Puasa Zaman Dulu

Aku banyak baca jurnal orang pasal pengalaman puasa dan raya masa kecik2 dulu. Aku pun ada banyak pengalaman ngan arwah ayah, ngan emak, ngan adik beradik aku..seronok bila ingat balik kan..rasa nyesal pulak jadi besar sekarang ehehe. Macam macam aku rasa masa tuh, penat puasa biasalah. yang pasti akau seronok setiap kali nak raya.

Malam Tujuh Liko (betul ke aku eja?)
Seronoknya bila malam ni sampai, aku ngan ayah akan pasang pelita keliling rumah. Kawasan rumah aku kawasan kampung, banyaklah pelita yang dipasang. Cantik bila dilihat dari jauh. Pelita juga dipasang sepanjang lorong. Setiap rumah derma beberapa pelita ngan duit minyak. Orang bujangler yang pasang start malam nih.

Masa ni lah arwah ayah akan keluarkan bunga api. Kami tak main mercun, ayah tak bagi, bahaya katanya. Aku main bunga api cap kucing, yang batangnya besi tuh. Ayah akan petik pelepah pisang dalam sehasta panjang, pastu dia cucukkan bunga api tuh, cam pemegang ler. Aku pun main tak ingat dunia. Bila dah padam ayah akan pasangkan lagi. Bunga api yang banyak asap tuh ayah tak bagi main jugak, kang batuk dia kata. Ayah akan hisap rokok kat pangkin, aku ngan adik main bunga api. Seronoknya masa tu. Sekarang aku yang tolong pasangkan bunga api pada pelepah pisang bila Noni nak main.

Baju Raya
Wah.....ayah balik bawak kain untuk buat baju. Dulu aku pakai sepasang ngan Ita bila raya. Lenlama bosan pulak. Aku demand nak corak sendiri. Mak ngan ayah ikutkan jer. Masa beli kasut raya lagi best sebaba kami ke pekan terdekat. Bila baju dah siap, kasut dah ada, tiap malam cuba. Tak sabar nak tunggu pagi raya. Bila raya, ayah tak balik sembahyang raya aku dah siap pakai kasut.
"Wah..lawanya anak ayah" Aku senyum sampai telinga. Emak macam biasa senyum aja. Sekarang aku cuba buat yang sama untuk Noni. Tahun ni aku nak belikan dia kasut yang berjenama sikit. Kalau kakaknya boleh pakai kenapa adiknya tak kan.

Puasa Yang Yok
Aku mula belajar puasa awal sebenarnya. Bila masuk sekolah namapak kengkawan tak puasa, mulalah malas nak puasa. Akumasih ingat, waktu rehat sekolah agama aku ngan kengkawan beli aiskrim ker, air ker, pastu masuk bawah surau dan makan. Bila dah besar sikit puasa penuh ler. Kat sekolah aku dulu bila puasa jer, bebudak pakat beli air batu, masukkan dalam tuala..tekap kat mukalah, kat tanganlah, ada yang nakal kunyah terus ekekeke. Masa tu bukan tau makruh ker, tak baik ker, belasah jer.

Mak ngan ayah biasa janji ngan kami, kalau puasa penuh dapat duit raya lebih sikit. Sekarang ni rasa malu pulak bila ingat balik. Duit raya dapat cara ngelat.

kalau nak dicerita pasal kenangan sampai bila pun tak habis. Nantilah kalau aku get accross some interesting topics dalam jurnal lain, aku mungkin akan tulis gak berdasarkan pengalaman aku laks.. Boleh kira copycat ke tuh?

Friday, November 15, 2002

AKu telefon bengkel tempat aku hantar kereta, masih tak siap lagik. Aku nak balik hari nih..tak jadilah nampaknya..sedih Allah jer yang tau. Aku dah jajni ngan emak nak balik. Aku pasti emak dah menunggu di rumah. Maafkan *** mak, bukan taknak balik, tak de kenderaan nak balik. Nak pinjam orang...segan. Minggu depan insyaallah..sampailah *** kat Klang nanti.

Hmm...aku masih tak kemana2 melihat pasar Ramadhan. Aku cuma makan apa yang dibeli jer. banyak jenis kuih yang aku tak pernah rasa sebelum nih. Kebanyakannya manis. Macam macam kuih yang ada pengaruh Kelantan dan Terengganu. Yang agak pelik aku rasa ialah SOTONG PULUT. Pulut yang disumbat dalam sotong dan direbus ngan santan dan gula melaka. Aku masih tak boleh terima sotong dibuat sajian selain lauk waktu makan.

BUBUR LAMBUK kat sini pun berbeza ngan bubur lambuk pantai barat. Kalau di pantai barat, bubur lambuk berisi daging dan rempah ratus, ada rasa serai sikit, agak pedas. Bubur lambuk kat sini lemak. Bubur dicampur ngan ikan kisar dan ada sayur dalamnya. Kengkadang kangkung, biasanya pucuk paku. memula aku tak makan, sekarang oklah. Teringat masa belajar dulu. Aku akan naik Putra LRT dari Gombak ke Kampung Baru sbb nak makan bubur lambuk.

Aku makan LAKSAM. Sedap. bukan laksa....tepung yang dikukus bentuk cam kuew tiaw, makan ngan kuah lemak (ikan kisar). Ada sayur2 ulam cam nasi kerabu, ada sambal dan sedikit belacan. Mmg bestlah. Kat sini kengkadang orang sarapan ngan laksam nih. Ummi mmg handal memasak sbb dia dulu ada restoran. Aku rasa beruntung dapat mertua cam dia. Cakap jer nak makan apa dia akan masak. Aku akan gemuk in no time ehehe.
"Ummi...kita makan sup daging hari ni boleh?, tak pun kita masak daging masak merah.."
"Boleh..*** beli jer baghe..ummi masok ah nanti"
Alhamdulillah, selesai juga masalah server kat tempat aku nih. Dapat juga aku menulis. Minggu depan final exam. Student jumpa aku
"Puan, saya kena bar ker? tolonglah Puan, saya tak nak repeat paper"
"Awak ada fikir camtu masa awak ponteng kelas saya?"
"Tolonglah Puan, saya janji saya tak buat lagi"
"Semester depan saya tak ajar awak pun"
Mungkin kasar cara aku. Aku mungkin akan dicop lecturer killer. Tapi itu cara aku nak menyedarkan mereka nih. Dah berbuih mulut suruh jangan ponteng..ponteng jugak. So bear the consequenceslah kan.

Aku selalu jugak didatangi student yang tak puas hati ngan markah yang aku bagi. Camne aku nak bagi banyak kalau kerja acuh tak acuh. Aku suruh taip diorang tulis tangan. Camne tuh. Aku suruh buat karangan diorang amik karangan dalam buku ke jurnal ke... Aku suruh buat assignment diaorang cut paste daripada internet. Memula bagi can ler..pastu tak sedar jugak maka aku 'siram air' atas mereka yang tidur nih. Buan semua camni. Ada yang memang nak belajar, tapi meeka dicop teacher's pet pulak.

Aku sedih tengok anak bangsa aku camnih. Banyak duit mak bapak yang dilabur, tapi mereka nih datang makan angin jer agaknya. Ya Allah..bukakanlah hati mereka...

Monday, November 11, 2002

Lamanya tak update..server tempat aku nih banyak halnya. Tak pe ah..sekali sekala susah perkara biasa.

Semalam berbuka dengan juadah yang enak. Ummi masak mmg best. Ummi masak gulai nenas, sup tulang ngan daging goreng. Aku nih rasa nak makan semer tapi mikir yang gelojoh tuh sifat syaitan..aku kontrol jer. Sebab masak dalam kuantiti yang banyak, masa sahur pagi tadi aku panaskan jer. Punyalah seksa nak mengejutkan orang sahur nih ek..agaknya camni masa emak ngejutkan kami sahur dulu. Sabaaaarr.. :)

Dah 6 hari kita berpuasa, aku masih tak menjengah mana-mana gerai Ramadhan kat Kuantan nih. Beli kuih pun dekat ngan rumah jer. Bukan taknak, cuma keadaan yang sesak tuh buat aku rimas. Nak cari parking lagik. Adik ipar aku pergi semalam. Banyak kuih yang dibawa balik. Ermmm...nampak sedap, bila rasa alamak...rugi duit aku iskh iskh. Mungkin sebab puasa penjual nih tak boleh rasa masin manis masam tapi kualiti kontrol tak de langsung. Bayanglah, isi karipap boleh dikira sebiji2. Cucur udang jadi cucur kepala udang. Mungkin cuma sebilangan peniaga kot, bukan semua. Mungkin mereka ambil kesempatan dalam keghairahan orang nak berbuka, main buat jer kuih muih, rasa entah apa apa. Tak kira menipuker tuh? Abis camner ngan rezeki hasil jualan? Waallahua'lam.

Bila cakap pasal puasa adat nih, aku suka tengok orang. Masa balik ofis Jumaat lepas, aku nampak sekumpulan remaja, berseluar ketat separas lutut, berbaju singkat atas punggung, rambut karat, muka bertepek bermacam warna. Aku pun cakap kat abang
" Camnelah mereka tu puasa ye bang, mak bapak diaorang tak marah ker pakai camtu?
"Kalau puasa..." ringkas jer jawapan abang.
Aku tetiba sedih melihat saudara seIslam aku. Kat tempat lain orang Islam kena bunuh sebab mengamalkan ajaran. Kat sini? Aku sedih tengok wanita sebaya nenek aku masih menggayakan fesyen rambut terkini. Ironinya, pendapat yang mereka keluarkan "mengikut ajaran Islam bla bla bla....." Tertanggung ke bahu suami dengan dosa isterinya? Ntahlah..Ya Allah..peliharalah aku daripada melakukan sesuatu yang menjatuhkan martabatku dan suamiku..

My Mind Rambles

I'm awake...
As if someone hastily woke me up from my slumber. Thank you for waking me up.

Realization, conciousness come in various forms and shapes. Sometimes slow like a flow of water, sometimes fast like lightning. Sometimes painless, sometimes painful.

I realize now, I'm concious now. Thank you.

I am awake now. I don't plan to sleep again until I'm sure that I'm sleepy enough.

I might take a nap though.


RALAT

Date: 2002-11-09 07:40:25
mr.eezzs ( no email / http://eezzs.cjb.net) wrote:

Entry awak hari nie menyentuh hati. Buat hati saya meronta-ronta nak balik. Tabahkan hati menyambut puasa dan raya tanpa ayah. Walaupun lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan, namun perasaan sedih tu tetap akan datang. Buat kengkawan yang senasib, sedekahkan Al_Fatihah (bukan Alhamdulilillah...Cuba check balik entry nie angah)kepada orang yang kita sayang yang telah meninggalkan kita. Amin

Angah kata :
Aku guna Alhamdulillah untuk refer pada surah Al-Fatihah bila cakap ngan Noni sbb otomatik dia akan tau apa yang perlu dibaca

Friday, November 08, 2002

Makan apa untuk berbuka?
Pergi terawih ke tidak?
Esok nak masak apa untuk sahur?
Antara soalan yang emak tanya masa aku call dia malam tadi. Tahun ni makin kurang umat di rumah tu. Aku di sini, adik aku dah kerja di Johor Baharu. Tinggal abang ngan adik bongsu jer meneman emak. Minggu depan aku nak balik. Nak berbuka puasa ngan emak. Nak rasa masakan emak. Walau emak goreng telur untuk berbuka, tetap sedap aku rasa. Rindunya dengan pelukan dia, kelembutan emak mengejut kami bersahur. Kesabaran emak dengan kerenah anak2nya masa puasa. Aku ingat, aku nak makan ni, abang aku nak makan itu, adik aku nak makan yang lain pulak. Emak tetap buat semua walaupun bukan pada hari yang sama. Aku nak jadi sesabar emak..insyaallah.

Tahun ni kali kedua puasa tanpa ayah. Aku tau emak rindukan ayah. Ayah kembali kepangkuanNya pada 12 syawal. Ayah pergi dalam pelukan emak. Tak ada setitis pun air mata emak tumpah masa tu. tiada setitis pun tumpah masa jenazah ayah diuruskan. Tiada setitis pun tumpah masa kenduri. Tiada setitis pun tumpah waktu melawat pusaranya syawal lepas. "Mak, kalau mak rasa sedih..menangislah mak, jangan pendam, nanti mak tertekan." aku suarakan pada emak
"Apa akan jadi pada anak2 mak kalau mak tak kuat. Mak kena kuat untuk anak2 mak. Noni kecil lagi, dia takkan faham kalau tengok mak menangis" Aku cuma mampu mengangguk. Aku lihat kekuatan emak dalam keredupan matanya. Tapi aku tau emak sedih, lebih sedih daripada kami. beberapa kali aku dengar esakan emak. Mungkin emak ingat aku dah lena masa tu. Aku juga tau dengan kedatangan ramadhan kali ni emak akan rindu lagi. Aku juga tau emak takkan tunjukkan depan kami. Aku nak jadi sekuat emak...insyaallah.

Aku berkira kira nak belikan emak sepasang kasut baru untuk raya. Kasut yang aku belikan sebelum ni hilang katanya. Dia sayang sangat kasut tu. Hatta adik aku nak pakai pun dihalangnya.
"Kasut yang * * belikan utk mak tu hilanglah, kat rumah orang, mak pergi kenduri kahwin"
"Takpelah mak, kasut jer"
"Kasut tu anak mak yang bagi, mahal pulak tu. kalau mak beli sendiri mak tak kisah sangat"
"Takpe mak, nanti ada rezeki *** belikan yang lain ye..bukan rezeki kita nak buat camne"
Nak menitis air mata aku. Emak sayangkan anak2nya. Hargai setiap pemberian anaknya. Emak marah kalau aku belikan barang yang padanya mahal. Membazir katanya. Aku rasa kalau aku himpunkan segunung intan berlian pun takkan sama, takkan semahal apa yang dah diberinya pada aku. AKu nak jadi seperihatin emak...insyaallah.

Emak tanya pasal kuih raya. Masa ayah ada dulu, dia yang buat kuih raya. Bila ayah semakin uzur, ayah beri duit untuk beli. Masa tu kami semua belajar lagi. Bila ayah dah tiada, kami beli juga, pakat kumpul duit adik beradik. Tahun ni buat camtu juga rasanya. Nak mintak abang ngan adik aku beli 3 4 jenis sorang. Cukuplah. Persiapan lain aku tak risau sangat sebab kakak ipar aku ada. Alhamdulillah.

Noni...adik aku yang bongsu. Permata hati aku. Emak kata aku jaga Noni macam jaga anak. Aku suka budak2 sebenarnya. Lagi pulak jarak umur 17 tahun. Buat aku manjakan Noni. Dah 9 tahun umurnya. Manja tetap tak berubah. Abang kena mengalah kalau aku balik kampung. Noni akan tidur dengan aku. Aku latih dia puasa sejak awal. Tahun lepas penuh puasa dia. Aku belikan kasut, tudung dan bagi duit habuan yang aku janjikan. Jangan harap dia nak puasa kalau orang lain yang suruh. Noni..Noni, cepat betul besar. Kak rasa taknak bagi Noni besar je. Semalam masa borak dengan emak, terdengar suaranya kecoh nak bercakap.
"Kak *** bila nak balik sini?..Noni rindu"
"Nantilah, minggu depan Kak *** balik" aku cakap.
"Nanti belikan Noni coklat ye.." satu habit aku yang dah jadi habit dia, suka sangat makan coklat.
"Ye lah..nanti Kak *** beli"
Aku sambung borak ngan emak. Aku cakap kat emak, kan banyak coklat kat kedai kampung tuh. Mintak coklat jer ngan aku.
"Dia nak dari tangan *** jer. Beli kat mana tuh tak pe" emak cakap.
Dan aku tau jangan harap dia akan bagi orang lain makan. Dia akan berkayuh ke kedai, beli coklat yang sama untuk diberikannya pada orang lain. Yang aku bagi, dia sorang makan. Aku VIP, kalau mintak dia bagi.
Ada sebab aku manjakan dia. Dia terlalu kecil untuk memahami keadaan. Aku tak mahu dia rasa susah yang kami adik beradik rasa. Biarlah dia senang, happy. Dia faham ayah dah tiada, dia tak faham kenapa ayah dia pergi awal sangat.
"Kak ***, kenapa ayah Noni meninggal cepat. Ayah kawan2 Noni tak meningggal pun. Kawan2 Noni pun darjah 3 jugak."
"Allah sayang sangat kat ayah. Sebab tu Dia ambil ayah"
"oo..Allah tak sayang ayah kawan2 Nonilah ye. Padan muka diaorang"
"Sayang jugak, cuma Allah belum panggil je. noni sayang ayah tak?"
"Sayang"
"Kalau sayang, Noni kena jadi budak baik, dengar cakap emak, lepas sembahyang Noni baca Alhamdulillah untuk ayah"
Dia angguk dan sambung makan coklat.
Aku berdoa agar Noni jadi insan yang berguna bila besar nanti. Macam doa yang selalu emak panjatkan untuk kami.

Puasa kali ni aku janjikan habuan untuk permata hati aku ni. Aku janjikan RM 100 kalau penuh puasa. Kalau tak penuh aku bagi 3 ringgit sehari. Emak kata bersemangat betul dia. Penat berlari pun taknak buka puasa.

Aku mengimbau kenangan bila bercerita pasal keluarga. Satu entiti yang amat penting dalam hidup aku. Yang mencorak peribadi aku sekarang. Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa mereka. Sayang emak...





Thursday, November 07, 2002


Pagi nih aku mamai sket, mengantuk giler. Sebab yang mudah..aku tido lewat tapi bangun awal untuk masak sahur. Kelas kol 8.30 pulak tuh. Salah aku...have to admit that.

Sampai kat opis, rutin biasalah. On computer, check e-mail etc. Aku berjalan ke kelas. Sampai kat sana jeng jeng jeng...aku tunggu punya tunggu punya tunggu satu batang idung student pun takder. Kemana diorang nih? Ke mmg hari nih takde kelas. Aku check jadual...eh betullah ada kelas. Bila aku tengok haribulan baru aku perasan...biasalah ujung2 semester nih bebudak malas dah datang kelas, peratus kehadiran dah keluar, maknanya mereka takkan di'bar'. Aku jadi cam nak marah jer. Sabo..puasa...Kalo aku tau..tentu aku sambung tido, datang lewat sket. Tu cuma kalo...

Aku banyak baca jernel orang semalam, rata2 cerita pasal gathering geng jernel yang aku tak dapat pegi tuh...jeles sket dalam hati nih. 3/11 tuh aku terlibat ngan program mountain bike challenge kat Kuantan. Aku urusetia kejohanan. Aku kena sediakan semer forms dari pendaftaran team, sign on sheet, starting list, official result bla bla bla...Semer kena ikut spesifikasi. Letih kepala otak makcik. Forms nih semer dipanggil communique. Semer ada format...tapi dek kerana aku dah ada pengalaman buat maka kenalah aku buat jugak. Aku kerja dibawah commissaires kejohanan. Depa keluarkan arahan, aku masukkan dalam communique, depa keluarkan result aku sediakan communique...tu jerlah citer. Tapi kalo dah ada berpuluh riders, 5 kategori, berapa banyak akak nak buat...iskh iskh...sayang abang punya pasal buat jugakler. Orang pun dah letak kepercayaan, buat jerlah.

Yang penting aku timba banyak pengalaman menguruskan events. Satu kerja yang aku minat sejak dulu. Walau sekarang aku dah kira separa bersara, kalau ada peluang dan masa mengizinkan aku join jugak.

Bulan 1 nanti ada international mountain bike challenge dan aku akan join jugak. Seperti biasalah aku mungkin dilantik jadi Liason Officer. Aku akan jadi ayam yang bercakap dengan itik kalau pasukan yang tak berapa reti berbahasa inggeris datang. Aku mungkin juga jadi race emcee ngan Pak Alang. Aku juga mungkin kena jadi urusetia. Semua bergantung pada kerja aku. Kalau tak mengganggu jadual tugas pejabat mungkin aku terima tugas yang demand masa. Kalo tak..tunjuk muka masa race pastu membebel jerlah..jadi announcer ehehehe

Adat dan Ibadat

Semalam aku tengok gerai dah penuh. Kat Kuantan nih ada banyak tapak sementara, tempat membeli juadah berbuka. Aku tengok orang punyalah ramai membeli juadah. Aku memikir sendiri, habisker makanan yang dibeli tuh nanti. Kalau sorang2 menjinjing beg plastik sama banyak dengan membeli sayur di pasar minggu.
"masa puasa ni ler nak makan best2 lepas sehari suntuk tak makan"
AKu fikir lagi, tujuan puasa nih sebab nak makan sedap masa berbuka ker?

Mmg betul, masa bulan puasa nih lah kita boleh tengok berbagai jenis makanan dijual. Adatlah tuh. Tapi bila kita sibuk mencari makanan untuk berbuka, kita akan membazir. Jadi mana ibadatnya? Cubalah fikir sikit orang yang tak berkemampuan....dapat makan ikan goreng pun dah cukup besar nikmat pada mereka. Jadi aku rasa tujuan puasa untuk kita rasa sikit susah payah mereka tuh tak kesampaian. Elaklah membazir..beli sekadar rasa dah ler. Aku percaya makanan yang masuk ke tong sampah tuh lebih banyak daripada yang masuk ke perut. Elok elok nak dapat pahala puasa, dapat dosa pulak dek kerana ikut nafsu. Nau'zubillah

Aku baca paper tadik, ada isu yang menarik perhatian aku. Iklan jualan raya, putar lagu raya, jual kad raya, gerai baju raya, iklan sampaikan ucapan raya...dah mula kedengaran disana sini walaupun baru sehari berpuasa. Adatlah tuh..kat negara terchenta nih. Kebesaran Ramadhan dah tenggelam dek keseronokan hari raya. Patutnya Ramadhan tuh yang dibesarkan, diagungkan tapi dah berlaku yang sebaliknya. Jadi mana ibadatnya? Aku pun setuju ngan pandangan mufti tuh, tak salah nak bergembira, bersedia menyambut raya tapi bukan seawal nih. Orang akan terdorong ke lain, bukan memenuhkan masa ngan ibadat yang pahalanya berlipat ganda..sebaliknya mereka akan sibuk mengintai kedai, berborak pasal raya. Puasa entah kemana..yang dapat cuma lapar ngan dahaga jer lah..Ya Allah...peliharalah aku daripada melakukan perkara yang menidakkan pahala puasaku...Amin

Wednesday, November 06, 2002

Hari nih dah start puasa. Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku untuk jumpa lagi satu Ramadhan. Puasa kali ni puasa yang baru. Aku berpuasa dengan suami. Pagi tadi aku masak untuk sahur. Perkara yang aku jarang sangat buat. Masa belajar mana pernah sahur. Kat rumah, mak ada. Tolong2 gitu jer. Mulai tahun nih, aku dah ada tanggung jawab baru. bangun pukul 4 untuk memasak. Kejutkan abang untuk sahur. Aku macam biasa minum air dengan makan buah tamar jer. Lepas solat subuh, tidur semula ehehe. Esok mungkin senang sikit. Panaskan jer lauk berbuka.

Aku tengok kereta kat bengkel semalam. nampaknya dah separuh siap. Lega aku. Takut tak sempat beraya ngan kereta jer sbb aku claim KFK. Biasanya lama nak settle.

Thn ni aku beraya di Klang. Terima kasih abang. Aku cadang nak balik hari tengok anak bulan. Balik sini raya ketiga. Memandangkan aku dah menetap di sini rasanya tak salah kalo nak beraya kat kampung aku. Lagipun kemeriahan raya di sebelah pantai barat lebih terasa berbanding di pantai timur. Kalau kat sebelah sini raya Haji yang lebh meriah. Aku tak sabar nak mengalami kemeriahan raya haji yang aku tak pernah rasa. Kalau kat pantai barat, sembahyang raya jer. Pastu sambung kerja cam biasa. Jarang ada kunjung mengunjung cam raya puasa. lain kalilah aku cerita pasal raya nih.
Angah is back...yeahaaa. Alhamdulillah lepas berehat seminggu - rehat ker? aku kembali lagi ke alam maya nih. Aku pergi check lagik. Doktor kata ok. Aku cuma tak boleh angkat benda2 berat buat sementara waktu. maka secara rasminya abang akan jadi porter ihiks.

Lepas pada aku eksiden, aku pergi UTMKL, sempat berkenalan ngan geng jernel sorang nih. Tima kasih belanja makan....pastu aku ikut abang dalam race Tour De Malaysia yang berbaki 2 hari tuh. Tak buat apa pun, duduk jer. Seperti biasa kalo muka aku ada maka aku akan pasti dapat kerja walaupun kecil. Haaa....kali nih oleh kerana 'keperihatinan' Pak Alang aku kenalah jadi announcer. Tak per...dah kerja aku sejak dulu kala mengemceekan majlis.

Aku dok kat Grand Centre Point Hotel sepanjang ikut abang. Dekat Jalan Sultan Ismail. Maka aku tak lepaskan peluang makan kerabu mangga sepanjang 3 malam kat sana. Korang nak rasa kerabu mangga yang sedaaaaaap tuh pegi kat belakang pizza hut jalan TAR. Memang best ah (kecur air liur mengingat)

Masa tuh jugak aku kenal ramai kengkawan baru. Nak aku sebut nama ker? tak payah ah..bukan korang kenal pun. Yang pastinya mereka semer friendly. Tak kisah punya kepala. Ramai gaks rider yang aku kenal dari race2 yang lepas. Aku masih guna bahasa isyarat kalo nak bercakap ngan riders dari Uzbekistan, Russia. Kesian depa...kesian aku..nak menerangkan satu2 menda tuh boleh terbang dek hayunan tangan menggayakan informasi.

Aku jadi announcer ngan Pak ALang (Apandi) dan Pak Uda (Oswald). Sambil memberi info perlumbaan dan sukan berbasikal tuh sendiri, banyaklah berceloteh...biar spectators tak bosan tunggu race tamat. Pak Alang nih mmg biasa jadi race emcee. Aku pulak membahasa omputihkan info daripada Pak Alang. Pak Uda plak, aku baru kenal. Pengarah Drama kerjanya (nak berlakon satu drama boleh pak Uda :D ?) Dalam race kali nih dia jaga photo finish. Great work guys. Jumpa lagik lain tahun yek.

banyak benda yang aku nak cerita dalam seminggu tak bersiaran nih. Nantilah aku wrap semer dalam 3-4 episod. Episod pertama pasal race, lepas dah. Episod kedua mungkin pasal mountain bike challenge 3/11 haritu. Yang jugak menyebabkan aku tak dapat pegi gethering geng jernel :((. Episod ketiga pasal aku dan puasa. Episod keempat ermmm....aku tak dapat tajuk lagik.

Tuesday, October 29, 2002

Aku di UTMKL untuk bengkel pengajaran. Jumpa plak ngan member, Kak Aza, pensyarah kat sini. Jadi mangsaler pc dia kejap. Lama aku tak update...cam aku cakapler, sibuk dengan program tempat aku cari makan.

Semalam patutnya aku bertolak kol 12 tengahari tapi malang menimpa. Semalam aku accident dlaam pukol 11.30 pagi. Remuk kereta aku. Terkejut, sedih, panik bercampur2. Patutnya ku drive dan bagi keter kat abang, tapinya accident pulak. Masa tuh aku kat jalan lurus, ada plak mamat cina nih bawak honda ferio main masuk jer simpang, tak berhenti dulu. AKu cuma sempat brek jer, itupun masa dah nampak ferio tuh depan mata, kira direct impact ler. Teruk jugak keter tuh. Keter aku ermm...malas nak cakap, sakit hati jer.

Aku berdua semalam. Member aku terhantuk kepala kat cermin depan. Aku pulak terhentak stereng keter. Nasib baik aku bawak dalam 50 kilo sejam, kalo laju lagik entahlah..Tak sakit mulanya sbb panik ngan marah lebih menguasai fikiran. Aku settle kat balai, aku buat claim insuran atas insuran mamat tuh, kol 2.30 baru settle. Ada 2 member ofis aku datang, tolong settlekan. Terima kasih guys, I really appreciate it.

Aku call abang, rasa nak nangis dah, tahan...tahan...esok boleh jumpa dia. Abang tolong gaks setel walaupun dia di Johor. Call member dia, cam rombongan cik kiah pulak, berbondong2 ke balai polis. Tak pe ah. Member aku dok sakit lagik kepala dia, trauma lagik satu hal. Lepas settle semer aku balik opis, kena gaks gi KL demi tugas.

Masa kat opis, ramailah yang interbiu. aku buat tak layan jer...sedih. Aku lepak kejap. masih ketar ler

Aku mula rasa sakit kat dada. Aku teringat aku terhentak tadik. Sakit nak bernafas, sakit nak bercakap, sakit nak gerak. Tak boleh jadi, aku gi klinik. Doktor check aku. Dia tekan dada aku, Ya Allah sakitnya. Diagnosis doktor, mungkin ribs aku fractured ataupun muscle tore. Aku tak dibenarkan mengangkat barang , hatta secerek air pun.Dia bagi can sampai 2 hari, kalo makin teruk aku kena buat xray. Aku dapat mc 2 hari, hari nih ngan esok. Aku ke KL jugak, terus ikut abang sampai Jumaat. At least ada orang tengokkan welfare aku. Lepas tuh aku bertolak ke KL naik pajero bersama 3 orang teman sepejabat. Sakit aku dah agak kurang lepas telan pain killer. Bantai tido jer sepanjang perjalanan.

Sepatutnya esok aku kena jadi emcee, tapi keadaan tak mengizinkan. Mlm tadi aku tak tidur sangat, nak mengiring pun sakit. Superior aku call semalam, dia bagi perlepasan. ALhamdullillah. Program esok wajib sebenarnya, tapi tulah aku memang tak larat. Nak menaip pun aku terasa sengal..nasib ada pain killer.

Terima kasihlah pada yang wish aku semalam, yang telefon, yang sms, terima kasih atas concern korang untuk aku. Lega aku rasa walau dalam kesakitan nih. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar kecederaan aku nih tak serius.

Petang nih abang sampai dari Johor. Terima kasih abang, beri moral support untuk ***. Kan bagus kalau abang ada semalam. *** panik, sakit, terkejut...nanti kita jumpa ye..rindu sangat lepas hampir 3 minggu tak jumpa. Lagi dalam keadaan camnih.....

Blog angah akan bercuti sampai minggu depan. Aku nak berehat, nak pegi buat proper checking. Doakan aku cepat sembuh. Tapi kalau aku sempat berjumpa mana2 pc yang mnganggur, aku akan beri juga dia kerja.

Wednesday, October 23, 2002

Aku agak sibuk sebenarnya. Aku kena update fail subjek untuk bengkel pengajaran di UTMKL minggu depan. Tapi dah tugas, aku tak kisah sangat. semalam kawan yang lama aku tak dengar berita contact aku melalui yahoo greetings. Sharifah Salwa, kami panggil dia cikgu Pah. Dah selamat habiskan double degree...congrats dear, welcome to the working world. Bila berbual dengan kawan lama, cerita lama jugak yang keluar. Kalau dulu tanya kerja apa, sekarang tanya dah berdua ke belom, dah ada anak ke belum ehee. banyak perkembangan terkini. Bila nak buat gathering agaknya.

Tahniah kepada kengkawan satu batch ngan aku BENL (1997-2001), for what they have achieved in almost 2 years time. Yang nyambung master hampir 50%. Sesungguhnya aku cemburu. Aku pun nak amik jugak tapi bila? course yang aku nak bukan ada di sini. Nak sambung di sana? aku tak sanggup berpisah dengan soulmate aku nih. Aku mohon pada Allah untuk beri petunjuk.

Congrats on your wedding:
1. Syida and Shahril
2. Yatt and hubby

Congrats on your enggagement:
1. Ame and Izzat
2. Adlina and her fiance

Congrats to expecting parents
1. Azlina and Azizi (2nd child)
2. makcik Ina and hubby (2nd child)
3. Yatt and hubby (1st child)

Tu yang dah berkeluarga ler. congrats jugak untuk yang sudah, tengah dan akan menyambung ijazah sarjana.
1. Ame
2. Ad
3. Waty
4. Ayeen
5. Aishah
6. Wie
7. Mazleen
8. Syida
Antara member yang masih berhubungan ler...yang lain dimana pun tak tau.

Congrats untuk yang dah berkarier. Aku seronok dengar coursemate aku dapat kerja yang baik. Ada yang jadi journalis NST, content writer, editor, kerja bank, pensyarah, keep up the good work guys. Dah ramai yang mengumpul harta untuk masa depan. Aku cuba untuk keep in touch dengan mereka kalau ada kelapangan. . Takper..ada masa kita jumpa semula ek..

Minggu depan lepas bengkel pengajaran, aku akan bercuti panjang, sampai Deepavalli. Aku akan jumpa abang di KL, ikut dia gi perlumbaan sehari dua. Lepas tuh aku cadang nak guna tiket percutian yang aku dapat masa cabutan bertuah hari Keluarga minggu lepas. 3 hari 2 malam di Awana. Nak pegi Genting ke Kijal? Jadinya blog nih mungkin akan sepi beberapa hari.

*rindu*

Tuesday, October 22, 2002

Update Beberapa Hari

HilangRumah - Khamis - 17 Oktober. Duit aku hilang. Bila aku bukak dompet, duit aku cuma tinggal 7 ringgit. Aku cuba mengingat, semalam aku pakai not 50 masa beli barang. Ada lebih 30 ringgit. Aku lupa amik balance ker? Kalau ye mesti apek kedai tuh panggil aku. Aku tak masukkan dalam dompet ker, aku check dalam keter pun takde. Nasib baik kau jenis tak bawak banyak cash. kalo dalam tu ada 500 camner...menangis tak berlagu aku nampaknya. Aku malas nak menuduh sesiapa. Aku halalkan jerlah kalau betul ada toyol kepala hitam yang amik. lain kali aku akan masukkan dompet aku dalam peti besi.

Aku singgah di kedai kain mencari bahan. Eh... ada kedai langsir baru bukak. Aku masuk, meninjau, menelek fabrik dan harga...erm..murah, mencongak berapa pintu dan tingkap apartment aku. Abang balik nanti boleh ajak datang sini. Kat Kuantan nih susah nak cari fabrik langsir yang terkini, bila aku dah jumpa nih seronokler. Nak banding harga ngan KL memang berbeza. Tapi kalu aku campur ngan duit minyak dan tol, baik aku beli kat sini jerlah. Aku jalan lagi dalam kedai tuh. Ada self adhesive wall paper..yang aku memang rancang nak beli. Alhamdulillah Ya Allah..Kau permudahkan urusan aku. Ingat nak balik Klang pastuh nak beli, dah ada kat sini lagi senang.


Perang PsikologiOffice - Jumaat - 18 Oktober. Hari nih inbox e-mail aku penuh dengan kata-kata semangat kumpulan untuk Family Day. Disebabkan nama2 kumpulan tuh ulam-ulaman, maka banyaklah idea2 memuji kumpulan sendiri dan mengutuk kumpulan lain. Ada yang bagi khasiat, ada yang bagi resepi, ada yang berpantun. Memang gelak pecah perut ler. Tapi yang tak bestnya tuh lama-lama jadi perang tak sihat pulak. Sorang hamba Allah ni kata:
"masa kerja kita kerja, masa main kita main, jangan hantar kat semer staff, dia tengah kerja..jangan tau nak bonus jer, kerja takmo"
Tulah yang aku ing t sket2. Yang peliknya dia sorang jer yang kuar statement camtuh. Yang lain lepak jer..ke dia yang nak membodek? erm...

Yang aku pasti harinih dah takde mood kerja dah. Memasing sibuk buat tag kumpulan, buat lakaran istana pasir, mencongak cabutan bertuah etc. Masa mesyuarat staff sebelah petang, boleh kata semer hadir. Masa senamrobik hari Selasa boleh dikira ngan jari jer...ihiks. Semangat nak hadiah ler tuh. Sbb dalam perjalanan esok ada treasure hunt.


Perang Dah BermulaAwana Kijal - Sabtu - 19 Oktober. Dalam pada aku excited aku sedih. Orang lain pegi berdua, aku pegi sorang. Abang masih di Perlis untuk International Perlis Open 2002 (lumba basikal) Aku cuba pujuk hati, lupakan semer yang sedih. I think of happy thoughts. Sampai jer, mendaftar, amik tentative ngan baju.

"Eh..dapat satu jer, saya kan ada husband"
"awak datang sorang, satu jerlah"
"unfair nih, kan dia family jugak" aku dah sebak dah..senyum jugak.
"nak fair bawaklah husband datang sekali!!" aku kena tengking.
Air mata yang aku cuba tahan tumpah juga akhirnya. Aku tanya elok elok dia tengking, depan staff lain plak tuh. Nasib baik ada Kak Iza, dia yang tolong aku redakan perasaan.
"Tak pe angah, dia tak rasa lagi kesedihan isteri cam kita rasa. nanti sampai giliran dia taulah. Biarkan, kalau kita tengking balik, sama rendah jer kita ngan dia"

Sebelah petang ada aktiviti istana pasir. Sebelah Malam ada dinner. kami dijamu Chinese Course yang sekadar mengenyangkan. Acara cabutan bertuah yang ditunggu sebenarnya. Aku menang percutian di Awana, Alhamdulillah. Lepas dinner aku call abang. Heheh..bole pegi hanimun sekali lagi.


Habis Dah
Awana - Ahad - 20 Oktober. Last day dah. Ada games pastuh waktu bebas. Ramai yang gi jacuzzi, pool, sauna etc. Aku lepak dalam bilik jer tengok TV. Lepas makan tengahari dan penyampaian hadiah kami bertolak balik. Sampai rumah dekat Asar dah. Ingat nak tido, member aku datang. Lepas solat maghrib aku tertido. Abang call..aku cakap antara sedar ngan tak jer..maafkan *** yer bang..penat sangatlah. Aku solat isyak pastuh zzzzzzzzz.


Rutin HarianOffice - Isnin - 21 Oktober. Aku jet lag..masih penat. Pagi nih aku datang kerja separuh sedar. Tu lah sapa suruh beriya sangat main..kan dah penat. Kelas pun aku buat sejam jer. Tak larat dekkk.

Minggu depan (28-29 Oktober) aku kena pegi UTMKL Jalan Semarak. Ada bengkel peperiksaan akhir. Memandangkan Khamis nih cuti birthday Sultan aku akan amik cuti, jumpa abang kat mana race belangsung, pastu terus gi bengkel. Ada geng jernel yang free masa tuh, yang opis dekat ngan UTM, jum jumpa..korang belanja ahaks.


Sensitivity
Check it out kat Kepompom.

Thursday, October 17, 2002

Banglo

Malam tadi aku tengok 2 citer. Neraca - kisah benar (TV3) ngan Sebuah Banglo Kasih (TV1). Dua dua aku rasa menarik. Dalam neraca tuh, laila ngan Intan dok berjiran. Laila kerja pramugari jadi selalulah fly sana sini. Intan pulak dok umah, husband Intan nih kena menanggung pelajaran adik2 dia. Intan jeles ngan kesenangan Laila. Satu masa tuh Lala ngan husband dia outstation, jadi mereka tinggalkan kunci rumah pada Intan. Intan yang jeles, pi masuk rumah Laila, kebas semer barangan berharga. Laila yang diberitahu oleh suaminya bergegas balik. Kes tuh pun dalam penyiasatan polis. Laila dah syak sbb dia tinggalkan kunci tuh. Dia call Intan cakap nak jumpa bomoh. Intan yang gabra pulangkan semula bembarang tuh..letak dalam kotak, tinggalkan luar rumah Laila. Laila call Intan esoknya bagitau dia tau Intan yang buat. Intan mengaku citer pun abis.

Akupun dapat pengajaran daripada citer tuh. Pertama, jangan percaya 100% pada orang sbb kita tak tau hati perut dia. Mesti berwaspada. Aku belajar, kita kena redha dengan apa yang kita ada. Itu rezeki kita. Bila nafsu dah menguasai akal, perkara buruk yang akan terjadi. Cam Intan curi barang Laila. Camnerlah nak tunjuk muka lepas tuh ek?

Citer Sebuah Banglo Kasih tu plak pasal pengorbanan seorang kakak - Kartini (Zizie) yang bekerja, menanggung semer keperluan rumah. kartini dalam citer nih cam pompuan melayu terakhirlah. Cukup semer sifat kewanitaan. Dia ada 3 adik. Sorang kerja driver (Salman), sorang sekolah, sorang sakit jantung berlubang. Mereka yatim piatu. Kartini ialah setiausaha encik Taufik. Encik Taufik bercintan ngan mata duitan - Mira, gadis kampung yangberhijrah ke bandar tapi lupa daratan. Kartini nih ada simpan perasaan pada Taufik tapi didiamkan. Masa Mira gaduh ngan Taufik, Mira terserempak ngan Salman bawak Mercedes..jatuh chentalah plak. Salman nih pulak jenis nak berlagak. maka berabis duitler untuk Mira. Taufik ada abang - Suhaimi, seorang lelaki idaman wanita berjaya dalam kerjaya, berkarisma, kematian isteri akibat jantung berlubang dan ada sorang anak pompuan. Bila Suhaimi nampak Kartini, cinta berputik. Klise drama Melayu ler. By the way, Taufik beli banglo untuk amik hati Mira. Bila cinta ditolak dia pergi bercuti dan Kartini diminta menjaganya. Kebetulan Kartini kena halau sbb tak bayar sewa rumah. Dia pun duduk di banglo tuh tanpa pengetahuan Taufik. Bila Taufik balik, dia ajak Kartini tengok umah tuh, kebetulan malam sebelumnya salman ngn Mira tido kat banglo tuh. Dalam banglo tuh jugak mereka 4 orang berdepan. barulah Taufik tau siapa Mira tapi sebab ego tak nak mengaku. Kartini kena buang kerja dan balik kampung. Suhaimi yang memang ada hati kat Mira marah Taufik. Mira cuba pujuk Taufik, buat cerita buruk pasal Kartini tapi Taufik bolayan. Atas kesedaran, Taufik amik Kartini kerja semula...sambil tuh jatuh cinta, bagi bunga, siap nak hadiahkan banglo tuh. Kartini pulak bertunang ngan Suhaimi. Mereka bercinta rupanya tapi tak ditunjuk dalam drama nih. Taufik jual banglo tuh pada Suhaimi. Lepas mereka kawin, Taufik terbang ke Jepun. Mira pulak terus memburu dompet lelaki.Citer abis.

Walaupun citer nih nampak klisenya, aku tengok jugak. Watak2 dalam citer nih menarik. Semua ada kekuatan. Taufik ngan egonya, Kartini ngan kewanitaannya. Mira ngan perangai mata duitannya. Suhaimi ngan karismanya, Salman ngan lagaknya. Semua watak ni ada dalam diri manusia. Cuma yang aku tak berapa suka stereotaip watak2 tuh. Kartini asyik berbaju kurung, hatta dirumah. Maksud aku kalau budak baik, budak lurus mesti pakai camtuh. Mira nampak sangat moden, jahatlah tuh ek? Suhaimi (Jalaludin Hassan) memang sesuailer ngan watak 'lelaki malaya terakhir'

Ada gak part yang tak logiknya. Kartini tak mampu bayar sewa rumah 'apartment'. Apartment tuh...Adik dia masuk medical centre, bukan hospital kerajaan. Jadi ketidakmampuan Kartini tuh tak jelas. Anak Suhaimi kononnya 7 thn, aku rasa 12 thn ada umur budak tuh. Tapi semer nih boleh diketepikan. Tutup sebelah mata tengoklah.

Now... Dalam citer nih banyak elemen pengorbanan atas tiket sayang, kasih dan cinta. Pengorbanan untuk buat orang yang disayang tuh bahagia. Kartini untuk adik-beradiknya, Taufik lepaskan Kartini sbb Kartini sayang kat Suhaimi. Elemen kepercayaan juga ditonjolkan. Manusia kena percaya pada takdir. Ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku atas kita. balasan baik untuk yang melakukan kebaikan.

"Cinta yang sebenar ialah bila kita bahagia dengan kebahagiaan orang kita sayang"
"Awak nih cakap macam pernah frust jer"
"Tak semestinya saya kena bercinta untuk bercakap pasal cinta"
Ye..bekorbanlah ek sedara dan sedari sekelian...jangan keterlaluan dahler..makan diri kang susah.

"kenalkan anak saya Maya" muka maya masa nih cuak jer tengok kartini
"Salam aunti kartini Maya" maya pun salam ler..muka toye.
"Adik auntie dulupun hampir nak sekolah kat sini tapi tak jadi" kartini bukak citer nak amik hati.
"kenapa?" maya tanya
"sebab dia tak sepandai dan secomel maya" maya pun jadi suka kat kartini.
Senang betul nak pancing undi. kalaulah camnih senario yang sebenar aku rasa takdelah mak tiri makan hati tengok perangai anak tiri. Tak banyak dipaparkan penderaan mental yang ditanggung mak tiri. Ada sapa2 nak buat citer pasal nih?

"Assalammualaikum" Suhaimi senyum
"Waalaikumsalam" Kartini jawab, meleret senyum, malu.
"kalau ada masalah jangan malu bagitau saya" Suhaimi offer
"errrr..baik encik Suhaimi" malu2 plak pompuan melayu terakhir.
"Ek Tini.....bapak jerung dah masuk jaringlah ehehe" opismate Tini ngusik.
Dialog biasalah awal kalimah nak mengurat. Dan wanita baik cam kartini tak termakan ler.

Dialog yang aku ingat ler...yang aku rasa menarik. Anyway...oklah citer malam tadik tuh. Tajuk pun catchy - Taufik beli banglo tanda kasih pada Mira, Kartini dok kat situ sbg sbb kasih pada adik2nya, taufik nak bagi pada Kartini jugak atas tanda kasih. Dia jual pada Suhaimi sebab kasihkan Kartini dan pertalian ngan Suhaimi.

Pengaruh kasih sayang dan cinta pada manusia memang besar. Romeo sanggup mati sebab Juliet, tertegak Taj Mahal juga kerana cinta. Kerana Cleopatra perang meletus. Berkorban apa saja, hara ataupun nyawa...kata P. Ramlee. Ya..itu cinta sesama manusia

Aku terfikir...dalam pada kita syok berkasih bercinta nih...Apa yang dah kita buat, apa yang sedang kita buat, apa yang akan kita buat untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta kita pada Allah, pada agama? Apa yang sanggup kita korbankan untuk keislaman kita? Wallahua'lam


Citer Hari Nih

Aku termalu kejap pagi tadi. Abang soh call, dia kena bangun pagi sbb race start kol semilan. Akupun call ler
tut tut...tut tut
"Abang..dah bangun ker..dah kol 6.30 nih...gi mandi, semayang, pastu bersiap ek" (intonasi sedikit manja ehehe)
"err..Lan tengah mandi" kawan dia jawab...
Maluuuuuuuuuuuuuunye aku....Moral daripada cerita, tanya dulu sapa yang jawab call!!!

Baru 2 hari..aku dah rasa rindu..Aku masih tak pandai tak merasa rindu. Nak buat camne ek?

Aku masuk kepompom kejap sementara nunggu nak masuk kelas..cik easy ngan azmi pun nengok Sebuah banglo Kasih. Ada sensapa lagik yang tengok?

Wednesday, October 16, 2002

Hari Sibuk Sedunia. Hari ni aku banyak kerja..tapi sempat mengupdate ehehe... Aku kena marking tutorial yang dah bertimbun, aku kena sediakan jadual presentation student, aku ada meeting untuk hari keluarga. Kumpulan aku 'kacang botol' Thn lepas kumpulan aku menang juara keseluruhan. Aku juara bertahan kerusi muzik ekekekeke. Memang menyibukkan diri ler kiranya.

Aku drive sendiri starting today for the next 2 weeks. Abang dah sampai Kangar pagi nih. Sedih? agak sedih ditinggalkan tapi kali nih aku tak menangis waktu dia boarding..satu peningkatan. Yang pastinya aku akan merasai lagi rindu seperti bulan lepas waktu abang bertugas di Sabah. Nasib baik di Semenanjung, kalau ada masa aku akan menjenguk dia di tempat perlumbaan. Bil telefon bulan nih tentu melambung....abang..tolong bayar boleh ?

Tadi aku pegi bayar bil tepon kat Maxis. Masa nak amik nombor:
"hai, nak buat urusan apa"
"nak bayar bil jer"
"ok amik nombor..nombor kak long apa" sambil sengih.
aku amik nombor terus duduk. Nombor terpapar (takde mesin panggil nombor). Aku bayar bil. aku rasa nak gelak bila dengar akak tuh cakap. Cam dah pre-programmed
"thank you, your line will be re-connected in 2 hours"
"thanx" aku kata. Masa tuh aku terbayang iklan KL Sentral ekekeke.."ting tong, your line bla bla thank you" Anyway akak tuh memang ok, ramah dan senyum masa layan pelanggan. Two thumbs up for her. Tak delah macam kerani sesetengah kaunter, garang semacam jer. Aku pernah nak bayar bil, tinggal 3 orang jer yang beratur, dia boleh tutup kaunter pastuh suruh kitaorang datang balik lepas lunch. Aku masa tuh rasa nak tukar kaler dah. Tak patut. Anyway masa nak keluar, mamat yang sama bagi aku banyak betul brochure.
"kak long..amik ler nih..apa no kak long" (mode mengusha eheheh)
Aku rasa nak jawab camnih "saya bukan kak long...saya angah..." sesuai tak? Aku bayangkan camne muka dia kalau aku cakap camtuh. Mesti blur

Dalam 5 bulan nih CAT aku banyak masalah, merajuk ker dia? Boleh kata tiap bulan dia nak benda baru. Aku baru tukar absober aku depan dan belakang..iskh..iskh..memandangkan aku pakai yang bukan standard maka poket aku menjadi agak nipis di tengah bulan nih. Sebelum tuh ECU dia buat hal..takleh idup keter. Aku tukar..rabak poket untuk membeli benda sebesar 2 tapak tangan bertajuk ECU Mitshubishi 4G 91. Petang nih aku ingat nak hantar CAT ke bengkel Hamdan, nak adjust spring sket. Bulan lepas baru tukar air cond compressor, 2 bulan sebelum tuh aku tukar rim ngan tayar sekali...besooo sikit ihiks..sblm kawin arituh aku tukar kaler..dulu aku pakai jack black..pastu aku tuko pearl blue (yang nih preee, aku modal cat jer RM 1200 sbb buat kat bengkel abang). ermmm mikir arus RM yang keluar, aku rasa nak tuko keter jer..tapi aku sayang sangat ngan 'kucing pearl blue aku' Kengkadang aku rasa cam lelaki laks...dok make-up keter. Takpe...takpe...selagi tak membahayakan aku oklah..

Apa program aku 2 minggu nih ek..? main boling, gi shoping, dok umah, makan tido (sbb takyah masak)....sumer rutin. Ada cadangan?