Thursday, December 16, 2004

so long.. farewell

Last Day aku kat sini. Perasaan aku bercampur baur. Antara suka sebab dapat kerja baru dan sedih sebab kena tinggalkan kengkawan yang best. Kena tinggalkan suasana kerja yang best selama dekat 4 tahun aku kat sini.

Tadi ada pilihanraya untuk pilih jawatankuasa kelab staf. Aku pun ngundi jugak eheh.

Tadi jugak student aku buat majlis perpisahan. Terharunya rasa. Mereka beri aku cenderahati kenangan. Besar hati aku bila student sanggup keluar belanja untuk anjurkan majlis.

Nanti ada majlis jamuan hari raya campur perpisahan aku sekali. Pendek kata hari ni makan makan makan.

banjir

Banjir kat kawasan rumah aku dah beransur ok. Mlm tadi air naik jugak tapi kat porch jer. Lega rasanya. Tapi dengar kata ujung bulan nih air naik lagi. Harap2 tak teruk or else kena menumpang mandi kat umah adik ipar aku.

announcement

Tahniah buat member aku Puan Zatul Irkin dan suami atas kelahiran anak pertama mereka Nur Izzah Athirah. seperti biasa, ucapan aku ialah say goodbye to goodnight sleep.

Angah's online journal akan mengumpul habuk beberapa minggu nih. Ada peluang dan ada pc yang menganngur kat mana2 nanti aku updatelah.

Monday, December 13, 2004

Banjir oh Banjir

Hujan dah 5 hari tak berhenti, kalau berhenti pun adalah setengah jam lebih sikit pastu sambung balik. Semalam boleh tahan ler panas, dapat aku menyidai baju membuang bau hapak dek lembap. Aku sempat jugak spring clean the house memandangkan minggu depan aku takde.

Aku ingat oklah sebab dah panas balik. Abang kata jgn konfiden sangat. Malam tadi igauan jadi nyata. Lepas isyak air mula naik. Masuk dapur lebih kurang setengah kaki. Kat laman rumah dah dekat 2 kaki. Banjir Hulu kata abang. Air lebih2 banjir kat Sungai Lembing tuh. Air punyalah keruh, punyalah cepat naik, in a matter of minutes dah separuh tenggelam kereta jiran aku. Kesian tengok penduduk kawasan perumahan berhadapan ngan rumah aku. Air masuk rumah, macammana mereka tidur malam tadi...

Dalam pada menengok air naik aku sempat jugak snap beberapa gambar. Nanti aku upload dalam fotopages. Teruna aku pun ikut sama sibuk tengok banjir. Mujur tak reti berjalan lagik, kalu tak harus carik jalan nak main air ngan sepupu2 dia. Ayahnya di bengkel naikkan benda apa yang patut. Mujur takde kereta customer.

Dengar kata malam nih air naik lagi. Kenalah bersiap2. Mujur rumah aku tuh separuh atas separuh bawah, tak perlu terkocoh2 berpindah. Cuma yang tak best nak membasuh lantai lepas nih. Aku ingat nak mula petang nih tapi abang kata biar confirm air tak naik baru basuh. Boleh bayang tak camne aku nak kencing nak berak bila toilet dah penuh air?

Datang opis hari nih pun cerita banjir jugak ler, banyak jugak rumah teman sepejabat yang dah tenggelam. Ni dengar plak Tembeling dah banjir. Kalau sana pun dah naik air aku tak tau ler camner kami yang kat hilir nih. Doa2 supaya tak dibuka empangan Kobat cam thn 2001 dulu.

Doa2 ler biar banjir tahun nih tak seteruk 2 tahun lepas.

Students' Dinner

Malam semalam aku gi dinner anjuran bebudak yang nak buat Latihan Industri awal Januari nanti. majlis o.k, makanan k.o... nasik minyak jer, tiappagi pun aku buleh makan nasik minyak. Tapi pree kan, sebat jerlah. Teruna aku dok ngan ayah dia kat rumah. Susah kalau bawak. Memang tak dapat ikut majlis ler ibu dia. Manjat sana manjat sini.

Ada persembahan budak haaaaa... memang kreatif. Mereka dok ajuk cara lecturer mengajar. Aduhhhh.. memang sebijik gambaran yang diberi. Aku dapat cenderahati perpisahan. Sebuah frame gambar yang unik. Terima kasih bebanyak. Tengah sedap melayan sms ngan Tini (sebab boring tengok persembahan yang dah melalut) abang call kata teruna aku dah start tantrum. Maka baliklah aku sebelum majlis selesai.

Minggu nih minggu akhir aku kat sini, Khamis nih last day. Jumaat nak hantar teruna aku ke rumah neneknya. Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk berpisah ngan dia.... betul kata orang, tinggal suami boleh tahan lagi, tinggal anak ni memang sengsara sikit rasanya. Aku takut termiss langkah pertamanya, takut termiss perkataan pertamanya, takut bercerai susu... aku rasa memang akan termisslah huhuhu.. sabar angah....

Monday, December 06, 2004

Aku dan.....

1. Jurujual

Kengkadang aku layan kengkadang aku loyar buruk lagi2 kalau yang jenis tak paham bahasa melayu. kalu aku dah kata aku tak nak tu aku tak nak ler. Ada beberapa insiden yang buat aku selalu tutup pintu bila nampak kelibat manusia bertali leher menjinjing beg menghala ke rumah

Ada sekali suruh aku bukak sampul surat untuk hadiah misteri, sebelum tu aku kena tanda tangan dokumen dulu. Dalam dokumen tu kata aku menang dan akan amik serta ikut peraturan yang disertakan ler. So ok... pas aku bukak sampul tuh, wahhhhh aku menang hadiah beribu ringgit. Pehtu dia kata kalau nak hadiah aku kena bayar RM 450. Eh.. tadi kata percuma, aku kata takmo ler, dia plka ugut kata aku dah breach agreement yang aku sign tadik.. uiks.. banyak dia punya agreement. Last2 aku tinggal dia bodo depan pintu.

2. Pemancing ahli

Masa aku dalam confinement dulu adalah sekumpulan wanita berpakaian pink datang ajak2 aku join mereka. Lepas kering tekak mereka, lepas lenguh tengkuk aku dok mengangguk dengar kempen, aku kata nanti aku fikirkan dulu, ingat senang2 nak join mana2 warna.. susah wehh komitmen tuh. nampaknya wanita2 pink tak puas hati, terus jugak kempen betapa aku wajib sertai kalau sayangkan negara bla bla bla. Aku panas hati jugak sebab lagi sekali aku bersepan ngan mereka yang tak faham bahasa melayu Last sekali aku tanya, agak2 kalau tayar kereta aku pecah mereka nak tolong ganti tak? Mereka kata tak.. disusuli dengan beberapa hujah lagi. Aku pun kata kalau meraka tak boleh nak jaga kebajikan ahli cam aku, takperlah. Aku masuk dalam bawak anak dengan alasan anak aku nak tido.

3. Student

Ada student yang baik ngan aku, sebab memang mereka baik ngan lecturer, ada setengah yang baik ngan aku bila nak sampai masa ujian, ada yang baik masa lepas result keluar, kebanyakannya baik dengan aku ada udang sebalik batu. Aku selalu angkat batu tu biar nampak jelas udangnya. Dear students, as I told all of you over and over again, honesty is the best policy.

4. Sedara-mara

Yang nih phewwww... kawan boleh pilih, sedara? Kenalah terima seadanya. Ada yang baik ngan aku lepas nampak aku pakai kereta. nak pinjam duit rupanya. Boleh... boleh blah! rule number 1, never lend your money to relatives, the chance of getting it back is very slim. Either they "forget" or you are too kind to ask. I'd say.. I belong to the later. Aku sayang betoi sedara mara sebelah mak aku. Semer best.

5. (tak leh sebut sapa shhhhh)

Hangin satu badan bila berdepan ngan manusia2 nih. Aku jer nak jaga hati mereka, dah tu sapa nak jaga hati aku. Aku jerlah kena terima gurauan2 kurang ajar tuh dengan hati terbuka, dengan senyuman. Tapi cuba aku yang try bergurau.. seminggulah tak bertegur, sebakul ler maki belakang aku. weiii berani cakap depan ler wei!

Lagi satu aku hangin, aku ada suruh ke buat semer tuh? takde kan, yang gatal2 pi buat tuh bakper? pastu mengadu penat le apa ler. Aku jugak yang disalahkan.

Yang ni kurang hangin but a bit annoying. Suka sangat bangga diri tuh, orang lain semer takde klas, takde standard. Setakat pakai kasut jenama tuh tak delah klasnyer. Lagi satu, tak payahlah nak berbangga sangat dengan benda bukan kita punya. Aku mmg takde klas, takde standard. Bukan aku mati tak pakai benda berjenama.

Cukuplah

Tuesday, November 30, 2004

Dialog

Hari ni student registration kat tempat aku. Aku diminta jaga kaunter pendaftaran bahagian pengesahan sijil. Oklah.. bukan ada kerja lain nak buat pun. Dalam pada menjaga kaunter tuh sempatlah berborak dan mendengar orang berborak. Macam-macam adaaaaa

Aku : Untung jadi orang gemuk nih kan, barang kemas besar2
Dia : Ha'ah betul, untung kita
Aku : sebab tu kita pakai sikit, sebab mahalkan.
Dia : Ha'ah sebab tuh orang kurus boleh pakai banyak sebab murah
(perbualan diteruskan sambil mengagak harga harta orang eheh)

Sambil aku dok menyemak masterlist, aku dok perati ler sang ayah mengisi borang pendaftaran anaknya. malas punya anak, sampai isi borang pun ayah nak buat. Tetiba sang ayah berjalan ke arah aku, Apa dia terperasan ke aku dok perati dia..

Dia : Dik, mintak tolong sikit.
Aku : Boleh, tolong apa?
Dia : nak mintak borang lain, tersalah tulis pulak, tertulis nama sendiri pulak dah kat borang anak nih
Aku : Boleh. Biasalah tersasul tuh
Dia : Ha'ah.. terima kasih
Aku : sama-sama
(aku gelak tak leh kontrol dah ngan member sebelah)sorry pakcik ek.

Dah habis semer, aku mengemas meja, satu hamba Allah tanya aku

Dia : Kantin kat mana?
Aku : Tu ha (sambil tunjuk ngan sopannya)
Dia : Kantin tu jual apa?
Aku : ?

jawapan yang berlegar kat kepala aku tadi

a) Basikal
b) tak jual apa pun, buat perhiasan jer
c) kain baju
d) semua diatas

Tapi aku ni host yang berhemah, jadi aku sebut menu makanan tengahari tadi.

Macam2 pe'el manusia nih ek....

Monday, November 29, 2004

Of new work

Berita terima - kena lapor diri 20hb 12 nih kat INTAN Bukit Kiara. Perasaan aku bercampur baur sebenarnya antara suka dan sedih. Aku suka sebab dah berjaya dapat kerja yang terjamin masa depannya. Dalam masa yang sama aku sedih sebab kawan baik aku tak dapat sama2 ngan aku setelah 3 halangan direntasi.

Pertama kali nak berpisah jauh ngan kedua2 baby aku. Baby besar tetap di Kuantan, sekali sekala boleh turun KL atau aku balik Kuantan, baby kecik akan duduk ngan nenek dia kat Klang. Aku cukup risau memikirkan kalau somehow terpaksa berhenti breastfeeding sebab faktor masa. Hopefully aku boleh curi2 masa balik Klang breastfeed teruna aku, apart form EBM yang aku bekalkan.

Yang tak best plak uwaaaaa aku tak dapat ler nak ikut family day tempat aku kerja sekarang 25/26 Disember nih. Err.. agak2 kalau aku bodek boss benarkan aku ikut bley tak? Bonus camner ek?

Hopefully posting kat Pahang State Government... Aminnnnn

Friday, November 26, 2004

Memacam berita

Berita kerja. Tadi ada meeting. Banyak plak lah pembaharuan untuk kebajikan staf yang diperkenalkan. Cet! saat2 akhir aku kat sini plak tuh. Takperlah rezeki kengkawan kan.

Berita teruna aku. Arief dah pandai jeles. Pantang aku dukung anak sedara baru, mesti dia meraung atau tarik muka. Sekarang dia lebih rapat ngan ayahnya dari ngan aku. Nampak jer kelibat abang, terus merangkak cari. Adik ipar aku takutkan teruna aku buat suara kucing ler konon..tak jalan.. bilik gelap selamba jer dia terjah ngan walker tuh. Err... gigi sudah 6 batang. Best jer tengok dia gigit biskut.

Berita yang best, adik aku pun nak menamatkan zaman anak dara anytime soon. mak aku nak buat sekali derap jer, famili lelaki datang tetap tarikh nikah terus. Adik aku tuh dok jauh, takut jugak menda2 jadi. Kalu dah berdua tuh kan... na'uzubillah, jauhkan benda2 yang tak elaok daripada menimpa keluarga aku.

Berita yang hampeh, aku dok jadi pelupa kebelakangan nih, masuk ni dah 3 hari aku lupa bawk handycam ke opis, nak upload gambar raya. hish.. ke ini lagi satu penanda aras aku dah tua?

Berita yang aku tunggu. Nanti aku bagitau bila aku dah dapat berita tu.

Thursday, November 25, 2004

Tangan Lenguh

Aku start menanda kertas pelajar, pehhh lenguh tangan nak menenyeh 200+ skrip. Aku hangin sket bila dapat skrip pelajar. Patutnya aku dapat kertas OMR.. sakit perut agaknya pihak berkenaan tuh. Aku dah cakap nak OMR.. buruklah aku menyelak kertas satu persatu, menghafal siri huruf jawapan sambil menanda. Macam orang bodoh mulut berkumat kamit tangan bergerak2.. hampehsss sungguh.

Aku pun kena update semer fail untuk kegunaan pengganti aku kat sini. kalau tak buat boleh tak? Leceh seh nak sort semer2 yang aku dah buat semester nih. But why whine.. nobody forces me to take the job in the first place.

Aku hantar resignation letter semalam. Sebelum tuh dah bagitau boss secara lisan. Notis 3 bulan tak sempat gamaknya, jadi notis 2 bulan jer. kena bayo balik ler sebulan gaji huhuhuhu, harap2 management dapat consider perkhidmatan cemerlang aku.

Ingat nak ke bank masukkan duit raya teruna aku, tapi malas ler plak.. nantilah dulu.. tapi kang lelama aku simpan takut terpakai plak..

Wednesday, November 24, 2004

Tukar kerja

Hari ni aku dapat keputusan temuduga. Alhamdulillah aku lulus.

Post Raya

Cerita raya..raya pertama yang basah. Hujan sepanjang hari. Sempatlah beraya satu dua rumah. Teruna aku pulak grumpy semacam jer. Tidurkan dia, dengan aku sekali zzzzzz. Cumanya aku rasa seronok sebab thn nih dah bertiga. Tengok teruna aku dengan baju melayu miniature dia.. priceless.

Raya kedua cam biasa, aku bertolak balik ke Klang. Sampai dah petang, lepak jerlah. Rumah emak cam biasa kebanjiran tetamu sampai ke malam. Aku surender awal dah. Aku cuma tolong salam tetamu jer eheh. Teruna aku pun emak yang tidokan.

Raya ketiga cuma habiskan masa kat rumah tolong emak melayan tamu lagi. Sebelah malam baru pergi beraya rumah saudara-mara terdekat. Dekat tengah malam baru balik. Perut penuh mata mengantuk. Aku beraya dengan satu misi, mencari halwa buah kabung (orang jawa panggil kolang kaling). Memang best. Aku dengan muka tak malu mintak makcik aku bungkuskan. Abang dah jeling semacam dah.

Raya keempat beraya ke rumah saudara mara sebelah arwah ayah aku. Sekejap2 jer aku lepak rumah mereka. Entahlah, lepas ayah takde, hubungan aku dengan keluarga sebelah dia dah tak macam dulu.

Sebelah malam bawak mak beraya umah kakak sulung dia (satu ayah lain ibu) Aku sekali lagi tak tau malu bungkus kuih Abang Mawi buat. Setap tahun pun aku bungkus. Kuih spisis mahal tuh weh.. kalu dia jual RM 35 utk 100 biji.

Aku lepak kat Klang sampai hari Ahad, sebab nunggu adik aku balik dari JB. Kesian kat dia nak tengok anak sedara. Aku bertolak balik ke Kuantan sebelah tengahari.

Yang paling best teruna aku ler.... dia pergi beraya dapat duit raya, orang datang beraya pun dia dapat duit raya. Aku jugak yang sengkek dok keluar duit raya. Tapi setahun sekali jerkan.. tak mengapalah..menengok riak muka bebudak lepas dapat duit raya tuh.. priceless...

Semalam start kerja. Terus marking paper final student. 2 minggu lagik semester baru untuk program franchais UPM akan mula.. arghhhh malasnyer rasa nak prepare lesson plan.

Nak buat ucapan tahniah plak

Untuk Puan Roshasliza dan suami, selamat pengantin baru, semooga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki hendaknya.

Untuk adik ipar aku, Mazliza dan suami, selamat menimang cahayamata pertama, Ahmad Asyiran Asyraf.. say goodbye to good night sleep..

Wednesday, November 10, 2004

Selamat Hari Raya

Hari ni hari akhir bekerja, ofis dah sunyi sepi dah. Tahun nih cam tahun2 epas jugak aku akan beraya di Kuantan. Raya kedua baru bertolak balik ke Klang.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua. Mana tahu kalau-kalau ada tulisan aku yang mengocak damai. Yang nak berjalan jauh tu plan dulu perjalanan, jangan jadi penyumbang statistik tahun nih pulak. Blog ni akan sunyi juga sampai aku masuk kerja 22hb 11 nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1425H

Ikhlas daripada

Angah & Co
(Haslina Bahasan & Mazlan Mohd Noor & Muhammad Mifdzal Arief Mazlan)


Side Track

Adik ipar aku tengah sakit nak bersalin, anytime now, Arief akan dapat sepupu. Jokingly, I told the father to be to name his son Nur Diwali or Muhd DeepaRaya hahahahaha.

Tuesday, November 09, 2004

Cuti mood

Semalam tak kerja, teruna tak sihat, hidung berair, dok nak menempel jer ngan ibunya. Masa berbuka adik ipar memasak, aku tinggal makan.

Datang opis pagi nih sunyi sepi jer, dah ada yang start cuti, student pun lama dah kat kampung memasing. Thn lepas aku antara yang paling lambat mula cuti dan paling lambat masuk kerja balik heh. Baki cuti masih banyak, abang pulak kerja sendiri, jadi takde masalah untuk bercuti bebila masa.

Cuma yang merosakkan sikit mood cuti aku thn nih sebab 22hb 11 final eaxm start, makanya kena jugak masuk awal, aku ngelat semester nih shhhhh...jgn bagitau sensapa... aku buat soklan objektif. Senang dan cepat nak marking nanti.

Dapat CD raya daripada students. Kreatif jugak, dalam pada aku dok browse internet mencari lagu raya, dapat pulak CD tuh, right timing, adalah berpuluh lagu raya dulu dan sekarang. Errr.. kira cetak rompak ke?

Esok last kerja, tapi aku tak rasa excited pun.. mungkin ini penanda aras yang aku dah makin tua?

Saturday, November 06, 2004

Gaji oh Gaji

Aku tak tau samada nak bersyukur atau nak mengeluh bila dapat email yang gaji bulan 11 akan masuk sebelum 10hb nih. Woohooo boleh enjoy masa raya, budget lebih sikit. Tapi bila memikirkan jarak masa antara gaji bulan 11 dan 12 nanti (1 bulan setengah)termenung aku kejap. Kena hafal mantra baru "angah jangan boros, angah jangan boros, angah jangan boros" Aku takut banyak sangat yang TERBELI itu TERBELI ini. Nafsu tuh nafsu... kontrol sikit.

Ha.. akhirnya mykad aku dah siap. Mujur kualiti gambar buleh diterima. Ada nampak tulisan MEPSCash.. tapi sekadar tulisan jerlah ek. Kan ke bagus kalau semua aplikasi dah settle baru suruh rakyat jelata buat. Takdelah kes kena saman sebab tak bawak lesen...apa ke pandai sangat pihak berkenaan tuh? kalau dah bawak mykad tuh adalah lesen sekali.. duhhh!!! nak jugak saman.

Malam ni nak berbuka di Restoran Hajah Lidah. Yum Yum tomyam dan somtam.

Friday, November 05, 2004

Arief bukan Ariefah

Situasi 1

Aku bawak anak aku carik baju raya. Datang sorang promoter, promote baju baby ler.

Dia : Kak carik baju baby ye, yang ni offer kak (sambil tunjuk skirt denim sepasang ngan baju, mesti comel anak kak pakai.
Aku : Anak saya lelaki.
Dia : Laaa, saya ingat baby girl.. sorry kak.
Aku : Tak pe
Aku : Muka Arief ni muka baby girl ke bang?
Hub : Ntah, abang rasa tak plak.

Aku sambung carik baju Arief. Dapatlah beberapa helai. Tapi betullah, baju baby girl memang cantik2. Baby boy hmmm.. seluar ngan shirt jer lah.


Situasi 2

Aku ngan abang bawak Arief gi rumah orang kawin. Kebetulan jumpa member abang yang kebetulan plak ada baby. Dok berborak ler.

Abang : berapa bulan anak ko?
Member : dah nak masuk 9
Abang : ooo, anak aku masuk 7
Member : Bolehlah berbesan hahahaha
Abang : Aku sorang jer anak ler
Member : ye lah..
Abang : Anak aku lelaki ler.
Member : Lorrr.. aku ingat pompuan.

Erkkk.. aku rasa betul dah baju Arief tuh, t-shirt ngan seluar.


Situasi 3

Kat Klinik. masa bawak Arief gi check-up. Nama Arief dipanggil. Aku pun bangun ler nak masuk bilik doktor. Adik yang panggil tuh cam pelik jer..

Dia : Mifdzal Arief?
Aku : ha'ah
Dia : (muka masih pelik)

Dah sah ler dia ingat anak aku pompuan huhuhuhu

Ntah, aku rasa rupa Arief tuh rupa lelaki, tapi ramai yang mistaken ingat pompuan.

Thursday, November 04, 2004

Perubahan?

Hari ni aku terlebih rajin menukar template blog nih. Template sebelum nih member yang buatkan, bukan tak berterima kasih (sebab aku tukar) tapi aku rasa nak berubah angin plak. Dah 2 tahun guna yang sama. Aku guna yang paling simple, sesimple hidup aku sekarang.

Semalam.. ermmm apa yang aku boleh kata ialah, I think I'll fail, not only that I'll fail miserably huhuhuhu. Tini, ko tentu faham statement aku nih kan. Daripada konfiden aku berubah tak konfiden dah.

Dah siap marking paper, cuma nak buat soalan periksa MLVK program plak, nak key in attendance dan carry marks sebelum cuti raya. Start cuti Deepavalli nih. Balik kampung raya kedua seperti biasa. Yang nih agenda tahunan yang tak berubah sebabnya aku boleh raya lama kat kampung terchenta (taktik nih)

Mlm nih aku nak melantak makan donut yang Kak Iza belikan. yum yum.. bilalah Kuantan nak ada outlet D*unki* Donut nih? Maka berubah lagilah waistline aku eheh

On kuih raya... jenis kuih jer yang berubah, budget tetap sama. Aku ada agenda lain yang memerlukan RM. Tukar not seringgit ngan 5 ringgit. Cam pelik plak bila pegang not cam plastik tuh. Nak lipat pun pikir 2 kali.

Tengok berita pasai runtuhan kat Highway.. yang nih mungkin takkan berubah kalau post di atas tuh masih tak diubah...tapi bila nak diubah yer?

Friday, October 29, 2004

Still Wet

stil wet - 4 days in counting

Masih basah, masih hujan.. aku melawan bunyi hujan semasa mengajar semalam. Tapi hujan lebih hebat daripada aku. Aku kalah, aku tidur duduk sementara student buat tutorial. Tapi walau hujan lebat yang amat masa buka puasa semalam, aku masih gagah minum milo beng. We had singgang ikan aya, black pepper beef, mix vege, and of course the ultimate budu (walaupun aku tak makan, for dessert, ayah beli kuih biji tanjung ngan jala emas.. manih leting!!! tapi sedak pulok..


Arief my preciooooouuuusss

8 bulan lepas waktu nih aku mula sakit, tepat pukul 1.10 tengahari 29/2/2004 Arief pun tengok dunia. Alhamdulillah, aku sakit tak lama, dalam 5 jam lebih jer. Hari ni Arief dah pun 8 bulan, malam semalam kami ke Giant, arief dapat walker baru. He seems to like it. Lagi laju mengejar aku, ketawa mengekek2 bila dapat sampai kat ibu. Precious moment... Lepas ni tangga ke dapur umah tok kena pagarlah, kalau tak harus jadi superman teruna aku (terjun dengan walker sekali) Macam biasalah, Arief maintain slim. Gigi sudah 4 batang *ouch ouch ouch* Lagi 4 bulan dia genap setahun,tapi cian anak ibu...tahun depan takde 29 Februari ler Arief.....


Aku...

- dah start marking final paper UTM
- akan start buat soklan final untuk DKM (bentuk objektif, menyenangkan aku eheh)
- tengah study beberapa benda untuk satu benda (?)
- tengah mikir menu malam ni, apam gula hangus is on top of my list (sendiri buatlah)
- nak carik tudung ngan kasut raya
- teringin nak berbuka di luar huhuhuhu

Thursday, October 28, 2004

wet...wet...wet

Dah 3 hari hujan tak berhenti kat Kuantan ni. Bukan renyai pulak tu, sederhana lebat. Kalau berhenti pun sekadar sejam dua, pastu sambung balik. Banyak baju aku tak kering, kalau kering pun rasa cam lembab jer sebab sejuk. Malam tadi aku ke Giant belikan teruna aku long sleeve 3 helai. Baju dia banyak yang tak berapa kering. Kang selesema plak teruna aku tuh.

Kalau ikut pengalamanlah kan, masa banjir besar tahun 2001 dulu pun begini jugak pattern hujannya. Waktu musim raya jugak jadinya. Tahun 2002 ngan 2003 tak pulak. Janganlah banjir besar lagi hendaknya. Rumah aku kalau naik air pun setakat lutut jer. Aku kesian kat mereka-mereka yang rumahnya cuma nampak bumbung jer bila banjir.

Tapi bagus juga sekali sekala hujan lebat berterusan begini, setidak-tidaknya bersihlah udara daripada partikel2 yang bahaya pada kesihatan. Untung juga tokei payung dan baju hujan. Subur juga tanah. Jadi ada jugalah rahmatnya kan.

Cuma yang tak berapa best tuh, satu penyeksaan untuk aku bangun sahur dan mandi pagi sebab best dok bawah selimut eheh. Kat opis takyah cakap ler sejuknya. Satu jemputan untuk aku tidoooo dan makan gaji buta. Mujur kereta aku ada heater, jadi ok jer lah nak go to and fro dengan teruna aku.

off to class now


Saturday, October 23, 2004

rojak

My mum is here. Sampai awal pagi tadi. Aku punyalah seronok. Malam nih berbuka ngan masakan emak yang paling best dalam dunia eheh. Arief pun cam tau-tau jer nenek dia sampai terus bukak mata, gelak2. Nampaknya ibu tak lakulah 2 hari nih.

Esok student nak datang berbuka di rumah. Mesti havoc rumah aku nanti. Nak mintak mak mertua aku tolong masak.

Isnin nih Pahang bercuti sempena birthday Sultan. Dapat aku bersantai di rumah, bermalas-malasan.

Pagi nih dapat e-mail lirik lagu lagi, lagi Ezlyn, jugak pasal pak menteri yang sama. I wonder sapa pulak penciptanya.

Kenapa orang dulu-dulu kalau nak gi interview mesti kena hafal nama menteri2?

Aku percaya dengan kuasa it's who you know not what you know.. tapi aku tak pernah pulak pull some strings to get what I want especially in job hunting. Aku lebih percaya ngan diri sendiri. Aku harap orang respek pegangan aku as mush as I respect their beliefs.

Ada orang tanya aku, kenapa aku suka mencampur aduk bahasa dalam blog ni. Alasannya aku merosakkan bahasa. Aku jawab. It's my blog and I can do anything I want with it. Aku jawab lagi, dah output otak aku camtuh biarlah. Aku bukan menulis karangan dalam exam mind you. Kat sinilah kalau aku nak mengarut pun. Aku tanya dia pulak.. dia cedera ke lepas baca bahasa rojak aku? Dia jawab tak.. I rest my case.

Student datang jumpa aku nak mintak naikkan markah carrymark. Aku tolak permintaan dia dengan satu alasan mudah. Dia tak layak! Mungkin kejam tapi I have to be cruel to be kind. Kalau dah assignment ala kadar cincai boncai, maka markah ala kadar cincai boncailah yang aku beri. Dah diberitau ada kuiz tapi tak datang, pastu beri alasan sebulan kemudian.. I'm sorry I can't tolerate those lame excuses.

student : Puan tolonglah beri saya buat kuiz, saya balik kampung.
cikgu : Dah tau ada kuiz kenapa balik kampung?
student : masalah keluarga.
cikgu : bagitau saya, kalau2 saya boleh timbangkan.
student : nenek saya meninggal puan.
cikgu : (memikir beberapa saat, mengingat semula) Saya nak tanya ni..
student : tanya apa Puan?
cikgu : Nenek awak meninggal berapa kali setahun?
student : *senyap*

Aku masih ingat semester lepas, alasan sama jugak diberi masa amik English I ngan aku.

Pasaraya Ocean kat Kuantan nih dengarnya nak ditutup, jadi sale habis habisan ler. Aku dapatlah membeli baju Arief beberapa helai *abang tenung aku* hahahahahaha, beberapa bukan perkataan sesuai. Yang sesuai ialah berlambak. Kiko, Puppywinks, Anakku semua jual tak sampai RM 10 sehelai. Ada yang 3 RM 10. kat sini mana nak carik Osh Kosh atau baby guess :P memadailah dengan jenama2 ciput yang ada. Aku dulu pun pakai baju takde jenama...errrr... sekarang pun, low maintainance gitu. Biarlah teruna aku pun low maintainance jugak cam maknya.

Oklah.. off to jaga exam chiowww...

Tuesday, October 19, 2004

Flash Back

Bila masuk bulan Ramadhan, banyak blog yang akan mengimbau balik kenangan berpuasa bersama yang tersayang, arwah ayah, arwah ibu, zaman kanak2, macam2 lagilah. Blog aku pun tak terkecuali sebenarnya, kalau aku tengok balik arkib tahun2 lepas memang banyak. Tahun ini tahun ketiga berpuasa tanpa ayah. Aku masih rindu dengan ayah walau dah 3 tahun dia pergi. Al-Fatihah.

Kalau tanya pasal persediaan raya, tahun nih memang untuk anak ajelah. Aku dah tua, pakai yang mana ada pun dah cukup. Yang pasti persediaan untuk emak dan adik aku kat Klang tuh aku dah selesaikan dulu. Emmm.. kuih muih biasa jer, jenis tunjuk2. Aku tak reti buat kuih. Kalau masak lauk pauk tu insyallah.

Tiap kali bulan puasa datang, aku mesti masak makanan yang aku biasa makan masa kecik2 dulu. Asalnya mak masak sebab kami bukan orang berada, asal boleh untuk alas perut dah memadai. Tapi dek kerana selalu makan, dah jadi sebahagian favourite aku pulak. Pernah makan nasi berlaukkan hanya betik muda yang ditumis, atau pucuk ubi rebus yang digaul dengan minyak jelantah?(minyak yang dah berkali2 diguna). Aku selalu jer. Waktu hari raya pasti aku akan buka tin sardin untuk dimasak kicap, buat pencicah ketupat atau nasi impit. Sampai sekarang aku masih masak sekali sekala. Kalau nak merasa ayam atau daging, kenalah bertandang ke rumah saudara mara.

Sekarang aku rasa sedih, rasa marah kalau masih ada mulut yang merungut pasal makanan yang terhidang depan mata. Bilalah kita nak belajar bersyukur ya? Orang kat negara luar mati tak makan, kita mati terlebih makan...


Arief ku sayang

Arief demam, hari ni dah masuk 3 hari. Tak panas mana suhu badan dia tapi masih tak kebah. Muntah juga sekali sekala. Telefon mak, mak kata mungkin demam beli... nak tumbuh lagi sebatang gigi (yang ke 4). Ya... Arief baru 7 bulan tapi gigi sudah nak masuk 4 batang. masih belum merangkak betul. Malam ni nak bawak ke pead, nak buat thorough check up. Manalah tau ada apa2, biar aku beringat sebelum apa2 yang buruk terjadi, Ya Allah, lindungilah anakku. Amin.


kerja.. kerja.. kerja..

Sempena ramadhan nih kami kena datang opis pukul 8.00 pagi huhuhuhuhu, yang biasa pukul 8.30 pun kengkadang terpeleot. Balik pukul 4.30 petang. Tahun lepas, masuk kerja tetap 8.30...hmmm lain management, lain ler cara perlaksanaannya. Aku kulisetif, bukan eksekutif.. jadi aku cuma diam dan cuba tak tidur lepas sahur dan solat subuh.


'trut... trut....truuutttt' "ya abang, waalaikumsalam, ada apa?... ha?... percik ikan kembung?.... emmm.. boleh... abang beli bahan2 dia dulu, kang balik lin terus masak"

Maka aku tak payah memikir nak masak apa malam nih. Ketua chef dah bagi menu eheh.


Friday, October 15, 2004

1 Ramadhan

Hari pertama berpuasa, bersahur dengan ala kadar, aku masih mamai waktu tiba di ofis. Biological clock masih nak adjust to new schedule, at least for a month. Mujurnya teruna aku tido masa ibu bertarung di dapur pagi tadi.. Petang ni nak masak apa? hmmm soalan yang memeningkan kepala. Nantilah aku fikirkan.

Alhamdulillah, lepas second barrier. Mudah mudahan ada rezeki untuk lepasi third barrier nanti.. Amin.

Thursday, October 14, 2004

Birthday Girl

HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ANGAH
HAPPY BIRTHDAY TO ME

Yup, I'm another year older, hopefully wiser (I wish...) Woke up this morning, looked at my son's face in deep sleep made me cry. I feel complete. My first birthday as a mum. Your smile son, is the best present ever.

Received some presents from students. A very nice music ship (music box), a soft cloth for baju kurung (will send it to tailor for raya) and many many wishes. To receive something from students is indeed a pleasure, I feel appreciated.

Abang gave me a pearl bracelet. The one I kept eyeing whenever we go to Megamall. Thanx dear. But it does not compare to love and affection he showers me from day one of our enggagement and marriage.

As usual, I gave my mum a little present. Gave it to her last week actually. She called last night. I love you mum.

Gonna take my passport size photo this evening, A routine of mine, a collection of Angah's birthday photo... want to see if any wrinkle has decided to appear hahahaha. Last yearwas chubby Angah, Arief was 7 months inside me. This year.. cant wait to compare.


Work and more work

Students' study week. Lega rasanya. Will have about 6 hrs/week class during ramadhan. A big relieve for me and my tonsil. Still struggling to mark students' paper. I wish I have more hands....errkkk tarik balik wish. Imagine Angah with 6 tangans dangling... eerie...


Wednesday, October 13, 2004

Sambil Kerja Jumpa Member

Minggu lepas aku ditugaskan menengok student bergraduat di UTM Skudai. Jadi aku amik kesempatan untuk bergathering kecil kecilan ngan geng jurnal selatan. Lepas abis program sebelah petang, aku pun berjumpalah ngan Tok Rimau ket sebelah masjid depan dewan dalam UTM tuh, dapatlah merasa naik kereta ijau dia eheh. Bersidang dalam rembang petang di Senibong Permas Jaya bersama 5 lagi blogger lain. Aku, Tok Rimau, Kak Tin (mrs. rimau), adi, biskut, ayue dan ayares. Adik aku ngan member dia pun ikut sekali. Yang bestnye kali nih, harimau bagi orang makan. Gambo ada kat jali.fotopages.

Aku sebenarnya seronok dapat kenal mereka nih, walaupun baru pertama kali bertentang muka, tetap mesra macam dah kenal lama. Siapa kata ukhuwah tak boleh dijalinkan dalam dunia cyber? Yang lebih menarik bila berbual guna nickname blog memasing. Contoh:

"Tok, sedap sungguh otak-otak nih"
"a'ah memang sedap (sambil makan)"

"biskut sekarang nih belajar lagik ke?"
"final year dah angah"

"mana ko belajo cakap negeri sembilan ayares?"
"lama dok kat sana tok rimau."

Cuba berbual guna nama betul memasing... huhuhuhu, mahu haru biru nak perkenalkan pehtu nak ingat nama panggilan sebenar diluar. Harus ada sesi ice breaking. Dalam kes aku tak jadi masalah sebab kat memana pun aku tetap angah. Anyway terima kasih atas layanan best orang Johor.

p/s : spyz.. aku pun nak jumpa ko ngan family gak, jum kita gi Bagan, ajak memember yang berdekatan.. aku order ko bayo... boley?


Selamat Datang Ramadhan

Lusa atau tulat kita akan mula berpuasa. Tahun ni aku akan berpuasa bersama suami dan anak. Aku masih tak dapat bayangkan camner nak berbuka puasa ngan arief yang aktif the ulat bulu type.

Sebagai ibu yang bagus aku dah menempah baju melayu untuk teruna aku. Mesti kiut. Mak jer lelebih, anak tak tau apa benda pun hahaha. Kocek kena buat bebesar kata ayahnyer *wink*

Hmmmmm.. sebagai suri rumah yang bagus, soalan yang sama akan menerjah kepala otak aku, nak masak apa berbuka nanti, nak masak apa bersahur nanti. Macam selama nih tak pernah memasak.

Sebagai anak yang bagus, aku dah janji ngan emak nak balik berbuka di kampung sekali dua. Semenjak anak2 duduk jauh nih kan... nak menghilang rindu pada anak lebih2 lagi cucu tunggalnya tu.

Sebagai kakak dan kakak ipar yang bagus, aku menadah telinga mendengar memacam plan untuk raya. Buat atau tidak tu perkara kedua. Yang penting aku dah dengar.

Tapi sudah baguskah aku sebagai muslim? Ramadhan yang datang sekali setahun ni. Aku jugak nak merebut ganjaran yang dijanjikan Allah. Aku nak jadi muslim yang bagus. Insyaallah. Jom kita!!

Wednesday, October 06, 2004

weekend wrap-ups

Hujung minggu yang best. Balik Klang hari Khamis and stayed there until Monday. Abang hantar and he went back to Kuantan, got many things to do. So many cars to be painted... nak raya kan so everybody is like wanting his/her car to look brand new. So Abang, being a businessman promotes some new colours (which I already used on my Marea eheh) to his customers.. the price oh dear.. RM 400++ per litre.. very expensive but very nice tell you.. it has 2 to 3 shades of colours in one colour (how to put in in plain english eh?... the most popular right now is green/purple, so the car will be green at times but changes shade to purple at different angle we look at. Anybody thinking of repainting car?


my mum and me

Anyway, in Klang, spent my time with mum and lil sister lazying around. Very relaxing. On Sunday, my mum presented me my advanced birthday present. A nice gold anklet - I wore it immediately with tears running down my cheek. Never thought of getting a birhday present at this age. I had my own plan actually. Wanted to present her a present for my birthday on Monday just before I depart to Kuantan but since she had given me the anklet... I went into my room, took the little wrapped box and I gave it to her, hugs and kisses followed. Just a small token from a daughter to her lovely mother..

Well... I always do that.. giving her present on my birthday, an appreciation for her for giving me a birth, for bringing me up, for moulding me into what I am now. Not even a mountains of money and jewellery could repay her, but this is the least I can do. I love you mak, very very very much. I ask her what can I do to make her happy. she just said "be a good mother to your children" I will mak, insyaallah.


7 months old Muhammad Mifdzal Arief Mazlan

Arief turned 7 months old last Wednesday (29/9). He is with his granny until the week ends. I have to go to Johore for students' convocation. On my little prince, his weight gain is quite slow.. asked the pead and the result is normal since Arief is very active the ulat bulu type - tak duduk diam langsung. Very alert, once I caught him trying to catch an ant passing infront of him (rumah nenek dia kat kampung, banyak semut). Knows when being called Arief or Arip or Izal or Ijal. His favourite toys nowadays are his red beanny toy, singing tortoise and my specs. In the car hmphhh.. hard to get him to sit in his carseat, enjoys sitting with me infront playing with gear and door lock.

His milestones.. hmmm.. still trying very hard to drag his feet to start crawling. Daily routine is rolling on his stomach, shift into crawling position, ready 1, 2, bum! rolled back hahahaha. Oh yes... Arief now has 3 teeth, the fourth is coming out any time now... makin sakit ler ibu masa feeding huhuhuhu. And Alhamdulillah he is still exclusively breastfeed.

never ending work

Back to work, back to routine, back to cluttered up office. Adrian Monk will surely die if he enters my office hahahaha. Tonnes of tutorials to mark, with the exam papers coming in, I need all the time in the world to finish it. My tonsilitis is killing me (again?) Gosh! I wish there is a quick remedy for it.

Before I ramble more craps, would like to congratulate my fellow colleagues on their new borns

Puan Nurul Aina and Puan Izarina, both gave birth to healthy baby girls.. say goodbye to sound sleep we used to have.

okay. I'll stop..

Tuesday, September 28, 2004

cecampur

Dapat makan buah dokong yang sangat sedap. Mak mertua bawa balik dari Terengganu. Harga 50 sen sekilo jer. Kat Kuantan masih RM 2. Buah rambutan yang aku belasah semalam harganya RM 5 bukan sekilo tapi sepokok.. yer sepokok. kenapa tak percaya? Inilah seronoknya tinggal kat sini, buah buahan semer murah. Masa musim durian tahun lepas sebakul besar tuh RM 10, ada yang jual stail angkutlah sebanyak mana tangan boleh mengangkut dengan harga RM 10.

Ahad lepas ada Autoshow kat stadium. Aku gi juga tengok, saja2 ikut abang. Arief suka sangat dapat jalan2. Kereta yang cat kat bengkel abang dapat tempat ketiga kategori kancil. Warna memang cantik. Ingat nak tukar kaler keter jugak ler. Boring dah warna tuh. Sebelah malam gi Megamall. Dapatlah aku sandal Adidas yang simple. Kena letak dalam kereta jerlah kali nih, sandal hush puppies aku sebelum nih kena sepelet huhuhuhu sedey akak.

Patutnya kena gi UTMKL esok, memandangkan cikgu BI kat sini ada 2 orang, maka Kak Roki akan pergi sorang. Yay! Tapi kan masa aku preggie dulu 3 ke 4 kali aku outstation, kali terakhir masa kandungan dekat 8 bulan. Puas dah anak berjalan dalam perut lagik eheh.

Tahniah pada officemate aku Pn Norsuhaida Jamil yang selamat melahirkan baby girl pagi tadi. Welcome to the club and say bye to sound sleep.


Surat layang untuk ENGKAU - cont.

Ooooo engkau dah baca surat aku dan engkau terkejut? Tak perlu terkejut dengan perbuatan engkau sendiri. Apa? engkau tak sangka aku terasa? Alasan bodoh. Aku ni bukan manusia ke? Aku ada perasaan jugak, tau jugak rasa malu, rasa marah, rasa sedih. Tapi takperlah, aku tau engkau tak minta dilahirkan bodoh seperti itu kan.

Aku tunggu jugak kalau2 ada kata2 maaf dari mulut berlipstik tebal engkau tu. Yang aku dengar cuma engkau tak sangka aku terasa, yang engkau tak de niat lain selain bergurau, itupun aku dengar bukan dari mulut engkau, aku dengar dari mulut orang lain. Penakut! mehlah jumpa aku cerita depan2.

Apa? taknak dah naik kereta aku? bagus jugak. Ingat engkau nak cakap tak nak nipiskan poket aku lagi. Aku dengar jugak engkau marah aku kata badan berdaki... yang engkau marah tu kenapa? betulke? Yang paling best bila aku dengar engkau kata tak nak dah kawan dengan aku sebab aku tak tahan bergurau. Haaaaaa yang ni lagi best. Kurang tapak tangan stadium aku tadahkan. Cuma sebelum memutuskan 'persahabatan' kita nih, bayar2lah hutang lapuk tu dulu.

Sekian.

Saturday, September 25, 2004

Ramblings

Minggu depan nak ke UTMKL, ada bengkel pengajaran. Memandangkan bengkel tu hari Khamis maka aku isytiharkan hari Jumaat tu cuti.. yay.. buleh balik kampung jumpa mak, rindunya kat dia.


My mind rambles

Kawan aku tanya "Angah sakit tak masa bersalin dulu?"
Aku jawab "tak lah.. sedap"

Beberapa hari lepas menyaksikan aku 'menggulingkan kerajaan.'Nak details? secara ringkasnya bolehlah aku katakan, kalau dah tak percaya ngan apa yang aku buat tuh, maka jangan suruh aku buat, baik buat sendiri. Apa yang aku buat atau rancang tuh adalah matlamat dan objektifnya, bukan aku buat ikut suka mak bapak aku. Don't teach me things I know best. Ok... full stop, end of the story.



Surat layang untuk ENGKAU

Ke hadapan engkau,

Aku tau aku gemuk. Tapi mendatangkan masalah pada engkau ke? Seronok sungguh aku tengok engkau memperihalkan aku pada kawan engkau, dengan aku yang terpacak didepan mata. Ooooo.. bergurau ya, sekali sekala mungkin gurauan, tapi kalau dah selalu itu bukan gurauan, itu harrassment. Engkau rasa hebat ke dengan kekurusan engkau tu? Ya, aku gemuk tapi ada ke aku mintak makan dengan engkau? Duit engkau habis ke? Engkau cedera ke dengan kegemukan aku? Selama yang aku kenal engkau pun, engkau yang banyak menipiskan poket aku, engkau yang banyak menyusahkan aku ngan kerja-kerja yang patut engkau buat tapi aku yang bereskan. Kurus tapi lembap!

Bagus jugak aku gemuk, sekurang-kurangnya engkau tak dapat memuaskan nafsu melaram engkau dengan baju2 aku yang engkau tak mampu nak beli. Ooooo aku lupa pulak, taste kita lain kan, aku tau engkau nak cover jer tu. Aku teringat semasa kita terserempak di mall, engkau dengan selamba pesan kat mr. mine supaya hati-hati ngan aku, kalau beli barang kemas rugi sebab tangan aku besar, rugi duit dia nanti. Habis apa masalahnya kalau dia nak belikan aku rantai sebesar sauh kapal sekali pun? Engkau jeles kan, sebab engaku tu kurus gelang bebudak gambar mickey mouse jer yang padan dengan engkau. eh.. ke dia tak belikan engkau apa2.

Memang aku gemuk tapi aku jaga kebersihan. Engkau? harap kurus aja, bab-bab kebersihan diri hampeh. Muka bermekap badan berdaki, baik gemuk tapi wangi seperti aku.

Engkau jangan lupa, Allah jadikan aku gemuk tentu ada hikmahnya, engkau siapa untuk persoalkan ciptaanNya? Segemuk2 aku, masih aku berupaya rukuk dan sujud. Tapi engkau, sokmo tak larat..mungkin engkau lebih larat menanggung azab di sana nanti? jangan rasa engkau kurus engkau hebat. Jangan pandang rendah pada orang gemuk seperti aku. Tak guna bentuk badan cantik, muka menarik kalau mulut jahat dan hati busuk. Ingat tu baik baik sebelum engkau bergurau sekali lagi.

sekian saja warkah aku.

Wednesday, September 22, 2004

Hari Fotostat sedunia

Esok ada program motivasi pelajar. Aku kena buat modul danaku kena fotostat kertas kerja untuk bebudak. banyak giler.. naik blur vision aku tengok sinar mesin fotostat. Aku respek akak2 kerja kedai fotostat.

Dapat berita agak sedih pagi nih, baby officemate aku tak sihat, baru 3 hari lahir, kena demam panas dan nangis tak henti2. Doktor decided amik air tulang belakang dia, for the sake of the child member aku benarkan. Doktor dapati ada darah kat air tulang belakang dia. Angah doakan semuanya selamat ya Intan. Tengahari nih ada solat hajat untuk baby Intan. Dulu bila aku dengar beita camni tak terasa sangat, tapi bila sendiri dah ada anak, aku faham perasaan ibu ayah yang anaknya sakit. Memang sedih bila fikir prosedur yang baby terpaksa hadapi. Arief masa baru lahir dulu pun sempat jugak masuk 'akuarium' sebab kadar oksigen dia agak kurang. Sedih tengok dia cuma berlampin dan tangan bercucuk jarum... ish.. tak nak dah rasa perasaan risau cam dulu tuh. Memember lain ingat nak lawat di hospital tapi mana boleh sebab wad tuh cuma mak ayah jer boleh masuk. Kami doakan dari jauh jer lah.


aku tak cedera

Kadang kadang bila difikirkan aku nak jer balas semula. Tapi nanti apa bezanya aku ngan dia dan mereka kan. Aku pun rasa kalau ikut perasaan nih, nak aku ungkit semula menda2 lama yang dah bersarang dalam otak aku nih, tapi apa bezanya aku ngan dia dan mereka. Sekarang aku cuma pegang satu saja, "Aku tak cedera pun bila dia dan mereka buat begitu pada aku, yang penting ialah aku dan bukan dia dan mereka"


HAPPY BITRHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY ANGAH'S ONLINE JOURNAL
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUUUU

Dah 2 tahun usia blog nih. Orang tanya sampai bila aku nak menulis, aku kata selagi otak aku nih masih boleh compute. Azam birthday tahun nih, akan cuba mengupdate sekerap mungkin dan mengurangkan cerita 'apa aku buat hari ini' dalam blog nih.


Monday, September 20, 2004

Geng jurnal small gethering

Jumaat lepas Tini datang opis. Nak jumpa Kak Iza asalnya, nak ngambik Gangguan Tekstual. Tini sampai dalam kol 12 tengahari, Pehtu kami gi Megamall. Tini kata Kak Pnut ada kat sana jaga stall tempat dia kerja. Aku ngan bestnyer ngikut. Bukan senang nak jumpa geng sentral kan. Aku drive Marea aku memandangkan roomate aku tuh nak sangat naik eheh.. jgn mare Tini. Sampai sana usha dulu takut tersalah orang. Tak salah, memang betul itu Kak Pnut. Ramah betul dia. Selamat datang ke Kuantan Kak, kalo bagitau awal boleh bawak gi makan kat memana.

Balik dari Megamall aku tengok CD Kem Lambaian Danau. Memang best, jeles aku nih. Cuma yang dok bernapas berendam dalam lumpur tuh takder.. Errrr Tini tulun burn untuk angah ek. Lepas Tini balik aku gi meeting yang boring.

Malam tuh dapat SMS, ada orang sesat masa nak gi bandar hahahahaha kesian.. sekali sekala kenduri langsat (baca: sesat) apa salahnyer pren. Sok2 jumpa lagi ek.


weekend

Ujung minggu yang sibuk ngan teruna aku. Sibuk main eheh. Sabtu aku memasak untuk Arief, rebus tu, kukus nih, puree tuh, blend nih kemudian stok dalam fridge. Sekarang nih kena buat 2 bekalan, satu kat umah mak tok dia (pengasuh Arief) satu kat umah aku. Takper, aku ingat kata2 enak, biar anak rasa air tangan ibu dia, lebih bagus.

Hari Ahad hari santai. Kebetulan Abang takde kerja kat bengkel jadi bermalas-malasan ler, ujan plak tuh. Aku tidurkan Arief dan aku pun ikut tido gaks. Patutnya pergi kenduri kahwin tapi ngelat, katalah hujan kan, camner nak bawak baby eheh. Lepas Asar baru pergi. Masa sampai pengantin tengah basuh periuk. Teringat zaman dulu.. tapi abang takler kena basuh periuk.

Malam masih bersantai, bantai tengok TV. Lepas Arief tidor aku bantai plak makan rambutan like there's no tomorrow. Sedap tuh rambutan anak sekolah, mak mertua aku bawak dari Kelantan. End up bangun kol 4 pagi sakit perut. hampeh




Thursday, September 09, 2004

aloooo geng : sebelum kejadian

Betul2 kecik dunia nih. Aku selalu harap dapat jumpa Gejuis di alam nyata, doaku dimakbulkan Allah. sampai kat tempat kursus dah dekat 'loceng masuk' dah.. dok Kuantan kan, lewat bertolak pun rilek lagik. Lepas itu ini aku check in, mak aihhh bestnyer bilik, cam hotel siap fridge ngan TV, dalam kepala aku nih terbayang cam asrama BTN jer. Roomate aku lagik best, ingat cam camping jer hahahahaha

Aku nak masuk, dia nak keluar, jeng jeng jeng, dengan sopan santun aku kenalkan diri, "Angah dari Kuantan" dia tanya, "geng jurnal ke" aku masih sopan santun "ha'ah", dia kata "saya pun" aku kata serentak ngan dia "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" ilang kesopanan aku keh keh keh. Tu ler aku cakap dunia nih kecik, bukan jer se course, sebilik lagik. Dapat aku berkenalan ngan gejuis adk77 aka Kartini. Banyak jugak ketupat yang dianyam sepanjang 3 hari tuh.

Lagik best daripada awal bismillah sampai habis course kami sekumpulan, berlari berkejaran di tepi pantai pun habis bersama.. we are the lembapest.. at least we completed the course.


Semasa Kejadian

Banyak ler benda menarik sepanjang course tuh, banyak yang dah tini cerita dalam blog dia pun. Aku cuma nokok tambah ajinamoto bagi sedap jerlah ek. Masa penyelesaian masalah malam tuh, kira first activity ler, kami disuruh alih batang kayu, aku ngan konfidennya beri cadangan, shhhhhh..sebenarnya aku tertengok jawapan kat manual fasilitator tuh, sapa suruh tayang kan. :D

Haaaaa, public speaking, masa disuruh cari bahan kat library aku gi bantai baca blog. Apa kejadahnya yang nak dicarik untuk 5 minit masa bercakap. Aku pilih tajuk senang jer, komuniti maya. Cerita ceriti pasal dunia geng jurnal, dunia blog. Baik buat menda kita tau. Dalam bilik siap berlatih tuh eheh.
"boleh ke ngah guna bahasa camnih"
"boleh"
"Ok ke ngah aku guna isi nih"
"boleh"
"Topik aku nih boleh guna ke"
"boleh"

Aku yakin ngan kemampuan ko ler fren.

Masa malam lepas berlari-lari mak budak anak, berlatih lagik utk bahasa omputih plak. Aku lagi sekali amik yang senang, kol 8.30 nak present, kol 7.45 baru nak prepare, hampeh sungguh aku nih. Mujur hari2 bercakap depan student, tak ler debor sangat. Lagi sekali sesi promosi geng jurnal , kali nih oleh tini. Bravo...huh lega, the worst is over. Sok aku sambung lagik.


Thursday, August 26, 2004

Tangan ku lenguh, mataku berpinar, kepalaku sakit... dek menanda kertas periksa yang bertimbun. Adalah dalam 200 skrip darab ngan 5 - 6 pages.. pening makkk. Lepas nih nak masuk amrkah dalam sistem plak.. lagik penin.. tapi kenapa merungut, bukan ada orang paksa aku terima kerja ni dulu kan eheh..

Malam nih nak bawak eruna aku gi last jab dia. Patutnya sekali cucuk jer tapi Dr Na*ly kata pisahkanlah biar Arief tak demam, oklah...

Kuantan dah makin sibuk, depan rumah aku jadi parking lot yang besarrrrr.. semalam dah nampak banyak kereta kebal, tank, trak tentera lepak kat situ, pagi nih plak berpuluh bas sekolah parking untuk rehearsal perarakan merdeka. Memang gamat. Dah terasa bahang merdeka di sini. 29hb nih ada full rehearsal, aku nak tengok. Aku balik Klang ujung minggu nih hantar Arief. Nenek dia nak jaga seminggu. EBM stock dah mencukupi rasanya untuk bekal dia selama di Klang.

Tahniah untuk Puan Hayati dan Puan Sazanna yang selamat melahirkan baby. Dua2 baby girl. To Yati, welcome to motherhood. say goodbye to night sleep eheh.


Monday, August 23, 2004

Macam tak cukup masa 24 jam yang Allah beri pada aku..... hmmm have to think very deep on that. seem to lose my time management skills nowadays. Have to sharpen it once again. Enough grumbling. Banyak yang berlaku dalam amsa aku tak update blog nih. banyak sangat.

Hubby's grandfather

Atuk hubby aku meninggal dunia akibat barah usus 26hb 7 yang lepas. Dah hiospitalized about a week, then doctor pun dah tak leh buat apa..the family decided to bring him back to Pasir Mas.During midday dapat call. Abang dah bawak balik che' (panggilan kami. Aku balik, amik Arief dan bawak jumpa che'. So sad to see him holding Arief.. Arief pulak dok gelak2, capai2 janggut Tok Nyang dia. Che' sempat cakap "bulat gete anok mu nih Lin, tok sempak che' nok main nge cicik hok nih" since we knew he has but a little time left. The doc said ubat yang ada kat badan dia will last about 20 hours.I couldn't help myself from crying. Never had a chance of actually knowing my biological grandfathers.

Abang drove the whole family, che' and mok, my MIL, uncles and aunts to Pasir Mas. mujur van company my SIL ada. Around 8.30 pm that night, abang called. I just knew the news he was about to tell. Che' passed away peacefully after 10 minutes they arrived at Pasir Mas. I called my superior, took EL for the next day. Abang arrived home at about 6.00 am.

We (me, abang and his siblings)departed to Pasir Mas at noon after abang have well rested. Che' dah kebumi dah. Pergi untuk kenduri jer. Arrived petang dah. Sian kat Arief, such a long journey for him. Mujur tak banyak kerenah. The kenduri went well. The food was very simple. Plain beehoon and keropok with tea.

The next day, nak balik Kuantan dah, sempat singgah Rantau Panjang tengok2 tempat orang. Sempat jugak menyambar baju sehelai dua buat basahan. But one thing irritated me though.. I saw a big signboard saying "kawasan bebas cukai" but kena jugak cukai on our way out. 10% of every item purchased! banyak tuh!!! At least buatlah belian lebih dari jumlah tertentu baru kena ke.. Langkawi pun tak camnih. Balik Kuantan, sampai around 11pm.

Acute Tonsilitis

Minggu lepas. Masalah yang dah lama sangat aku alami. Sejak zaman anak dara sampailah zaman mak dara. Ada sensapa tau penawarnya? Aku MC 2 hari dek tonsil yang sakit melampau, sampai demam. Arief aku hantar ke pengasuh. Aku dok sensorang kat umah. Tido. Dia pun refuse direct nursing, agaknya sebab suhu badan aku panas. jadinya kena beri EBM kat dia. Tak perlah janji dia dapat susu.

On my precioussss Arief

Introduced bubur daging dan sayur kat dia. Suka sangat makan. Ibu kena bangun awal tiap pagi buat bubur. Takper. janji nenek tak komplen ibu malas eheh. Arief's diet nowadays, morning makan cereal, tengahari dan petang makan bubur, lewat petang makan pureed fruit or vege, all time fav would be carrot and apple. tapi semua small amount.. adalah 3-4 sudu sekali makan. Susu.. masih exclusively breastfed. EBM during daytime and direc nursing waktu malam.

A chance of a life time?

Dapat peluang masuk gomen. kena attend assessment. Tu aku tak risau.. kalau ada rezeki adalah.. yang tak best nak tinggal hubby anak nih. Selama nih bawak jer kalau gi outstation. yang nih tak boleh. will hantar him to his grandma this weekend. Beri peluang manja ngan nenek kat Klang pulak. Tak best jer rasa nak tinggal dia ish...

MERDEKA

Merdeka peringkat kebangsaan kat Kuantan tahun nih. Dekat sangat ngan rumah aku.. kalau jalan kaki tuh adalah 5 minit. Tengah buat persediaan dengan hebatnya...

- Jalan tutup - pepagi nak gi kerja amatlah seksanya.
- Naik signboard merdeka - best jugakler baca semangat patriotik
- Pintu Gerbang - sana sini ada... welcome to Kuantan
- Tanam pokok - uiks... semalam takde pun eheh
- Kibar bendera - kereta, bangunan, semer berbendera
- Cat-mengecat - cantik bangunan.. makkkkk batu nisan pun cat jugak?

terkejut badak aku tengok batu nisan perkuburan lama dekat Taman Esplanade tuh dicat semula. cam pelik plak rupanya.

Aku kat mana masa tuh ya? Aku kat Klang. depa tanya gak ngapa tak lepak Kuantan, bukan setiap tahun acara dibuat disini. Aku jawab.. aku selalu dah nengok masa dok KL. Aku rasa baik aku tegok depan TV sambil makan keropok, sambil main ngan anak. Apa.. kurang patriotik ke aku kalau tak berdiri tengah panas tengok perarakan?


Monday, August 09, 2004

Entry yang ringkasss

Hari yang menyenakkan perut. Lembaga Akreditasi Negara datang. Lepas berminggu menyiapkan dokumen sampai tak cukup tidur.. hari nilah menentukan segala. harap2 ok.

Aku nak cerita pengalaman masa gi Pasir Mas, Atuk hubby aku meninggal dunia 2 minggu lepas.. nantilah dulu.. tunggu aku boleh bernapas dengan aman dulu.... tarik napas.... hembus napas...

Aku dapat peluang untuk kerja ngan gomen, harap2 aku lepas second barrier nih. Amin.

Arief dah pandai maju kedepan, tengah angkat2 punggung, nak belajar merangkak agaknya.


Friday, July 23, 2004

Hari Jumaat yang rileks. Student gi jumpa dekan, aku lepak dalam opis surf internet, siapkan menda2 yang patut disiapkan. Sedang menikmati roti cicah ngan serawa durian. Member buat masa lunch break tadi. Tima kasih Liza... ko ler penyelamat ketika aku sedang kelaparan.

Updates on Arief. Alhamdulillah, dia dah gain weight semula. Dah terer meniarap & menelentang both sides, upah cirit birit kata nenek dia. Sekarang tengah nak master art of berenang kuak dada di daratan. Kena lapik toto sebesar alam atas lantai, kalau tak, jenuhler nak berperang ngan baju dia nanti. Food intake ok lah.. cuba ajar makan bubur ngan ikan, nak cuba ajar makan buah plak. Ingat nak bagi Gerber or Nestum jer tapi nenek dia plak... "apa malas sangat nak memasak untuk anak?" uhhhh pedas pedas pedas...

Berita paling best dalam minggu nih:

- Highway Pantai Timur akan dibuka pada 1hb 8 nih (apa ke skema sangat ayat aku nih), jadinya aku boleh balik Klang sokmo sokmo....

- Kuantan dah ada Famous Amos... yeahaaa..kat Megamall, tak payah aku beli stock bila balik central tetiap bulan. Aku tengah nunggu kot2 tokey dunkin donut nak bukak kedai kat sini. Oh ya, Star Buck pun dah ada kat sini.. tapi aku tak suka sangat pergi.


Thursday, July 15, 2004

"saya tak salahkan sesiapa, cuma saya amat terkilan" kata-kata seorang bapa yang baru kehilangan permata hatinya. Adik Nur Atikah Najwa..insan kecil yang dah lama menderita.. tak sempat dia menjalani pembedahan. Tak sedar mengalir air mata aku nengok berita malam tadi. Mungkin ini yang dinamakan naluri ibu. macam ayah dia, aku pun terkilan. Kalaulah bantuan kewangan yang diminta dapat disediakan lebih awal. Kalaulah pihak hospital dapat jalankan pembedahan dulu baru minta bayaran. Kalaulah duit negara terchenta ni dapat digunakan sedikit untuk kos bedah. Kalaulah.....

Damailah di sana,
di sisi penciptamu..
bidadari kecil syurga Allah.

Al-Fatihah


Wednesday, July 14, 2004

Bawak Arief for his monthly check-up. Berat Arief naik sikit sangat. aku tak terkejut sebab dua minggu kebelakangan nih arief kena cirit-birit dan muntah-muntah. Doctor ran some tests last couple of weeks just to make sure Arief tak kena gastroesophageal reflux (GER). The result was negative. he is free from the disease. Tapi episod muntah2 Arief tuh yang buat aku risau sebab dia dah 4 bulan lebih sekarang. Aku track back if anything I consumed might be the factor since Arief masih breastfed.. lepas tuh aku rasa aku dapat jawapannya, Arief alah bahan dalam biskut yang aku beri. So I stopped giving him the rusk. Now Arief cuma makan bubur kosong jer... hopefully he'll gain back the weight. He is 4.5 months old, weight 6.8 kilo (tambah 300g), lilit kepala 42.5cm, tinggi 66cm. Arief sekarang nampak tinggi... kurang bulatnya... sedih ibu walaupun doktor kata perkembangan Arief normal.

Sometimes I wonder why people talk behind our back. "you're busted my friend" I wish I could say that the other day.... but yeah.. don't wanna ruin my day. Lantaklah.. aku bukan cedera dengan cakap2 orang nih kan.

Some students are getting into my nerves, walaupun baru 2 minggu kelas mula.. I guess I need to be a bit strict this semester.

Malam nih pasar minggu nyeahahahaha.. tak payah masak, so boleh mandi lama2, main ngan arief lama2. rasa nak tengok mr.spidey mlm nih.


Monday, July 12, 2004

"tanggal 31 bulan 8 57, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah" yer merdeka, aku dah rasa bahangnya kemerdekaan tahun nih. Tiap pagi aku membahang sejak 3 minggu nih. kalau biasa aku keluar rumah pukul 7.30 untuk hantar Arief dan ke opis, sekarang aku kena keluar pukul 7.00 untuk rutin yang sama. Sebab apa? sebab satu2nya jalan utama ke bandar ditutup, diaorang tengah korek jalan berturap tu, susun batu bata untuk Merdeka Parade nanti. 3 lane jadi 2 lane, pehtu lepas 50 meter ada traffic light plak.. abih camno tak jem. Aku terpaksalah ikut bypass nak ke opis... kata sampai 10/7... ni dah 12/7. Tapi aku tak pelik memandangkan aku dok kat negara terchenta nih.

Emak aku buat suprise visit. Terkejut badak aku dengar orang beri salam Sabtu lepas. Seperti pernah ku dengar suara itu... sekali bukak pintu tengok emak, abang, kakak ipar ngan adik aku datang. best giler aku hujung minggu lepas. Rupanya baru balik shopping baju ngan langsir kat Tangkak. Dapat sehelai eheh.. thanks emak. Semalam bawak mereka tour Kuantan, makan keropok, gi pantai etc... Arief suka sangatlah ada orang belai sepanjang masa. Malam Ahad pun tido ngan nenek dia. Masa menyusu jer ngan aku.

Minggu ni semua kuliah bermula, hectic weeks ahead... setiap hari kelas pukul 8.30 sampai 5.30. Tapi buat apa aku merungut, aku yang pilih kerja nih kan.

Aku pergi Giant, ada promosi. Beli rumah dapat hadiah misteri, menarik... bayar RM 100 je untuk booking... lagi menarik, yang lain semer pemaju settle. Aku tengok rumah semi-D harga 108 ribu. Mentang-mentang aku cuma pakai track bottom, t-shirt lusuh ngan sandal bata, promoter nih approach aku terus terangkan specs rumah harga 75 ribu. Kurang asam betul. Bukan aku nak cakap aku nih banyak duit.. tapi kenapa kita selalu nilai orang dengan pakaiannya? Tapi memang begitu selalunya kan. Aku tak heran. Lenkali aku kena pakai cam mak datin gi kenduri kawin.




Thursday, July 08, 2004

Sekali lagi aku menyapu sawang. Tak per rumah aku *very lame excuse is it not?* So.. here goes the updates in random order.

Balik Klang 27/6 arituh sebab ada kursus kat Palm Garden IOI Resort Putrajaya on the 29th. Tinggalkan Arief ngan nenek dia. Call Ajak tanya arah. Terlepas simpang plak.. melilau kejap...malu jek. Patutnya kena stay sampai petang tapi sebab aku tak terlibat untuk sesi petang maka aku balik. Makan tengahari kat medan selera Precint 8. Sempatlah observe beberapa benda.... aku respect orang yang tinggal kat sana, mereka tahan panas. Aku rasa cam nak makan dalam kereta jer. Parking space amatlah kecik.. aku rasa pemandu amatur mesti seriklah... errr tak nak bagi aku parking ker (baca: kereta aku besar) Budak sekolah kat situ dah malas berjalan, mereka lebih suka meluncur (kasut beroda). Balik ikut Puchong. Fuhhh... jam giler. Sekali sekala terperangkap dalam kesesakan buat aku bersyukur aku dok kat Kuantan. Abang membebel ada dekat 2 bakul.. sian dia penat drive.

Selamat pengantin baru Rudy dan Insyirah... kita serupaaaaaa.. orang Selangor dapat orang Kelantan. Rudy, ko kena belajar kecek kelate. Insyirah plak kena belajar ngomong jowo. Ingatkan nak pergi tapi apakan daya, abang masuk pertandingan mancing sebelah pagi, jadi bertolak ke Klang sebelah petang. Terlikan gak sebab Bukit Changgang tuh aku biasa pergi.

Open Day tempat aku kerja nih berlangsung dengan jayanya... Alhamdulillah. Nak tengok masuk sini Tapi sayang, muka aku takdok pun huhuhuhu.. Gerai Jabatan Akademik dapat sambutan hangat particularly games corner. Ala- ala funfair gitu kan Kak Iza..

Semester dah bermula. Semester nih aku rasa cam orang lepas dendam kat aku jer keh keh keh. Aku kena ngajar 26 jam seminggu. Tu diaaaaa ntah sempat bernapas ntah tidak. Aku anggap sebagai rezeki anak. Boleh claim extra teaching hours 4 jam. dapatlah dalam RM 500 extra sebulan.

Ujung minggu lepas aku enjoy betul tengok TV. Malaysian Idol mmg best. Bersungguh2 betul mereka nih nak jadi penyanyi ek....

situasi 1
"saya nak ubah nasib keluarga, adik beradik saya ramai" - nak glamer kot, kerja lain tak boleh ubah nasib keluarga ke?

situasi 2
"my daughter has an amazing talent" (lepas anak menari erotic gilerr) - ha'ah talent sangat ler tuh...

situasi 3
"kenapa mereka tak terima aku? hok bungo2 atah pala tuh bangkali dapak" (lepas tuh terjah masuk bilik tak puas hati) - mak aihhh cam gangster, buat malu kaum jer.

situasi 4
"ayang nak tengok, tengok jerlah.. takyah komen, dah mereka minat nak masuk nak buat camner. lain orang lain ler priority" - kata hubby aku lepas aku gelak guling2 sampai Arief tengok semacam kat ibu dia.

Tengok jugak siaran ulangan Pesta Filem Malaysia. Bukan senang nak tengok bini menteri tergedik2 menari atas pentas. Tapi benda2 nih bukan pelik kat negara terchenta nih kan. Aku nak propose satu rancangan TV terbaru. 'Malaysia believe it or not' banyak cerita boleh dimuatkan selain cerita bini menteri... antaranya

1. Jalan besar jambatan kecik
2. Anak rak kasut
3. My kid - perhiasan terkini dompet
4. "Wira-wira Negara"

Ada mana2 stesen TV nak beli idea aku?

Soalan yang aku dapat masa first class semalam "Puan boleh tak ngajar guna Bahasa Melayu?" aku jawab "awak salah kelas ke?"

Arief dah banyak pengetahuan baru, dah boleh meniarap dan pegang botol sendiri. Dah start taking solid, aku mula ngan biskut milna minggu lepas, minggu nih start bagi bubur+ikan bilis+sayur. nampak cam dia suka.Bangun awal skang nih, sebab kena blend beras sebelum buat bubur, punya semangat takmo bagi dia makan nestum. Tapi masih tak nak susu formula... memerah lagik ler. Tak per, aku mmg plan nak breastfeed selama mungkin.


Wednesday, June 23, 2004

Puking it all out

They never fail to make me laugh. Watched the news last night over dinner, cant stop laughing to see these two called 'heroes' receiving present from Pak Lah. Do they have to wear those baju melayu songket pengantin.. LOL. Pak Lah himself was in batik attire.

Personally, I can't accept the title 'heroes' given to them. Come on.. they were sponsored... RM 1.5 mil if I'm not mistaken. Hero is for those who are willing to sacrify themselves for others' sake. Organ donators are heroes. RM 1.5 mil... my goodness, could be better if the money was channeled to charity, say helping those kids with liver problem to undergo surgery they badly need just to stay alive. RM 1.5 mil just to send two healthy man to the other part of the world is heroic they say... BAH!! I'm not laughing at the moment.

Was still watching the news on the upcoming liver transplant surgery (can't recall that child's name) Once I thought, having an insurance policy means my child will be on the safe side. I thought wrong. Turn out that any critical illness that occurs within 2 years from birth is not covered by the policy. I felt cheated! might as well buy the policy when Arief turns two! But recently I heard of a policy which covers both expecting mother and her unborn child until the baby turns two. Good investment I guess. I'll keep that in mind when planning for the second one. Not in the near future though.

Read a newspaper this morning. How could they leave that baby? without any clothes on. Those people should be thrown into a tiger's cage for all I care. Crazy people.. how can they live with that?

Audition sucks. Enough said.


Monday, June 21, 2004

Korang tau tak jenang (dodol) kerasik? kalau dodol guna tepung pulut,jenang kerasik atau sesetengah tempat panggil wajik sirat pakai pulut yang dikisar. Jenang nih makanan tradisional masyarakat Jawa, hmmm agaknya rumah rudy minggu nih ada tak kuih nih ek?

Entry nih untuk Andin yang kepingin buat sendiri jenang kerasik nih aku sengaja post kat sini, mana tau ada insan lain yang nak rasa sama. Sukatan bahan-bahan dibawah nih masih tradisional, ikut cara emak aku sukat. Ni yang basic, kalau nak tambah atau kurangkan sukatan, pandai2 sendirilah ek.

Bahan-bahan

2 kilo beras pulut
3/4 kilo gula pasir
1 paket gula merah (paket standard dikedai)
sedikit kapur makan
5 biji kelapa

Cara menyediakan

1. Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan (jangan direndam)

2. Gaulkan beras pulut dengan sedikit kapur (warnanya akan bertukar sedikit kuning)

3. Beras pulut tu kemudiannya digoreng tanpa minyak (4 -5 kali gorengan) sehingga keperangan.

4. Setelah sejuk (selepas 4-5 jam)kisarkan beras pulut tuh, jangan halus sangat, cukup sekadar hancur.

5. Parut kelapa dan dapatkan santan pekat mengikut nisbah berikut: air (1 setengah bekas aiskrim warna putih) untuk dapatkan santan sebanyak 3 bekas.(resepi nih tak perlukan santan cair)

6. Panaskan santan, masukkan gula merah dan gula pasir, masak hingga gula larut dan minyak pecah sedikit.

7. Masukkan beras pulut yang telah dikisar tadi dan gaul hingga sebati, tunggu dalam 5-10 minit dan boleh diangkat. (masa tak terlalu lama sebab beras pulut dah sedia masak)

8. Sediakan dulang berlapik daun pisang, masukkan jenanag tadi dan tekan padat.

9. bila sejuk, potong dan sedia dihidang.

Jenang nih boleh tahan selama 3-4 hari dalam suhu bilik dan lebih seminggu dalam peti sejuk.

So Andin, trylah buat.. good luck..


jangan kacau, aku tengah menyapu habuk dan sawang di blog nih...mak aihh banyaknyer.. uhuk! uhuk! uhuk! habuk masuk tekak.
-
-
-
-
-
-
-

okeh dah bersih.

Minggu yang menjanjikan kesibukan untuk aku dan staf lain. Hujung minggu nih ada Open Day dan aku kena jadi MC untuk 3 majlis. CEO Talk, Ceramah Motivasi dan Ceramah Kecemerlangan Pelajar. Lagi satu, kena handle pertandingan membaca bahasa Inggeris. Kenapa.. tak percaya? Ingat senang ke nak membaca ngan sebutan, tanda baca dan intonasi yang betul.

Hari Bapa semalam, yang pertama buat abang, aku bagi aku hadiah kecik jer kat dia.

Hujung minggu yang memenatkan. Sarapan kat luar, ermmm yang nih tak penat. Masak kari ayam untuk makan tengahari dan spring clean the house after that sampai dekat maghrib. Arief ngan ibu dia cuma untuk menyusu, dia lepak ngan tuk ayah dia, ngan pak usu dia, ngan pak cik dia. Sebelah malam aku flat... penat seh..

Akan balik Klang hari Ahad nih memandangkan aku ada kursus di Putrajaya the week after. sambil menyelam minum air, sambil berkursus boleh balik kampung. Mujur NKVE dah bukak semula, tak payah ler aku musing ikut federal highway ker, manyasau ikut sungai buluh ke.. melajak ikut kesas ke...leceh.

Dialog demam Euro 2004,

"Ayang, pukul 2.00 pagi nanti kejutkan abang, nak tengok Portugal lawan Sepanyol"

Aku? kejutkan dia untuk tengok bola?

"boleh....... boleh blah" *dalam nada tidak derhaka*

Pukul 2.15 pagi - Arief bangun menyusu

"abang, bangun... bangun ler kata nak tengok bola"

isteri mithali ke aku?


Thursday, June 10, 2004

Berita Tertangguh

Cerita Hujung Minggu

Adik ipar aku balik hanimun kat Cameron Highland. Rumah aku penuh ngan sayur dan bunga segar. Paling aku suka, teh perasa mangga... heaven..

Abang pergi pertandingan memancing kat Kemaman. Balik sebelah petang dengan mesin basuh samsung. Rezeki Arief kata abang... dapat nombor 2. Tak sesia aku kejutkan abang seawal 5 pagi eheh.

Selamat pengantin baru:

1. Siti Zuhairah Jusuh dan Mohd Rohaisyam Ibrahim
2. Haslinda Saad dan Syaiful Anam
3. Azizah Majid dan Abdul Razak

semoga dipanjangkan jodoh, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Arief kena cucuk... tapi hero cam biasa.. rilek je, cuma jerit terkejut. Weight gain pun ok. Tangan ibu makin cepat surrender bila dukung Arief. Minggu ni pulak kena mild cold. Perkembangan lain, Arief dah meniarap sekejap2. Puting botol pun dia dah boleh terima (lepas try berbagai jenama), asalkan isinya susu ibu. Masih adjust slowly untuk arief cuba formula... cuak jer muka bila ibu cuba beri.

Cerita Tengah Minggu

Aku ngan kak iza ditugaskan dalam batalion yang sama untuk Open Day tempat aku carik rezeki nih. Rasa cam sekolah memengah plak ada open day. Tak kisahlah.. janji kerja jalan.

Ujung bulan nih kena gi bengkel kecantikanpengajaran kat UPM. Malasnyer rasa. First time nak tinggal anak nih..tak best sungguh.

Jalan-jalan carik makan, aku gi makan claypot chicken rice with mushroom kat Giant, gi beli ice blend kat Star Buck yang baru bukak kat Kuantan nih.. pehhh best jer rasa. Malam plak gi pasar malam beli tau fu fa ngan steamboat pasar malam style.. So semalam angah makan baiiikkkkk punya.

Aku nak ke taklimat akademik pelajar baru dulu.. chow




Friday, June 04, 2004

Tima kasih kak iza, buatkan wallpaper tuh.. cantik.

Malam tadi aku terlebih rajin, masak ikan bawal masam manis ngan kailan ikan masin.

I found a poem, an erotic one.

Before Life

You are tired
You always are
when we finish.
I can't sleep, as usual,
so I turn and, hanging my feetfrom the side
of the bed,place
my head on your flat stomach
and jusr feel you sleep, feel
you breathe. I wll do this
every night for the next
nine months,
and while I won't be sure
for three more weeks
I know I hear,
I feel two hearts,
two breaths


Jesse A. Minneman

Love for a wife and an unborn child. Greatest love one can offer is it not?


Wednesday, June 02, 2004

Ceritera Hujung Minggu

Hari Jumaat lepas aku balik klang, adik mak aku buat kenduri kahwin anak dia. Cadangnya nak bertolak lepas zuhur tapi kensel sebab aku ngan abang memasing banyak urusan yang belum selesai. Itu ini begitu begini, lepas isyak baru bertolak. Arief dah tidur pun masa tu. MasyaAllah, punyalah mengantuk.. rasa nak check in je kat Seri Malaysia Temerloh, tapi tak jadi. Last2 tido kat tol Bentong dekat 2 jam, aku sampai kat laman rumah mak pukul 5 pagi. Mujur Arief tak buat hal, bangun 3 kali untuk menyusu. Abang kata masuk pit hehehe..

Hari Sabtu tuh aku gi lewat kat umah Uteh. Orang dah ramai rewang dah. Adik aku tengah sibuk tolong Ipah (sepupu aku) siapkan hantaran, nikah lepas Asar. Aku pun nolong sama ler, Arief dok ngan nenek dia sepanjang hari, bila nak menyusu jer aku amik. Biarlah hilang rindu nenek dia. Abang pulak amik kesempatan gi Kelana Jaya, ada pameran memancing kat bangunan Nan Yang Siang Pau.

Lepas Asar, alhamdulillah, dengan sekali lafaz selamat sepupu aku jadi isteri orang. Tahniah Siti Arifah dan Nur Nikman, sampai juga cita2 untuk jadi suami isteri. Lepas majlis makan2 dan tukar2 hantaran aku pun megundur diri ler balik rumah. Sebelah malam aku tak ke rumah Ipah sbb Arief dah cuak dah. So lepak jer kat umah.

Ahad, aku jadi camera woman untuk setengah jam. Arief takmo ikut orang, mungkin rimas ramai sangat orang kot. Jadinya aku cuma lepak dalam rumah jerlah. sekali sekala keluar menjenguk keadaan, jumpa saudara mara. Ipah ngan Nikman melayan tetamu jer hari nih sbb mereka tak bersanding. Pakai serba purple cam aku dulu. Panas pulak hari ahad tuh, kesian pengantin panassss. Takperlah Ipah oii.. sekali seumur hidup apa salahnya kan.

Isnin, ingat nak balik ke Kuantan tapi aku plak tak berapa sihat. Semacam jer aku rasa, berpusing2 kepala. Cam food poisoning jer. jadi pi klinik amik ubat, dapat MC 2 hari. Adalah hikmahnya tuh, boleh nenek manja ngan Arief 2 hari lagi. Nikman ngan Ayop berulang alik hantar pinggan mangkuk, periuk belanga ke rumah aku. Apa lagik ihiks.. merah telinga le menahan usik gurau sepupu2 baru. Rileklah ek.. Ipah tuh pun 2x5 jer kalau bergurau.

Selasa, balik Kuantan. Perjalanan yang biasanya ambil masa 4 ke 5 jam jadi 7 jam disebabkan aku pening. Mujur anak mibu tak buat perangai kan. Dok diam jer, tido sepanjang perjalanan. Tapi malam tadi pulak... julung2 kalinya Arief buat konsert. Penat agaknya dalam perjalanan. Pukul 12 lebih baru dia dapat tidur. Sepanjang malam ok plak dia.. lega...

Hari nih aku datang kerja separuh sedar... masih penat. Nak tido jer kat opis boley?

Apapun, untuk Siti Arifah Ahmad Safari dan suami, Nur Nikman Mohsin, selamat melalui gerbang perkahwinan, semoga kekal ke hujung usia. Kak Lin, Abang Lan dan baby Arief doakan kekal jodoh, dapat anak yang soleh/solehah insyaallah.


Thursday, May 27, 2004

Hari ni aku rasa cam nak membunuh melempang orang.


Wednesday, May 26, 2004

Saman

Aku check saman dalam sistem PDRM, yang aku tau aku ada 2 saman, itupun saman ekor... itupun masa abang bawak keter aku. Akupun check ler.. mak aihhhh ada 7 saman dan salah satunya ada waran. Tu diaaaa... semer masa abang bawak keter tu travel back and forth dalam aku berpantang. Kena settle jugaklah memandangkan roadtax dah nak kiok.

Kalau 7 saman darab ngan RM 300 maknanya aku kena bayar RM 2100, mana nak korek duit ek.. akupun angkat tepon, buat panggilan ke Bu**t A**n KL.. "hello uncle.. angah kena saman ler.. bla bla bla". Setengah jam kemudian aku dapat call, "girl mai sini bayaq RM 400 ja utk suma saman tuh, yang waran tuh uncle dah settle dah, lenkali bawak keta pelan2 sikit" Aku pun kata "thanx uncle, ur the best". Dia kata "ya laaa.. best kalu ada saman jer lah" *the conversation went on and on*

Memang teruk hubby aku bab memandu nih.. kena bagi amaran lepas nih, bawak slow2 sket. Takpun bawak keter yang kureng sket power dia boley?


Ceritera..

Perasan tak kat negara terchenta nih, kalau timbul jer satu kes, maka kes yang sama akan berlumba2 timbul. Kecoh se-Malaya... dulu kes buang bayi, hari2 orang buang bayi. Pehtu kes bohsia, macam berjuta jer bohsia, kes black metal plak, lepas pada tuh kes rogol dan bunuh... hari2 ada jer mangsa terbaru, ni kes dera pembantu rumah plak... dah 2 back to back.. aku nak nunggu kalau ada pulak lagi timbul lepas nih.

Yang lagi best tuh plak, kes2 nih semua timbul sekejap jer... sana sini orang bercerita, penuh dada akhbar, memacam jawatankuasa dibentuk, lepas tuh senyap sunyi.. sesunyi kuburan diwaktu malam. Macam tak pernah wujud langsung kes2 tuh. Dah jadi satu fenomena biasa kan..

Yang terlebih best plak... pertembungan (tak bertembung?) antara civil law ngan syariah law. Pramugara yang terlampau tuh dibicarakan sebab buat VCD untuk pasaran, ngapa tak dibicarakan sebab berzina? Kes perempuan tuh plak... ngapa takde tindakan atas teman serumah yang sah2 dah bersekedudukan ngan lelaki bukan muhrim.. Aku amik yang positif ler.. mungkin lepas nih kot..

Kenapa tetiba aku mikir benda2 nih ek? mungkin otakku terkentut lagi.


Tuesday, May 25, 2004

You are my one and only love
and you're my best friend too
and so I want to let you know
my heart belongs to you

The only thing I wanted
was to spend my life with you
happy in the knowledge
that the love we'd found was true



Dah 2 tahun rupanya.... alhamdulillah. Semakin bermakna rasanya ikatan ini dengan kehadiran permata hati kami, Muhammad Mifdzal Arief... Doakan kebahagiaan kami hingga ke akhirnya...

Selamat ulangtahun perkahwinan juga untuk

spyz - 7 tahun
Engku - 5 tahun

Saturday, May 22, 2004

Ribut
Semalam hujan lebat disertai ribut kat Kuantan nih, lama tak hujan, sekali hujan ambik ko... pokok buluh dekat ngan rumah aku pun tumbang, padahal pokok buluh setau akulah, pokok yang imun ribut.

Baca dan tengok berita pasal penderaan pembantu rumah, kejam sungguhlah majikan tu. Dan macam biasalah, banyak pihak yang keluarkan pendapat dan cadangan suruh buat itu dan ini, pihak tu tuding jari ke pihak ni, tapi kenapa takde pihak yang mulutnya tertutup tapi aktif menyelesaikan masalah. Ni banyaknya tong kosong.... bunyi jer kuat tapi takde isi.

dia cakap :"sepatutnya pembantu rumah tu bagitau agensi yang dia didera"
aku cakap :nak bagitau camne? jerit dari rumah tu ke. Patutnya agensi kenalah pantau majikan dan pekerja dari semasa ke semasa.. ni banyaknya lepas tangan.

dia cakap : "it's just an isolated case"
aku cakap : setiap kali jadi... isolated case. kalau campur semer2 isolated lagi ke?

dia cakap : "kalau didapati bersalah kita akan hukum setimpal, penjara # tahun"
aku cakap : setimpal ke penjara? kalau ikut amarah aku, dera dia balik camne dia dera pembantu tuh.

Pastu baca pasal kes Noritta pulak, makin nak cari kebenaran, nak buktikan sapa yang bersalah, makin tersingkap pulak aib si mati... ni ke petunjuk yang Allah beri pada kita? Nauzubillah, jauhkanlah aku dari perbuatan yang sia2.


Rencam

Esok abang ada meeting teknikal Persatuan Berbasikal Pahang kat Seri Malaysia Temerloh. Rasa nak ikut, tapi mmikir yang buah hati aku tuh kecik lagi, tak payahlah.. dok kat rumah jerlah.

Cari hadiah yang sesuai untuk abang for our second anniversary, but couldn't anything that is suitable for him. Aku tau dia lama dah mengidam nak beli joran untuk laut dalam.. maybe I'll get him just that.

Yesterday we went shopping for Arief. Where? Giant depan rumah jer. Got him few bajus and seluar, and a month stock of diapers. Ibu dapat bedak compact jer, tu pun sebab dah habis :) Itulah pertama kali bawa Arief berjalan sejak dia lahir... memang tak pernah pergi memana sebelum nih. Mujur well-behaved, good boy.


Tuesday, May 18, 2004

Tengah sibuk update file untuk Lembaga Akreditasi Negara (LAN), pening nak sort semua dokumen yang ada, nak reproduce dokumen yang dah misplaced, nak ingat balik benda apa yang diajar untuk direkodkan. Pelan-pelan angah, nanti siap jugak kerja.

Aku dah upload gambar Arief, selebihnya nantilah. Baru tau berkongsi nama ngan anak kak nectar dan spyz. Dia dah cuba2 nak mengiring. Perkembangan barulah tu. Alhamdulillah dia tak demam lepas kena suntik tempohari, weight gain pun ok, dekat 6 kilo dah. Bebaru nih aku risau kot2 dia kena reflux, tapi lepas check-up, Arief is just a 'happy spitter', term yang digunakan untuk baby yang suka sangat jeluak (muntah).


Betul2 ke faham?

Aku tak boleh kata aku faham perasaan seseorang kalau dia dilanda musibah, sedangkan aku sendiri tak pernah berhadapan ngan musibah tu. Walaupun niat aku ialah untuk console dia. But I can offer my shoulder to cry on. I can lend my ears to listen. So you can count on me dear friends.

Aku ingat masa arwah ayah aku meninggal dulu, aku sedih tapi dalam masa yang sama aku lega sebab arwah dah tak perlu lagi terlantar di katil menanggung sakit akibat gout. Sahabat datang mengucap takziah, aku terima... tapi kalau mereka kata mereka faham perasaan aku, bohong! jangan kata faham kalau sendiri tak pernah merasa kehilangan tempat bergantung.

Sahabat baik aku dan keluarganya diduga musibah angkara manusia tak berhati perut. Aku takkan kata aku faham perasaan dia, aku cuma akan kata... bersabarlah, tabahkan hati, aku sentiasa ada untuk menyokong Insyaallah.


Monday, May 17, 2004

Orang lain ada fotopages, aku pun kena ada, kalau tak aku akan jeles... aku pun mendaftarkan diri. Terima kasih lah kawan, atas bantuan menglinkkannya ke journal nih. Aku nih rabun IT, benda2 camnih kena mintak tolong. Jadi kalau nak tengok koleksi gegambo aku, bolehlah klik kat link ALBUM kat sebelah kiri tuh.

Abang ditugaskan ke SUKMA di N9. Kena lapor diri 24hb 5 nih. Kalau dia betul pergi, tinggallah aku berdua beranak kat umah. Hopefully abang tak pergilah sekali nih... aku masih belajar adjust schedule dan rutin harian.

Adik aku dah naik pangkat. Tahniah Ita... sekarang nih dah jadi Pengurus Restoran KFC. Lepas nih boleh Kak Lin ngan Arief serbu eheh.. bawak balik voucher ngan kupon bebanyak ek.

Adik ipar aku selamat melangsungkan perkahwinan pada 22hb Februari yang lepas, seminggu sebelum aku bersalin. Dah rezeki mereka suami isteri kan, bulan 11 nih Arief akan dapat sepupu.

Selamat Hari Guru
Aku masih ingat aku pernah senaraikan guru yang paling aku sayang dan guru yang paling aku benci.. dalam entry aku tahun lepas. Selamat hari guru untuk warga pendidik. Sebelah family mak aku, memang ramai guru. Aku pun boleh kira cikgu jugaklah... so selamat hari guru untuk aku jugak.



Aku suka ngan subject matter poem nih...

Where Can You Find Your Future?

The future is a polaroid
picture sitting in your palm
waiting to develop

Some have the choice
of smudging it with their fingers
or preserving it with their eyes

Some wait so long
and fill up with anticipation
just to find it isn't what they want

It is but a black sheet
of nothing
but wasted anticipation

Jessie Marie Burkholder
taken from : The Color of Life


The poem portrays human responsibility towards his/her own future. That human cannot simply sit and hope for better things to roll up to his/her lap.


Thursday, May 13, 2004

Hari Ibu

Abang belanja aku makan sempena hari ibu. Thanx a lot abang. Aku call emak wish her selamat hari ibu. Memang betul yang diperkatakan orang, bila kita dah jadi ibu, kita akan lebih hormat, lebih memahami dan lebih sayang pada ibu kita sendiri.. sebab kita dah mula merasai pengalaman menjadi ibu. I always cherish every moment I spend with her.

Kerja... kerja...kerja

Awal bulan depan kena menghadiri bengkel pengajaran kat UPM untuk 2-3 hari. Ni yang tak best nih sebab kena tinggalkan Arief kat pengasuh. Another alternative would be, bawak dia hujung bulan nih balik Klang since sepupu aku nak kawin, tinggalkan dia ngan nenek dia kat Klang dan amik semula lepas aku abis bengkel. Tak bestnyerlah..hmmmm

Bila aku mula bekerja nih, makin ramai pulak staff yang hamil, kejap aku kira.. 11 orang semuanya. Kalau campur yang dah bersalin sejak bulan Januari... ada 15 orang semuanya termasuk aku. Untuk organisasi kecil yang stafnya cuma 100 orang nih, ramai jugakler tuh kan.. majoriti anak sulung... selamatler semer ek... 'mengquote' kata member aku yang kerja kat admin & finance.. bankrup thn nih bayar bil sepital.

Rencam

Kena beli baju Arief lagi. Baju yang ada tak cukup nak menampung keperluan pemakaian dia (ada ke ayat camnih eheh). Beli kat mana? kat Giant depan rumah aku ler, beli yang memurah jer buat basahan.

Kuantan sekarang nih agak panas, tapi alhamdulillah semalam hujan lebat. sejuklah sikit. Kebakaran kat area Pekan tuh pun dah terkawal rasanya. Nak jenjalan pun mikir 2 3 kali sebab panas kan..

wkdin ada ajak ke KLD ujung minggu nih, tapi tuh lah, rasanya tak dapatler nak meronggeng ngan gengjurnal. Selain masa suntuk, aku pun kalau boleh malas nak bawak Arief jalan jauh. Lain kali aku akan tunjuk muka kat memana program GJ. Bila plak nak ke Pantai Timur ya? Tuan Presiden tolong jawab.

Petang semalam aku masak nasik dagang, memandangkan ikan aya/tongkol dah 2 hari terletak dalam peti ais. Makan malam ngan nasi dagang ehehe.. tak dibuat orang. Pak mertua aku plak beli durian dan semestinya nak makan pulut durian.. So buatkanlah jugak. Aku memang tak makan. Tak reti nak makan. Lepas isyak aku pergi tempah baju pulak. Dalam pada aku buat semua nih, Arief dok lepak dalam cot dia, tido.. cuma bangun 2 kali untuk menyusu. Good boy.

25hb 5 ni ulangtahun perkahwinan aku yang kedua. Tahun lepas aku pergi Tioman. Tahun nih tak kemana2 rasanya. Tapi apa nak beri abang ek? Ada gejuis lain yang sambut sama ngan aku, spyz ngan engku.... ada lagi nak join the crowd?
p/s : spyz.. bila nak double date celebrate anniversary? Aku balik central 28hb nih.


Tuesday, May 11, 2004

Balik kerja semalam, ambil Arief. Sedu sedannya masih berbaki masa aku sampai. Ye lah hari pertama berenggang ngan ibu, hari pertama tak menyusu badan. Kesian Arief. Nak buat camne, kena biasakan diri jugakler.

Pagi nih aku hantar dia lewat ke pengasuh sebab tengok dia lena sungguh tidur, tak sampai hati nak kejut. Akibatnya punch card aku warna merah ler. Esok kena kejam sikit ler gamaknya, kena keluar rumah on time jugak.

Hari ni juga ulangtahun kelahiran mak aku yang ke 53. Selamat Harijadi mak.. sayaaaaaaaaaaaaaaaang mak. Aku sempat tinggalkan hadiah masa nak balik ke sini. Kakak ipar aku tolong berikan harini. Harap mak sukalah.

Cerita dalam Pantang

Masa dalam pantang.... benda paling menarik berlaku masa pilihanrayalah. Masa tu hari yang ke 22. Pertama kali aku mengundi, pergi ngan emak. Yang bestnya, kereta B* amik kat umah... sampai kat pusat pembuangan undi, aku ngan emak dapat potong barisan yang berjela2 tuh.. ehehehe.. tak sampai sejam aku dah sampai ke rumah semula.

Pertama kali juga pakai bengkung yang panjangnya Ya Allah.... memang panjang sungguh. Hujung sana kat kat jeriji tingkap dan dan hujung sini belit kat perut. Tapi tak dinafikan ler memang berkesan mengawal excess bagage kat perut. Pakai param, pilis, bertungku, mandi air serum (campuran daun2 yang direbus).. semuanya pengalaman baru. Nak sihat... ikutkan jugak er. Cuma satu yang buat aku tak sabar nak abis pantang 44 hari tuh. Aku ni kuat minum, masa dalam pantang kena kurangkan minum sebab nak cepat baik, jadinya cam serba tak kena ler. Dan benda petama yang aku buat pada hari ke 45 lepas bersalin ialah, minum air sebanyak2nya.

Abang berulang dari Kuantan ke Klang dalam 2 minggu sekali. Memandangkan dia suka memancing dan kebetulan plak kat Kuantan masa tuh tengah musim ikan gelama dan senangin masuk kuala, jadi aku dapat makan ikan yang fresh setiap kali abang balik.. ikan pancing tuh.

Masyarakat jawa, seperti yang aku pernah tulis dulu, masih berpegang teguh pada adat, at least kat tempat aku nih ler. Jadi adat MUYI (teMU baYI) masih diamalkan, dan biasanya ada jer buah tangan yang dibawa untuk bayi, sekarang nih pakat bagi duit jer. Jadi, aku tak de kesempatan sangat nak melelapkan mata masa siang walaupun mengantuk giler, sebab ada jer yang datang melawat. Mak aku ramai kenalan, dan kalau orang tau jer ada baby baru kat kampung, mereka pakat2 datang tengok. Tapi seronok ler sebab kita tau orang masih ambil peduli.

Apa lagik nak citer ek? nantilah esok ke lusa ke..


Monday, May 10, 2004

Angah's online jurnal bangun dari tidur

First day kerja lepas 3 bulan bercuti. After working here for almost 3 years, the long holiday I took seems well-spent. Apa nak update lepas 3 bulan menjeruk blog ek... One step at a time..

I'm now a mother.
Arief dah dua bulan lebih, alhamdulillah setakat ni taklah meragam sangat, balik ke Kuantan bebaru nih demam, bertukar tempat agaknya. Hari ni pun first time tinggalkan dia kat pengasuh, rasa lain macam pulak since Arief menyusu badan. So aktiviti rutin aku sekarang ialah memerah susu.

Ingat nak citer jugak pengalaman masa labour, masa dalam pantang.. tapi rasa malas pulak sebab benda biasa yang kebanyakan orang tahu kan.. cuma aku ni bernasib baik sebab mak aku bidan, jadinya penjagaan tuh special ler sket kan. Skang nih nak menghabiskan pantang 100 hari. Hopefully sabar ler aku nih.

Kenduri kesyukuran dan cukur rambut berserta aqiqah Arief dibuat masa umur dia sebulan. Memandangkan dia tuh cucu sulung sebelah family aku, maka berduyunler sedara mara yang datang. Tapi aku rasa sedih jugak sebab Arief tak de peluang nak kenal atuknya.

Gambar-gambar Arief ada dalam kamera, langsung tak bercuci lagi. Nantilah ada kerajinan datang menjenguk, aku uploadkan. Muka dia cam muka bapak dia, rambut jer ikut aku, lurus.

Nak ucap tahniah juga pada 2 coursemate aku kat U dulu yang dah selamat menjadi ibu juga, selang 2 minggu ngan aku. Welcome to the club. Irmy Umaira and Arith Arman... anti boleh kawan ngan Arief ek..

Workwise, memandangkan student hanya akan masuk semula penghujung bulan 6, maka aku cuma akan buat desk work jerlah 2 bulan nih. Lega jugak sebabnya boleh gunakan masa kat ofis untuk rehatkan badan ehehe.. cengkelat punya ibu.

Aku masih nak dapatkan balik momentum aku untuk bekerja nih.. cam blur jer melangkah masuk opis.... chow


Monday, March 01, 2004

Baby Boy


Its a Baby Boy

Angah selamat melahirkan Muhammad Mifdzal Arief bin Mazlan pada jam 1.10 tengah hari 29 Februari 2004 di HTAR, Klang. Alhamdulillah! Angah dan Baby Mifdzal (3.4kg) sihat.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Terima kasih juga kepada semua yang ucapkan tahniah samada melalui telefon, sms, dan di sini. Thanks!..

Angah nak ajak semua GJ dan sesiapa saja yang mengenali angah untuk datang ke kenduri kesyukuran dan juga majlis bercukur pada 3/04/04 selepas maghrib insya Allah di rumah angah seperti alamat berikut;

Jalan Benteng Lama Kanan
Kampung Tok Muda
Kapar
Klang


Tahniah juga buat elin yang juga selamat melahirkan baby boy


Friday, January 30, 2004

Last day of working, I'm taking an early leave.. about a week from my due date, go back to my hometown tomorrow. So Angah's online journal might be collecting dust for some times eheh... but then, I'll try to update it, it's not a promise though.

Sister's in law wedding is scheduled on 22nd February.. I wont be here to help her with the preparation and what not. Wish things will turn out oklah..

Father in law has gone back to Kubang Kerian, 2 ekor lembu akan tumbang tahun nih, alhamdulillah. I remember celebrating Raya Haji with abang's family in Kubang Kerian last year, first time for me.. I mean, I never actually celebrate Raya Haji in my hometown... no masak2, no visits snd sorts... it's just sembahyang raya.... continue with daily routine. In Kelantan, I experienced something new, whole family will gather, masak2, makan2 then jalan2, just like Aidil Fitri.

Ayah told me Che' and Mok (abang's grandparents) want to see me... in 'this form' eheh... it's a big news overthere... Che' is the eldest son, do does ayah and abang... my yet to be born son is the family's fourth generation... of anak sulung lelaki kepada anak sulung lelaki.... and I'm grateful for having the chance to make the family happy....so to say. Might be going back to Kelantan in May... insyaallah.

So... Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.... selamat bercuti.... Angah's online jurnal menutup tirai sementara waktu.. sampai terjumpa mana2 pc yang menganggur.. Pray for our safety, both me and my baby..... Assalammualaikum..


Wednesday, January 28, 2004

Almost 2 weeks without a single entry posted here... not that I lose my interest in writing, just that, I have nothing to write about apart from everyday routine.

Spent 4 days of CNY holiday at home. Went to a friend wedding. Thought of travelling to nearest tourism destination, Cherating, but we cancelled the plan. Abang had much work to finished. He received a letter from MNCF, appointing him as a commissaire for this year Le Tour De Langkawi, last year he was Judge 2. had to decline the appointment since I'm about to 'burst' in less than 2 weeks. But I assume he'll go to the 9th stage - Genting Highland.

I admit, I miss the fun. Been in the race for 3 years and had to say googbye since last year, makes me ache to join it again. But yeah... who says you can win them all... 2001 LTDL brought us together... he was, as usual one of the judges, and I was with the cavalcade team..... met a few times.. got engaged 2 months later.... the rest are known....nice memory kan abang eheh...

Workwise, last week working. Alhamdulillah, I've finished all my work. Going back to Klang this Saturday for Raya Haji and 'tunggu hari' and the ultimate confinement period..... I shall miss my favourite food huhuhu... kena hentam semua sebelum tu hehehe...

I received a parcel the other day, from a dear friend of mine. A book entitled 'The Colors of Life' published by The International Library of Poetry It's a compilation of poems submitted to the publisher for a competition held in Washington D.C. My friend submitted a poem entitled ' My Teacher' and won The Editor Choice Award. Congratulation dear and thanx a trillion for the book. There is a story behind the poem.... it's for me to know and for the rest of you to find out... It's true then, a spontaneous flow of idea is always the best.

Has been raining since yesterday.. very wet, very cold... I had to sapu minyak angin on my calves to avoid cramp. Experienced it twice...hurt like hell... less than 2 weeks before the actual due date, the baby is becoming more and more active, braxton hicks come and go, standing too long, let alone walking is a hard task, I guess I'm ready for the day, am I?.. pray for me friends... that's all I ask for...





Friday, January 16, 2004

Was on MC for 2 days.. another minor complication. Went home from the hospital with a bag of medication... yuck.. but how to complain? Thought of taking a day off today since tomorrow pun cuti kan, but tonnes of work to finish before the leave makes me think again. Baik gi kerja buat pelan2.

Spent about 2 hours lepak kat waterfront park last night. Enjoying abang's company, well... he is a bit busy lately at his workshop. Eating not so fresh fruit I managed to grab at nearby Shell. And then..... we bumped into his sister tengah dating ngan her fiance, kantoi hahahahaha.... went home around midnight.

A friend of mine will come here next week, lama weh tak jumpa... can't wait.